20 December 2013

Tabahkan Hati

Assalamualaikum, 

Setiap hari pasti kita diuji dengan pelbagai ujian dan musibah yang akan membuatkan kita berasa sedih dan kecewa. Hanya mereka yang mempunyai keimanan kuat sahaja dapat menghadapi ujian ini dengan sabar. Sebelum ini dibincangkan mengenai kekuatan hati

Tabahkan Hati
Tabahkan Hati (Gambar hiasan) - facebook. com
Ujian tidak hanya menimpa orang miskin, tetapi orang kaya juga turut diuji dengan nikmat kekayaan. Malahan seluruh masyarakat juga akan diuji oleh Allah SWT dengan ujian seperti bencana alam (banjir, gempa bumi, tsunami) dan peperangan. 

Kadangkala kita merasakan telah diberikan ujian yang paling dasyat oleh Allah SWT. Sedangkan ada orang lain yang lebih sukar diuji oleh Allah SWT seperti musibah kematian orang tersayang, kemiskinan hidup yang berlarutan dan banyak lagi. 

Sedarlah bahawa ujian itu sebenarnya bukti kasih sayang Allah SWT terhadap kita. Pasti diberikan ganjaran jika kita bersabar seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran serta kuatkan pertahanan dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu beroleh kejayaan." (Surah al-Imran :200)
Oleh itu, tabahkan hati untuk menghadapi ujian dari Allah SWT. Usah berputus asa untuk terus berdoa dan berusaha agar diberikan ketenangan dan kemudahan. Dekatkan diri dengan Allah SWT dengan berzikir supaya hati kita sentiasa tenang. 

 ^_^

71 comments:

  1. Ya betul..setiap manusia akan di uji tak kira kaya atau miskin..Fitrah kehidupan..

    ReplyDelete
  2. ujian tu perlu untuk jadikan diri kita lebih kuat dari semalam..skrg sy aggp stiap ujian @ individu dtg dlm idup sy adalah untuk mengajar sy menjadi hamba Allah yg lebih baik dari sebelumnya..tiada duka dalam hati yg mencintaiNya..

    ReplyDelete
  3. semoga kita cekal tabah bila diuji :)

    ReplyDelete
  4. sabar itu separuh daripada iman....

    setiap ujian Allah itu ada hikmahnya..

    menabung di sini....

    ReplyDelete
  5. Allah takkan berikan ujian yg hambanya tak mampu tempuhi..Ujian Allah bermakna Allah sygkan kita:)

    ReplyDelete
  6. Betul tu aiza,,org yg redha je anggap ia sebagai ujian..menulis ni pun ada ujian kan..

    ReplyDelete
  7. inshaallah hindari putus asa..walau pun sesukar mana ujian yang menimpa..klik juga :)

    ReplyDelete
  8. tabahkan hati dgn setiap ujian yg beri..:) krana allah sntiasa ada dgn kita :)

    ReplyDelete
  9. bila ditimpa musibah maknanya Allah sayang dekat kita dan dia nak kita dekat dengan-Nya.... :)

    ReplyDelete
  10. betul tu...tabahkan hati, kuatkan semangat dan terus berdoa...

    ReplyDelete
  11. be strong akak..

    “La Tahzan, Innallaha Ma'ana”
    "Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

    ReplyDelete
  12. hati yang tabah adalah hati yang dekat dengan Allah

    ReplyDelete
  13. moga allah tabahkan hati akak selalu insyallah..bersangka baik pada Allah.Mungkin dia merencanakan sesuatu yang terbaik utk umatnya..

    ReplyDelete
  14. saya pun sedang memujuk hati untuk redha dan tabah hadapi semua ujian dan dugaan ini..

    ReplyDelete
  15. betultu setiap akan diuji samada suka atau duka..moga kita tabah menghadapinya...

    ReplyDelete
  16. Bersyukurlah walaupun ketika di uji kerana itu tandanya Allah masih menyayangi kita dan pasti ada hikmah disebaliknya. Sabar dan kuatkan iman.

    ReplyDelete
  17. insyaAllah.. amiinn.. semoga kita sentiasa tabah menghadapi ujian dariNya.. :)

    ReplyDelete
  18. semoga kita semua mempunyai hati yg tabah dan tidak mudah putus asa..nice sharing aiza..:)

    ReplyDelete
  19. Betullah kerana setiap kita yg hidup pasti akan menempuh ujian tak kira besar atau kecil tapi kena tabah dalam apa juga hal..

    ReplyDelete
  20. bersabar la..allah menyayangi kita , sbb itu dia selalu menguji kita..jadi kita harus mengingati Nya..

    ReplyDelete
  21. memang sih terkadang kita lupa allah itu sayang sma kita wujudnya adalh memberikan cobaan.. disyukuri aja ya sis berarti

    ReplyDelete
  22. in sya Allah..pasrah n redha...ujian xpernah hbs selagi hidup..

    ReplyDelete
  23. apa juga ujian..setelah tiada daya upaya kita menghalang atau menghindari..mengadulah kepada Allah..

    Doa ini saya amalkan disaat berhadapan dengan ujian pemergian Yanie.. Dari Surah At-Taubah sebahagian Ayat 129 yang bermaksud: "Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan (yang berhak di sembah melainkan Dia),kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

    ReplyDelete
  24. Time-time mendesak macam sekarang ni akibat kenaikan harga barang, sememangnya kita perlu banyak mengingati Allah supaya dapat menguatkan hati kita dari gundah gulana.

    ReplyDelete
  25. betul tu, kita diuji sebab
    menunjukkan yang ALLAH amat kasih
    dan sayang pada kita

    macam cerita nabi Ayob

    ReplyDelete
  26. slm jumaat kak aiza.. jgn sedey yer.. tak silap Fiza hari nie besday kak aiza kan.. Selamat Hari Lahir Kak Aiza.. semoga pjg umur dan dipermudahkan rezeki.. smoga berjaya dalam dunia blogging....

    ReplyDelete
  27. kalau ada ujian mesti first rasa kecewa, down semua. tp apa pon kena beringat lah kn.. kena sabar byk2

    ReplyDelete
  28. Salam Jumaat... Setiap ujian kesusahan kesedihan.. Allah ganti balik dua kali kegembiraan dan kebahagiaan.. No worries.

    ReplyDelete
  29. yang penting berusaha untuk mengatasi masalah tu,berdos dan bertawakal :)

    ReplyDelete
  30. betul sangat2 tu sis..

    ReplyDelete
  31. salam jumaat..semoga terus sabar ye..

    ReplyDelete
  32. ada sebab kenapa Allah uji kita. saya pun baru lepas diuji lepas amek report card tadi huhu. itu tandanya Allah suruh kita usaha lebih. T_T

    ReplyDelete
  33. ujian dariNya itu adalah latihan bg diri kita menempuh hari yg akan datang yg lebih mencabar.. :)

    ReplyDelete
  34. Batul tu Aiza...
    UjianNya adalah peringatan dan juga ianya menunjukkan yang Dia kasihkan kita...
    Semuga kita tabah dan sabar menghadapinya... :)

    ReplyDelete
  35. InsyaAllah.. Semoga Allah memberikan kita ketabahan dan kekuatan dalam menempuh apa jua rintangan yang mendatang... ^__^

    ReplyDelete
  36. Allah tak akan uji kita kalau Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya.. have faith in him :)

    ReplyDelete
  37. salam jumaat aiza..
    ujian..tak kira kecik or besar sesuatu ujian tu,kita sebagai hambanya haruslah redho akan segala ujian yang di berikan..maybe ada hikmah di sebaliknya sapa tau kan aiza :)

    ReplyDelete
  38. Allah hanya ingin menguju kekuatan iman hambanya.. bersyukurlah kita apabila diuji.. :)

    ReplyDelete
  39. Umi harap agar dear dapat menempuhi dugaan ini dengan baik dan tabah .. umi tau dear dapat melakukannya .. allah takkan turunkan ujian jika allah yakin kita dapat menharunginya ..amin2

    ReplyDelete
  40. Suatu renungan yang baik teman.
    Semoga kita jadi orang yang mendapatkan Ridho Allah. Aamiin...

    ReplyDelete
  41. Moga kita tabah dengan segala ujian dari Allah, ujian akan menjadikan kita lebih matang :) hepi besday akak, moga murah rezeki, panjang umur dan tercapai segala cita-cita :) Amin..

    ReplyDelete
  42. bukan mudah kak kita membina kekuatan hati.. apa yang penting kita usaha... insyaallah, pasti ada sinar di hujung nya nanti

    ReplyDelete
  43. dugaan tu bukti kasih dan sayang Allah pada hambaNya..

    ReplyDelete
  44. betul tu setiap ujian & dugaan itu mematangkan kita lagi sebenarnyer !

    ReplyDelete
  45. bersangka baik dengan ALLAH ..

    Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan satu hadiah istimewa, limited edition melalui malaikat Jibril yang isinya ialah ujian.

    'Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.'-hadis Qudsi

    ReplyDelete
  46. salam Jummat kak Aiza, kdg2 ujian tu mematangkan kita. Dari kta jgk nak ambil ujian tu sbg bantu loncatan atau kekalahan.Allah uji tanda sayang :)

    ReplyDelete
  47. kena banyak bersabar dlm menempuh musibah..sentiasa ingat kepadaNya.

    ReplyDelete
  48. Cobaan atau ujian harusnya kita sikapi dengan baik, bertawakal kepada Allah, meminta petunjuk dan ajaln keluar. Insyallah :)

    ReplyDelete
  49. moga kita sentiasa tabahkan hati dgn dugaan menimpa
    yumida pernah merasai dugaan yg berat suatu ketika dulu..
    teringat dgn kata2: Allah hilangkan matahari, turunkan hujan yg lebat, kilat sabung menyabung, mencari2 matahari tidak juga keluar, rupanya Allah nak bg kita pelangi.
    tersentuh dgn kata2 tu..alhamdulillah..apa yg terjadi pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete
  50. bener mbak aiza.. ujian adalah tahap pembelajaran untuk kedewasaan manusia, barang siapa yang lulus ujian, maka derajatnya akan naik satu tingkat di amata ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  51. Setiap ujian yg datang adalah kerana Allah nak menguji sejauh mana kita igt kat Dia.. semoga kita sentiasa menerima segala ujian Darinya dgn hati yg terbuka..

    ReplyDelete
  52. berguna sangat entri kak aiza ni untuk ika...terasa bersemangat sikit bila baca..tambah lagi tengah2 stress ni memang rasa down sikit... :')

    paling penting sebenarnya untuk kita sabar dan tak putus asa kan :)

    ReplyDelete
  53. ujian Allah untuk menguji sejauh mana kita bersedia menerima...:D

    ReplyDelete
  54. Selamat sore Mbak Mizz maaf baru
    Bisa mampir lagi di Blog Mbak Mizz
    Terkadang Manusia hidup tak luput dari Cobaan yah Mbak. tetapi yakinlah bahwa Allah SWT Menguji manusia tidak di luar batas kemampuan
    Dari umat nya terima kasih sudah berbagi Mbak salam silaturrahim :)

    ReplyDelete
  55. salam jumaat kak aiza >.<
    setuju entri akak ni hehe

    ReplyDelete
  56. Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
    (Yusuf 12:87)

    ReplyDelete
  57. Betul sekali tapi kadang kita tidak bisa menerima ujian itu

    ReplyDelete
  58. Salm Jumaat Aiza..semoga ketabahan tu milik kita semua ya!!!

    ReplyDelete
  59. sabar dan tabah adalah kunci sukses menuju sebuah keberhasilan. Jadi apapun masalah yang sedang dihadapi, diaharapkan kita tenang dan sabar ya mizz :)

    ReplyDelete
  60. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan utk menghadapi segala ujian...yg paling penting, sentiasa bersangka baik dgn Allah...

    ReplyDelete
  61. @Mar Mansor
    @Puteri Kayangan?@#$%????
    artikel ini tiada kena mengena dengan diri aiza.. semoga artikel ini bermanfaat..

    ReplyDelete
  62. betul tu.. semoga akak di berikan kekuatan.

    benornya selama ni akak rasa akak kuat akak tabah.. tapi recently, baru akak tau..akak sebenrnya tidakkkk....

    ReplyDelete
  63. Allah pasti tidak akan membebani sesorang hambanya dengan sesuatu yg tak mampu mereka tanggung.. mudah2an diberi ketabahan akal & jiwa dlm menghadapi segala dugaanNya.. aamiin.

    ReplyDelete
  64. hidup kena selalu tabah.. kadang2 nina pun sedih juga bila ada saja masalah tp smpai bila nk bersedih

    ReplyDelete
  65. semoga kita sama2 kuat menepuhi setiap dugaan yg tiba..Allah sentiasa bersama hambaNya...

    ReplyDelete
  66. Jika kita berjaya mengharungi ujian itu, maka kita adalag orang yang tabah.

    ReplyDelete
  67. Ya.. sentiasalah cuba untuk tabahkan hati. :)

    ReplyDelete
  68. mudah mudahan kita sentiasa tabah menghadapi apa sahaja dugaan dan ujian

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^