29 April 2013

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

Assalamualaikum,

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Terima Kasih Kepada Ismi Syahirah Ismail kerana Sudi Review Blog

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama aku nak tulis entri ni sebagai penghargaan kepada insan yang sudi review blog aku. Terima kasih kepada Ismi Syahirah Ismail. Dengan komen dan teguran itu, maka dapatlah aku memperbaiki mutu blog picisan aku ini, Insya-Allah..

Sila klik banner di atas jika nak terjah terus ke blog Ismi Syahirah Ismail
.
Dah banyak blog yang telah beliau review dan salah satunya blog aku. Untuk melihat apa yang beliau review mengenai blog aku boleh klik sini (Review Blog #11 - Mizz Aiza). 

^_^

Pencuri Troli

Assalamualaikum,

Pencuri Troli
Troli (Gambar sekadar hiasan)
Kejadian ni berlaku semalam. Seperti biasa pada hari minggu aku akan ke Tesco untuk membeli barangan dapur yang kehabisan. Kelihatan ramai orang yang berkunjung ke Tesco (hujung minggu memang macam ni, tambahan pula gaji baru masuk). Rak troli berhadapan pintu masuk ke Tesco juga kosong. 

"Biar adik pergi cari troli di tempat letak kereta. Mungkin ada orang tinggal lepas masukkan barang ke dalam kereta." adik aku mencadangkan. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga troli setelah adik aku bersusah-payah turun. 

Walaupun roda troli tu senget, tapi masih boleh bergerak. Aku mengambil sayur, tag harga dan letak ke dalam troli tu. Jenis aku kalau nak membeli barang di sudut lain, mesti tinggal troli dengan barangan di dalamnya kat satu sudut yang tak mengganggu perjalanan orang (aku rimas la kalau asyik dok tolak troli tu). 

Kebetulan masa tu aku nak membeli sabun, jadi aku tinggal la troli tu di sudut buah-buahan. Aku pergi tak lama pun (lebih kurang 2 minit je kot). Bila patah balik je tengok sayur-sayuran yang aku ambil tadi dilonggokkan ke atas rak buah dan troli pula dah lesap entah ke mana. 

"Apa nak jadi la dengan manusia sekarang. sanggup mencuri troli buruk tu. Barang kita pula dilonggok ke tepi." spontan aku merungut sebab geram. Sebelum ni selalu aku tinggal troli, tapi tak pernah hilang pun. "Tak apa la, dah bukan rezeki kita. Biar adik ambilkan troli lain." nasib baik adik aku cool aje dan dia turun semula mencari troli lain (aku ni cepat panas, yang selalu sejukkan aku semestinya adik aku).

Alhamdulillah dapat troli baru yang dah tak senget. Hikmahnya mungkin aku kehilangan troli buruk tu, tapi Allah SWT telah gantikan dengan troli yang baru. Aku pun tak tahu siapa yang ambil troli aku dan tergamak mengeluarkan barangan di dalamnya. Semoga dia insaf sebab menganiayai orang lain (moralnya di sini, jangan tinggalkan troli anda tanpa pengawasan anda). 

^_^

28 April 2013

Hanim Birthday Giveaway

Assalamualaikum,

Aku dah berjanji dengan blogger Hanim Irsyad untuk join GA ini. Jadi hari ini aku mengotakan janji aku.

GA ini dibuat sempena birthday Hanim Irsyad pada bulan Jun nanti. Aku join sebab syaratnya mudah.

Jika anda berminat nak join, sila klik banner di bawah.


Tarikh Tutup : 1 Jun 2013 (8.00 malam)

Aku tag Didiey.. 

^_^

27 April 2013

Kereta Tiba-tiba Tak Boleh Start

Assalamualaikum,

Hampir 3 tahun aku setia bersamanya (kereta Viva forever aku). Walaupun kecil, ia sangat berjasa kepadaku sepanjang aku nomad di Seri Kembangan-Putrajaya-Kajang. Pelbagai insiden juga berlaku di sepanjang tempoh itu. Namun tidak melibatkan kehilangan nyawa, cuma bercalar dan kemek je (hehe, aku bawa kereta memang ganas).

Kereta Tiba-tiba Tak Boleh Start
Viva forever
Sehinggalah lebih kurang pukul 10.00 pagi pada hari Ahad minggu lepas (hari ni baru nak tulis entry) tiba-tiba enjin kereta aku tak boleh dihidupkan. Rasanya minyak baru je diisi penuh sebelum tu. Bila masukkan kunci, lampu di dashboard tak menyala dan bila diputarkan kunci kedengaran bunyi seperti bergesel.

Memang panik juga sebab first time jadi macam ni. Aku memang perlu ke Tesco untuk membeli barangan dapur yang telah kehabisan. Hari itu juga kakak aku yang tinggal di Petaling Jaya akan datang makan tengahari bersama. 

Beberapa kali aku cuba menghidupkan enjin, namun cubaan itu gagal sama sekali. Mujurlah kakak dan abang iparku sampai awal. Terus aku minta tolong abang ipar aku tengokkan apa yang tak kena. Dia cuba hidupkan enjin, namun masih gagal.

"Masalah bateri ni." kata abang ipar aku. Aku diam je sebab tak faham sangat.

"Habis tu nak kena buat apa?" aku bertanya kebingungan. Kalau bab kereta memang aku tak mengerti.

"Cuba jumper untuk hidupkan enjin." balas abang iparku. (Apa ke bendanya jumper tu? Jakun betul la aku ni). 

Nasib baik jiran kat depan rumah aku ada kabel jumper tu. Minta pinjam kat dia sekejap. Dia pun datang tolong abang ipar aku juga. Nak harapkan aku tolong memang tak tahu apa-apa (memang tak boleh diharap).

Kereta Tiba-tiba Tak Boleh Start
Jumper kereta
Alhamdulillah setelah beberapa cubaan dilakukan, enjin kereta berjaya dihidupkan dengan jayanya. "Kena terus bawa ke bengkel dan tukar bateri baru." kata abang ipar aku (Ooo.. Ingatkan lepas jumper terus ok, rupa-rupanya kena tukar bateri baru, lurus betul fikiran sebelum tu). 

Aku memandu ke bengkel yang berdekatan. Nasib baik ada bengkel menjual alat ganti kereta dibuka pada hari Ahad. Harga dia letak RM190.00 (jenama Bosch), kalau trade in bateri lama dapat harga RM170.00, ada warranty setahun. Aku dah malas nak fikir terus bersetuju je dengan harga tu. Dia tolong tukarkan sekali sebab aku mana tahu nak tukar sendiri. Alhamdulillah, barulah aku menarik nafas lega dan meneruskan misi ke Tesco.

Kereta Tiba-tiba Tak Boleh Start
Tukar bateri baru

^_^

26 April 2013

Semua yang Ditentukan Allah SWT Adalah Baik

Assalamualaikum,

Semua yang Ditentukan Allah SWT Adalah Baik
Gambar sekadar hiasan - Google
Aku ingin berkongsi cerita berkenaan 'baik'. Cerita ini aku petik dari buku bertajuk "Bila Allah Menduga Kita". Jom layan cerita yang diceritakan semula oleh penulis buku ni, Syed Alwi Alatas. Ibnu Taimiyah bercerita mengenai seorang menteri yang selalu menjawab 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu perkara. 

Suatu hari menteri ini telah menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, tiba-tiba raja telah mencederakan jari telunjuknya secara tidak sengaja dengan pisau dan ini menyebabkannya cedera serta sakit. Raja bertanya kepada menteri berkenaan kejadian yang menimpanya itu. 

"Baik, wahai tuanku," jawab menteri tanpa ragu-ragu.

"Apa? Kamu katakan ini baik?" raja terkejut dengan jawapan itu. 

"Ya, wahai tuanku. Itu baik," jawabnya lagi. 

Raja merasa sangat murka dan mengarahkan supaya menteri itu dipenjarakan. Mana mungkin jarinya yang terluka dianggap menteri sebagai hal yang baik? Pada suatu hari raja melawat menteri di penjara dan bertanya kepadanya, "Sekarang apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu dipenjarakan?"

"Baik, wahai tuanku," menteri menjawab tanpa ragu. 

Raja menjadi semakin marah mendengar jawapan itu dan segera meninggalkan menteri itu. Dia merasakan menterinya bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian raja berburu di hutan dengan ditemani oleh menteri lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjarakan. 

Oleh kerana menteri baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, dia telah tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan menyebabkan raja tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga telah ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala. 

Raja akan dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada berhala mereka. Selama tujuh hari tujuh malam upacara diadakan dan pada hari terakhir raja dibawa ke tempat persembahan. Tiba-tiba mereka terlihat jari telunjuk raja telah terluka dan menyebabkan mereka ragu. "Kita hanya mempersembahkan korban yang terbaik dan sempurna untuk berhala kita," kata ketua kumpulan. "Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban." 

Mereka melepaskan raja dan dia kembali kepada kerajaannya dengan perasaan gembira. Beberapa hari kemudian, raja tiba-tiba teringat kata-kata menterinya yang menyebabkannya marah di saat jarinya terluka tempoh hari. 

Dia terus ke penjara dan berkata kepada menteri itu, "Apa yang kamu katakan di saat jariku terluka memang betul. Itu memang hal yang baik." Lalu raja menceritakan pengalamannya ketika berburu sehingga dia ditanggap oleh penyembah berhala dan akhirnya dibebaskan. 

Menteri itu tersenyum sambil berkata, "Saya berada di dalam penjara ini juga baik kerana jika saya mengikut tuanku pasti saya juga akan tertangkap. Tentu saya akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya sempurna dan tidak cacat."

Ibnu Taimiyah menutup cerita berkenaan dengan berkata, "Semua yang ditentukan oleh Allah SWT adalah baik." 

Sumber: Syed Alwi Alatas (2013), Buku Bila Allah Menduga Kita, Must Read Sdn. Bhd.
^_^

25 April 2013

Mini Segmen by DiyanaHani

Assalamualaikum,

Tarikh : 15/4/2013 hingga 30/4/2013

Sila klik banner di atas jika berminat untuk join..

Syarat-syarat:
1) Mempunyai blog.
2) Follow blog hani dan like page blog(kat sidebar)
3) Buat satu entry,copy banner dan backlink ke entry ini.
4) Like link.(akan diperiksa)
5) Tinggalkan url entry anda di bahagian komen.

Like link ini.
LINK1
LINK2

Hadiah yang bakal dimenangi.
1) Bekas pensel rilakkuma.-(1)
2) Button badge DiyanaHani.(5)
3) Keychain anak patung.
4) Topup RM5(1)

Pemilihan berdasarkan top referral dan random.org.

^_^

8 Kelebihan Senyuman

Assalamualaikum, 

Kelebihan Senyuman
Gambar sekadar hiasan - Google
Senyuman adalah sedekah kepada insan di sekeliling kita. Senyuman juga dapat memberikan kesan positif untuk kesihatan kita. 8 kelebihan senyum adalah seperti berikut:

1. Senyuman membuat anda lebih menarik
  • Senyuman membuatkan orang di sekeliling kita berasa selesa dan gembira bersama kita. Kebanyakan orang yang suka senyum mempunyai ramai kawan. 

2. Senyuman boleh mengubah perasaan
  • Jika anda rasa sedih, cubalah untuk senyum. Senyuman akan membuatkan perasaan anda menjadi lebih baik dan positif. 

3. Senyuman boleh berjangkit
  • Senyuman akan membuatkan suasana lebih ceria. Orang di sekeliling anda pasti akan tersenyum kembali dan berasa gembira apabila melihat anda tersenyum. 

4. Senyuman dapat mengurangkan tekanan
  • Tekanan boleh dilihat pada muka anda. Senyuman boleh mengurangkan keletihan di muka anda, menghilangkan kebosanan dan kesedihan. Apabila anda tertekan, cubalah tersenyum seketika. 

5. Senyuman meningkatkan imuniti
  • Senyuman membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun badan yang terbaik ketika seseorang sedang tenang. 

6. Senyuman menurunkan tekanan darah
  • Cuba ambil tekanan darah anda ketika sedang marah dan ketika sedang senyum (tenang). Tekanan darah ketika sedang tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyuman membuatkan anda awet muda
  • Senyuman melibatkan pergerakan banyak otot di muka kita. Dengan tersenyum pada setiap hari pasti  akan menghasilkan muka awet muda.

8. Senyuman membuat anda kelihatan berjaya
  • Orang yang tersenyum kelihatan lebih yakin, terkenal dan boleh dipercayai. Senyumlah ketika sedang bermesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti rakan-rakan anda akan melihat anda lebih baik. (Tapi jangan tersengih macam kerang busuk pula).

24 April 2013

Segmen : Hey ! blogger asal mana?

Assalamualaikum,

Petang ni aku nak join segmen 'Hey!! Blogger Asal Mana'?? yang dianjurkan oleh blog http://walkstatic.blogspot.com

Aku nak join segmen ni sebab syaratnya sangat mudah.  


Tarikh Segmen : 24 April - 30 April 2013

Sila klik banner di atas untuk join.

Aku berasal dari Perak..

Bagaimana dengan anda pula?

^_^

Wordless Wednesday #2 - Ikan

Assalamualaikum,

Wordless Wednesday pada hari ini..........

Ikan

^_^

23 April 2013

Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih

Assalamualaikum,


Tarikh Tutup : 4 Mei 2013

Jika berminat untuk join, silalah klik banner di atas.

Sebenarnya aku baru je follow blog PariPariPutih ni.. Aku follower yang ke-1618, cantik nombornya (perasan pulak, hehe..).

Jomlah kita beramai-ramai menambah kenalan.

^_^

Ketahui Rahsia Lemak

Assalamualaikum,

Adakah kita benar-benar faham tentang apa itu lemak? Tahukah kita jenis-jenis lemak? Benarkah lemak itu berbahaya? Mengapa kita perlu mengurangkan memakan makanan yang berlemak?

Rahsia Lemak
Gambar sekadar hiasan - Google
Beberapa perkara asas tentang lemak adalah seperti berikut:
  • Lemak sumber kalori terbanyak.
  • Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukan.
  • Lemak dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.
  • Hampir kesemua makanan harian kita banyak mengandungi lemak.
  • Makanan yang mengandungi lemak semulajadi adalah seperti: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan, krim.
  • Makanan yang mengandungi tambahan lemak/ minyak adalah seperti kuih muih, karipap, roti canai, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng, mayonis.

Terdapat dua jenis lemak yang asas dalam makanan iaitu :
1) Lemak Tepu
  • Menjadi beku dan keras dalam suhu sejuk (peti sejuk). 
  • Sumber utama hasil haiwan dan sebahagian tumbuhan seperti santan dan minyak kelapa sawit. 
  • Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan bertambah paras kolestrol dan risiko penyakit jantung koronari.
2) Lemak Tidak Tepu
  • Lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. 
  • Sumber utama hasil tumbuhan dan terbahagi kepada 2 jenis:
    • Mono tidak tepu : minyak zaitun, canola
    • Poli tidak tepu : minyak jagung, soya, bunga matahari dan majerin lembut
* Bertukarlah kepada lemak jenis tidak tepu di dalam masakan tetapi gunakan secara berpatutan dan jangan berlebihan. 

Sumber : Berita Harian

^_^

22 April 2013

Not GA Blue But Giveaway

Assalamualaikum,

Giveaway ini ditaja sepenuhnya oleh blogger terkenal iaitu Mohd-Ridzwan (dot) com (mohd-ridzwan.com). Walaupun beliau seorang blogger yang terkenal, namun beliau menyokong blogger-blogger baru nak belajar macam aku ni. 

Sempena menghargai dan menyokong beliau, aku nak join GA pertama beliau iaitu "Not GA Blue But Giveaway". Aku berpantun (susah juga nak reka.. hehe..) je la.. 

Boleh klik banner  di atas untuk terus terjah ke segmen ni
Sehubungan dengan itu (macam ayat rasmi nak berkempen plak) jomlah kita sama-sama memeriahkan lagi segmen yang dianjurkan oleh beliau. Sokongan semua blogger diharap dapat memeriahkan lagi segmen ni.. 

^_^

Hukum Lelaki Memakai Cincin Emas Palsu

Assalamualaikum, 

Di sini aku nak berkongsi mengenai hukum lelaki memakai cincin emas palsu. Info ni aku dapat dari Laman Web Islam Grid (MAMPU). 

Hukum Lelaki Memakai Cincin Emas Palsu
Gambar sekadar hiasan
Soalan:
Apakah hukum bagi lelaki yang memakai cincin emas palsu?

Jawapan:
Dalam persoalan ini, semua lelaki muslim dilarang untuk memakai sebarang bentuk pakaian ataupun perhiasan yang diperbuat daripada emas yang tulen sekalipun dalam sukatan yang kecil. Larangan ini ada diterangkan di dalam hadis Rasulullah SAW, maksudnya:

Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu 'Anhu mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Dilarang (diharamkan) memakai sutera dan emas ke atas kaum lelaki daripada umatku dan dihalalkan ke atas kaum perempuan.”
(Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Melalui hadis di atas, jelas kepada kita bahawa yang dimaksudkan dengan emas di sini adalah emas yang tulen dan bukannya emas tiruan atau lainnya. Dari itu, hukum seorang lelaki memakai cincin emas palsu adalah diharuskan

Sumber: kemusykilan.islamgrid.gov.my

^_^

21 April 2013

Segmen: Saya nak didiey review blog saya sebab???

Assalamualaikum,

Tempoh Segmen : 15/4 - 22/4

Klik banner di atas untuk link terus ke blog The Diary of Didiey

Aku telah ditag oleh blogger Mohd Ridzwan. Terima kasih sebab sudi tag aku.

Sebenarnya aku dah follow blog Didiey (Follower #1028).

Kenapa aku nak Didiey review blog aku? Sebabnya aku nak pandangan jujur dari seorang blogger profesional (Didiey) berkenaan blog aku. Semoga hasil dari review beliau dapatlah aku memperbaiki kualiti blog aku. 

Dua orang yang aku tag di sini:
Blog Dila Ella
K.O.M.P.U.T.E.R

^_^

Cinta Datang Lagi

Assalamualaikum,

Kisah ini benar-benar berlaku. Telah hampir dua bulan Siti berkhidmat sebagai penjawat awam di sebuah agensi Kerajaan di Putrajaya. Walaupun gajinya tidak seberapa tetapi dia berasa gembira kerana berjaya memperoleh pekerjaan.

Cinta Datang Lagi
Cinta Datang Lagi (Gambar hiasan) - geekandjock.com
Siti menyewa bersama dua rakannya di Presint 9 Putrajaya. Rutin hariannya berulang alik dari tempat kerja ke rumahnya menaiki bas Nadi Putra. Itulah satu-satunya perkhidmatan awam yang mudah didapati oleh individu yang tidak memiliki kenderaan sepertinya.

Disebabkan banyak tugasan yang perlu disiapkan, kadang-kala Siti terpaksa pulang lewat ke rumahnya. Perkenalannya dengan Amir bermula pada suatu hari ketika Siti baru pulang dari kerja. Ketika itu sudah menghampiri jam 8.00 malam. 

"Lambat balik hari ini." tegur pemandu bas (Amir). Siti duduk berdekatan dengan pintu dan sekaligus berdekatan dengan tempat duduk pemandu bas. Terdapat seorang lagi penumpang yang juga menaiki bas bersama Siti tetapi duduk jauh di belakang.

"Banyak kerja yang perlu diselesaikan." balas Siti. Bas terus bergerak dan Siti turun seperti biasa. Seperti ada jodoh, sepanjang minggu itu Siti akan menaiki bas yang dipandu oleh Amir. Sehinggalah mereka bertukar nombor telefon. 

Hampir dua bulan Siti menjalinkan hubungan baik dengan Amir. Sesekali Amir akan membawa Siti keluar makan malam di luar. Hubungan mereka memang sangat baik dan Amir turut meluahkan perasaan cintanya kepada Siti. 

"Izinkan saya berjumpa dengan keluarga Siti." Amir memulakan bicara pada suatu malam ketika mereka makan malam bersama. Siti hanya terdiam seketika dan mungkin juga terkedu dengan kata-kata Amir. "Awak betul-betul serius ke?" soal Siti. 

"Saya betul-betul serius untuk memiliki Siti. Tapi dengan keizinan ibu bapa Siti terlebih dahulu," balas Amir sambil merenung tepat ke mata Siti. "Saya tak kisah kalau betul awak jodoh saya." balas Siti sambil tertunduk malu.

Mereka terdiam sambil menjamu selera Nasi Goreng Kampung dan air sirap limau ais. "Tapi saya nak berterus terang mengenai satu perkara kepada awak juga..." tiba-tiba Amir bersuara memecah kesunyian.

Siti hanya terdiam dan matanya bertentangan dengan mata Amir. "Sebenarnya saya dah berkahwin dan memiliki 3 orang anak." sambung Amir. Siti hanya terdiam, di saat perasaan cintanya mula mekar baru dia tahu Amir adalah suami orang. 

"Saya berterus terang sebab saya sangat mencintai Siti dan saya ikhlas untuk menjadikan awak permaisuri di hati saya." Amir terus memujuk Siti. Kerana termakan dengan kata-kata manis Amir, akhirnya Siti hanya terdiam. 

Siti menceritakan semula kisahnya kepada aku kerana tidak tahu membuat keputusan. Dia kelihatan tertekan dengan masalah itu. Siti tidak berani membawa Amir berjumpa kedua ibu bapanya dan hubungan cinta mereka juga tidak diketahui oleh isteri Amir.

"Saya bukan mahu menghalang hubungan Siti dengan Amir. Sebelum membuat sebarang keputusan eloklah Siti memikirkan risiko-risiko. Sanggupkah Siti melukakan hati ibu bapa Siti hanya kerana Amir?" aku memulakan bicara.

Siti hanya terdiam sambil menekup mukanya dan menangis. "Isteri Amir juga pasti akan berasa kecewa apabila tahu suaminya curang. Sanggupkah Siti kecewakan ibu bapa Siti dan isteri Amir hanya kerana cinta nafsu ini?" aku menyambung lagi.

"Tapi Siti terlalu mencintai Amir." Siti membalas. Aku menghulurkan tisu kepadanya dan Siti mengesat air matanya. Aku membiarkan dia menangis sepuas-puasnya. Pasti Siti akan merasa lega setelah dia puas menangis.

"Pilihan kini terletak di tangan Siti dan buatlah keputusan yang bijak. Berfikirlah secara rasional dan jangan lupa berserah kepada Allah SWT dengan banyakkan berdoa dan solat istikharah." aku membalas.

Tangisan Siti semakin reda. "Terima kasih di atas nasihat itu," balas Siti. "Sama-sama. Jika Siti rasa dia yang terbaik, teruskanlah. Jika sebaliknya tinggalkan dia dan pasti ada lelaki lain yang lebih layak untuk Siti." aku membalas.

**********
Sebulan kemudian aku menerima panggilan telefon dari Siti dan kedengaran suaranya ceria. "Alhamdulillah Siti dapat jawapannya. Allah SWT telah memberi petunjuk setelah Siti melakukan istikharah." Siti memulakan bicaranya.

"Rupa-rupanya Amir telah memiliki tiga orang isteri. Selama ini ketiga-tiga isterinya yang menanggung nafkah keluarga mereka. Masa tu Siti memang nekad jumpa sendiri dengan isteri-isteri Amir, kasihan mereka." sambung Siti lagi

Alhamdulillah kerana Siti telah memilih jalan yang terbaik. Kini Siti telah berkahwin dan dikurniakan seorang puteri yang comel. Benarlah kata-kata, apabila kita di dalam keadaan susah ataupun senang, hanya kepada Allah SWT tempat kita mengadu.

*Nota: Cinta kita kepada manusia datang dan pergi. Hanya cinta kepada Allah SWT kekal abadi.

 ^_^

Afdlin Shauki Hijrah, Rela Henti Berlakon

Assalamualaikum, 

Pengalaman yang diperolehnya ketika menyertai misi bantuan ke Gaza membuka pintu hati pelakon, pengarah dan pengacara, Afdlin Shauki untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama termasuk ilmu perubatan Islam.

Afdlin Shauki

Kata Afdlin yang merupakan duta Aqsa Syarif iaitu sebuah organisasi sukarela atas dasar kemanusiaan, dia kini lebih banyak menghabiskan masa untuk mencari ilmu.

“Saya sedang mempelajari ilmu perubatan Islam seperti berbekam dan Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW. Masyarakat kita kalau ingin berubat cara Islam, tiada tempat khusus yang mereka tujui. Kebanyakkannya hanya berjumpa dengan ustaz yang mereka kenal. Dengan adanya klinik perubatan Islam, ia lebih mudah untuk sesiapa sahaja mendapatkan rawatan,” ujar Afdlin menerangkan bahawa dia hanya ingin membuka klinik tersebut tapi tidak semestinya dia yang merawat pesakit.

Berbicara tentang hijrahnya, Afdlin memberitahu selepas pulang dari Gaza dia bagaikan kehilangan arah kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam hidupnya memandangkan kerjaya Afdlin dalam bidang seni ada yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Selepas berborak dengan seorang ustaz, dia menerangkan bahawa ibadah bukan setakat mendirikan solat lima waktu. Apabila kita berniat melakukan sesuatu kerana Allah, itu juga ibadah. Ustaz tersebut menggalakkan saya untuk teruskan dalam bidang seni, yang penting apa yang kita buat harus niat kerana Allah. Bakat yang Allah bagi ini tidak harus disalah-gunakan,” tambahnya.

Menurut Afdlin, dia lebih rela berhenti berlakon sekiranya harus membawa watak yang mengharuskan dia bersentuhan dengan wanita atau membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.

Sebagai pengarah pula, kata Afdlin dia menonton semula filem-filem arahannya dan mengenal pasti perkara-perkara yang tidak harus dilakukan di masa hadapan.

Gua

Sumber: Harian Metro

p.s: Syukur sebab dah ramai artis Malaysia yang berhijrah menjadi lebih baik selepas menunaikan umrah atau haji. 

20 April 2013

Resepi : Creamy Puding

Assalamualaikum, 

Tadi aku dah mencuba resipi 'Creamy Puding' dari Blog Nabeel Fikree (klik sini). Hari tu terliur masa baca entri kat blog dia, tu yang aku cuba buat juga walaupun tak berapa cantik macam mak Nabeel buat. Asal lepas kempunan je.

Betul kata Nabeel, rasanya memang sedap. Bahan-bahan yang digunakan pun senang nak dapat dan masa penyediaan pun sekejap je (sambil tengok tv pun boleh buat). Terima kasih kepada tuan punya resipi asal ni. Aku ubah suai sikit untuk peralatan memasak (jangan marah ya Nabeel..)

Resepi : Creamy Puding
Creamy Puding
Bahan-bahan :
3 sudu tepung kastard
400 ml susu cair 
300 ml susu penuh krim 
4 sudu gula halus (jika suka manis boleh letak lebih)
1 sudu teh esen vanila
1 paket agar-agar (10 gram)

Cara Membuat:
1) Sediakan bahan-bahan.
Resepi : Creamy Puding
Bahan-bahan
2) Susu cair, susu penuh krim, gula halus, esen vanila digaul dalam satu bekas.
Resepi : Creamy Puding
Susu cair, susu penuh krim, gula halus dan esen vanila
2) Masukkan serbuk agar-agar dan tepung kastard. Gaul sebati.
Resepi : Creamy Puding
Serbuk agar-agar dan tepung kastard
4) Tuang adunan ke dalam periuk (aku guna rice cooker je). Seeloknya guna non-stick pan. 
Resepi : Creamy Puding
Tuang ke dalam periuk
5) Kacau dengan api yang sederhana sehingga pekat.
Resepi : Creamy Puding
Kacau sehingga pekat
6) Bila dah pekat, tuang adunan ke dalam acuan atau container pun boleh.
Resepi : Creamy Puding
Tuang dalam acuan
7) Letak dalam peti sejuk semalaman (aku letak 4 jam je sebab tak sabar nak rasa). Sedia untuk dihidangkan. Yummy..
Resepi : Creamy Puding
Masuk dalam peti sejuk
Selamat mencuba!!!


^_^

19 April 2013

Kisah Penipuan Kad Kredit Aku

Assalamualaikum,

Kisah ini benar-benar berlaku pada diri aku sendiri. Aku mula menggunakan kad kredit pada November 2009. Aku mendaftar pun secara tak sengaja sebab ada agen Eon Bank datang buat promosi di pejabat aku. 

Penipuan Kad Kredit

Sepanjang memiliki kad kredit tu aku memang tak pernah guna pun. Sebabnya aku lebih suka menggunakan duit tunai atau kad debit. Alasannya aku ni jenis yang suka berbelanja, jadi untuk menghadkan perbelanjaan aku tak nak guna kad kredit.

Kad tu memang tersimpan rapi kat dalam wallet aku tanpa pernah disentuh. Sehinggalah pada suatu hari di waktu pagi pada bulan September 2010 (tarikh aku tak ingat) aku menerima panggilan telefon dari seseorang. Kebetulan masa tu aku tengah meeting, jadi aku minta dia call aku balik waktu petang. 

Lebih kurang jam 4.00 petang tu aku menerima panggilan telefon dari orang tu lagi. 

"Cik Aiza, maaf mengganggu. Saya Lisa dari Master Card Service Centre. Boleh saya bercakap dengan cik sebentar?" sopan je dia memulakan bicara.

"Ok, boleh je" aku membalas.

"Cik Aiza memiliki kereta jenis Perodua Viva nombor pendaftaran WTx xxxx?" dia soal aku.

"Ya, kenapa cik Lisa?" aku membalas dan menyoal dia kembali. 

"Tahniah kerana cik telah terpilih untuk menerima Master Card dari syarikat kami. Dengan Master Card ini  cik boleh mendapatkan perlindungan insuran secara percuma dan boleh masuk ke semua taman tema serta menginap di beberapa hotel yang disenaraikan dengan percuma," panjang lebar dia menerangkan. Teruja aku mendengarnya. 

"Sebelum tu, saya nak butiran alamat dan nombor kad pengenalan cik terlebih dahulu," dia menyambung lagi. Aku hanya memberikan maklumat yang diperlukan tanpa rasa curiga

"Cik Aiza juga ada memiliki kad kredit? Kalau ada dari bank mana?" dia terus menyoal lagi.

"Ya, ada. dari Eon Bank," aku membalas. 

"Boleh bacakan 16 digit nombor kad kredit cik Aiza?" dia menyoal lembut. Aku langsung tak terfikir negatif. Laju je aku bacakan nombor kad kredit aku. Dia mengulang semua butiran peribadi aku dan aku mengiyakan. 

"Master Card ini akan kami hantar ke alamat yang cik Aiza berikan tadi. Sebelum tu saya nak maklumkan, RM499.00 akan dipotong dari kad kredit cik sebagai yuran pendaftaran. Hanya bayar sekali seumur hidup," tersirap darah aku mendengar statement dia. 

"Tapi, tadi cik Lisa takde pun maklumkan mengenai yuran RM499.00 tu. Saya ingatkan percuma. Kenapa pulak kena bayar?" aku menyoal dalam nada suara yang tinggi.

"Master Card memang percuma, tapi yuran mesti kena bayar. Cik Aiza pun dah bagi nombor kad kredit tadi. Sekiranya terdapat apa-apa persoalan, sila hubungi kembali nombor yang saya hubungi cik Aiza sekarang," selamba je dia jawab. Lepas tu 'klik', dia terus letak telefon.

Aku cuba call balik nombor telefon dia, tapi tiada jawapan. 12 kali aku call, tapi tiada orang angkat. Aku terus mengadu kat kawan sepejabat aku. Terkejut diaorang bila aku bagitau yang nombor kad kredit tu dah aku dedahkan. Tak terfikir aku yang orang tu berniat jahat macam ni. 

"Awak cuba hubungi customer service Eon Bank. Maklumkan pada mereka apa yang terjadi. Mungkin sempat nak sekat," cadang kawan sepejabat aku Suhana. 

Tanpa membuang masa aku terus menghubungi customer service Eon Bank. Nombor telefon memang tertera di belakang kad kredit tu. Yang jawab call aku seorang pegawai khidmat pelanggan lelaki. 

"Saya Aiza. Saya nak buat aduan mengenai penyalahgunaan kad kredit," skema je ayat aku. Nak tergelak pulak bila ingat balik sebab tengah gelabah masa tu. 

"Apa yang boleh saya bantu cik Aiza?" dia menyoal kembali.

"Saya telah diperdaya oleh seorang individu yang tidak dikenali sehingga saya memberikan nombor kad kredit serta butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan saya kepadanya. Dia memaklumkan akan mengeluarkan wang dari kad kredit saya untuk pembayaran yuran Master Card sebanyak RM499.00," aku menerangkan panjang lebar.

"Boleh saya dapatkan nombor kad kredit cik beserta nama ibu?" dia menyoal. Aku pun membacakan nombor kad kredit aku. Tapi masa nak bagi nama ibu tu aku terkial-kial sebab yang daftarkan kad kredit aku agen yang datang ke pejabat aku, mana la aku tahu apa nama ibu yang dia letak. Nasib baik pegawai khidmat pelanggan tu bagi klu, akhirnya lepas juga la. 

"Macam mana dengan akaun kad kredit saya?" aku menyoal dia. 

"Sebentar tadi memang ada transaksi dari seseorang tapi ianya gagal," pegawai khidmat pelanggan tu memberitahu aku. Alhamdulillah, tenang hati aku mendengar jawapan dia. 

Aku meminta supaya kad kredit aku disekat dan digantikan dengan kad baru (nombor baru). Lega sangat mendengarnya. Pegawai khidmat pelanggan tu juga memaklumkan, kredit limit untuk kad kredit aku RM3,000.00. Jadi orang tu boleh keluarkan kesemua duit tu kalau transaksi berjaya. 

Moralnya:
  • Jangan mudah mempercayai orang yang baru dikenali. Mana ada benda percuma pada zaman sekarang. 
  • Jangan memberikan butiran peribadi (nama, no. kad pengenalan, alamat, no. pendaftaran kereta, no. kad kredit/ debit) kepada orang yang tidak dikenali. 
  • Pada waktu petang badan dan otak dah penat setelah seharian bekerja. Masa tu otak tak dapat berfikir dengan waras dan kita akan buat keputusan yang tidak tepat. Jadi elakkan membuat keputusan pada waktu tu. 
  • Perbanyakkan pembacaan mengenai isu semasa termasuk jenayah dan penipuan siber yang semakin berleluasa sekarang ni. Jangan sampai diri kita atau orang tersayang menjadi mangsa. 
Bila aku ingat balik rasa macam bodoh je aku masa tu. Tapi bila difikirkan secara positif memang ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya aku ada pengalaman jadi Tipah Tertipu. Insya-Allah pengalaman ini telah mematangkan diri aku untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

^_^

18 April 2013

10 Makanan Membersih Usus

Assalamualaikum,

Pernah tak anda rasa sukar untuk buang air besar akibat sembelit? 10 jenis makanan berikut mungkin boleh membantu anda melawaskan pembunagan air besar dengan membersihkan usus anda. 

1. Lemon/ limau
Makanan Membersih Usus
Buah-buahan sitrus terutamanya lemon/ limau amat berkesan untuk pembersihan usus. Minum segelas jus lemon/ limau pada setiap pagi untuk proses detox dan pembersihan usus.

2. Bayam
Makanan Membersih Usus
Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam boleh membersihkan usus dan melindungi saluran pencernaan dari jangkitan penyakit.

3. Tauge
Makanan Membersih Usus
Tauge dapat membersihkan hati dan juga membantu penghadaman. Ianya juga membersihkan usus anda. 

4. Jus Buah-buahan
Makanan Membersih Usus
Jus buah-buahan perlu dimasukkan ke dalam diet harian anda. Ianya kaya dengan serat dan enzim yang mampu untuk menyingkirkan toksin dari badan melalui pembuangan air besar.

5. Bawang Putih
Makanan Membersih Usus
Walaupun bau bawang putih kurang menyenangkan, ianya dapat memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta memebersihkan usus anda.

6. Ikan
Makanan Membersih Usus
Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu membersihkan dan meningkatkan sistem penghadaman.

7. Avocado
Makanan Membersih Usus
Avokado kaya dengan minyak omega-3 yang membersihkan usus dan mengatasi masalah pencernaan. Minyak omega-3 bertindak sebagai pelincir pada dinding usus. Semua zarah sisa makanan dan toksin terperangkap kepadanya dan akan disingkir melalui perkumuhan.

8. Gandum Penuh
Makanan Membersih Usus
Gandum penuh rendah kalori dan kolesterol serta mudah dihadam kerana kandungan seratnya yang tinggi. Ia perlu ditambah dalam diet anda bagi membersihkan usus dan membantu penghadaman yang lebih baik.

9. Kekacang
Makanan Membersih Usus
Kekacang bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi juga membantu membersihkan usus anda. 

10. Teh Hijau
Makanan Membersih Usus
Teh hijau mampu membersihkan usus anda di samping menurunkan berat badan. 

Sumber : Boldsky
Gambar : Google

Lirik Lagu Bukan Dia Tapi Aku - Judika

Assalamualaikum, 

Aku baru je ikut tengok drama Slot Akasia TV3 bertajuk "Sedetik Cinta". Mula-mula dulu malas nak tengok, tapi bila dah tengok sekali best la juga. Rasa geram dengan sikap Hakimi (lakonan Awal Ashaari) yang dingin melayan isterinya Emylia (lakonan Hanez Suraya). 

Sebenarnya aku suka dengar lagu tema drama ni bertajuk Bukan Dia Tapi Aku nyanyian Judika. Lagu ni sebenarnya dah lama tapi aku je baru tahu.  

Lirik Lagu Bukan Dia Tapi Aku - Judika

Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini cuba fahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

* Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan 
Kerana ku tahu ini yang terbaik

**Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Ulang * dan **

Cintaku lebih besar dari cintanya
Mestinya kau sedar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku

Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

(cintaku) cintaku 
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia 
(jangan dia) jangan dia cukup aku

(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)

Sumber video : Youtube 

^_^

MINI CONTEST : KIRA BATU KRISTAL by MAMA DARWIISH

Assalamualaikum,


JAWAPAN : 52 biji

^_^

17 April 2013

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak lancarkan perang gerila..Ehh...tertiba..nak lancarkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria. Nama pun mini kan jadi hadiahnya tidaklah terlalu besar.

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Syaratnya :
  1. Follow blog !Aini Zakaria, Add To Circle Google+ Nurul Aini dan Like Page !Aini Zakaria.
  2. Tulis satu entry bertajuk Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria"
  3. Copy dan Paste coding di bawah ini ke dalam entry anda kemudian klik Publish.
  4. Tinggalkan url/link penyertaan anda di ruang komen entry ini sahaja, di Cbox tidak diterima.
Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Kredit kepada kak Mia|Mialiana.com.


Hadiah :

Sepasang bow brooch untuk 15 orang Pemenang. Harga bow brooch ini bernilai RM2.50-RM3.00 setiap satu tau..hehe.. Jadi setiap pemenang dapat 2 pasang bow brooch. 
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan.
Tarikh Tutup:  01/05/2013


Jomlah memeriahkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria ini ye. Tak kira blogger lelaki mahupun perempuan. Semua boleh join. Boleh bagi pada adik perempuan ke? kan. ^____^

Wordless Wednesday - Ukiran Tembikai Berbentuk Binatang

Assalamualaikum, 

Wordless Wednesday hari ini ialah ukiran buah tembikai berbentuk binatang..
Ukiran kuda
Kuda
Ukiran burung
Burung
Ukiran kura-kura
Kura-kura

^_^

16 April 2013

CRAFTY FIEZ 1ST GIVEAWAY

Assalamualaikum, 

Jom join GA yang dianjurkan oleh Crafty Fiez. Sila klik banner di bawah jika berminat untuk join.

Tarikh : 15 April 2013 hingga 15 Mei 2013


Syarat-syarat Penyertaan:
  1. Terbuka kepada semua
  2. Sila follow blog http://craftyfiez.blogspot.com/
  3. Sila like Crafty Fiez fan page di  http://www.facebook.com/pages/Crafty-Fiez/
  4. Share banner GIVEAWAY beserta link post pada blog or share banner GIVEAWAY di Facebook anda ATAU dikedua-duanya sekali

Dilema Lelaki

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak bercerita pendek lagi. Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia dan jika ada pun mungkin hanya kebetulan. Sekadar untuk motivasi bersama. 

Dilema Lelaki
Gambar sekadar hiasan je
Hari sudah lewat malam, namun Haris masih tidak dapat melelapkan mata. Dia menghela nafas dalam-dalam sambil melepaskannya perlahan-lahan. Terasa ianya tersekat di kerongkong. Dia termenung mengingatkan pertemuannya dengan sebuah syarikat pelabur di Hotel Marriott Putrajaya petang tadi. 

"Jika En. Haris bantu kami dapatkan peruntukan untuk projek tu cepat, kami akan bagi 3% kepada En. Haris sebagai hadiah," tutur En. Arif memulakan bicaranya. Haris tersentak mendengar tawaran itu dan hanya terdiam. 

"Kalau 3% terlalu sedikit, kami naikkan jadi 5%. Ok tak?" soal En. Arif lagi apabila melihat Haris terdiam lama. Ternyata dia memang berhajat untuk memperolehi peruntukan itu dengan jalan pintas yang mudah tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Haris masih mendiamkan diri. Adakah dia sedang bermimpi? Jari tangan kirinya mencubit tangan kanan, terasa sakitnya. Ternyata dia berada di alam yang nyata bersama manusia-manusia yang tamak seperti En. Arif. 

"Bagi saya masa untuk memikirkan tawaran En. Arif," Haris membalas dalam nada yang kurang meyakinkan. Pertemuan itu terhenti dan Haris menuju ke kereta Toyota Vios miliknya dan memandu pulang ke rumahnya. 

Sepanjang 3 tahun bekerja di Jabatan Kimia, inilah kali pertama Haris berhadapan dengan situasi sebegini. Haris mengeluh lagi bila memikirkan tawaran itu. Memang terasa rugi untuk menolak tawaran sebanyak itu. Nilai peruntukan yang bakal diluluskan bernilai RM1,000,000.00. Jika 5% dia bakal menerima durian runtuh sebanyak RM50,00.00. Nilai yang hampir menyamai setahun gajinya. 

"Memang lumayan," bisik hati kecil Haris. Tiba-tiba perasaan tamak menguasai dirinya. 

Haris bangun mengambil wuduk. Dia bersolat tahajud 2 rakaat dan istiqarah 2 rakaat serta berdoa agar Allah memberikan petunjuk kepada dirinya. Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya lalu membuat carian mengenai definisi rasuah melalui enjin carian Google. 

Di dalam Laman Web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terpapar 'Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun'. 

"Ternyata tawaran hadiah itu juga boleh diklasifikasikan sebagai rasuah," bisik hati kecil Haris. 

Tiba-tiba air matanya haris bergenang di kelopak mata apabila mengingati pesanan arwah mak setiap kali sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur. Itulah pesanan arwah mak yang menjadi azimat walau ke mana Haris pergi. 

"Biarlah hidup kita susah, tapi jangan sekali-kali mencari rezeki dengan cara yang salah. Mak harap sangat Haris cari rezeki yang halal. Insya-Allah hidup berkat di dunia dan akhirat," masih terngiang lagi kata-kata arwah mak. 

Haris menyeka air mata yang bergenang di kelopak matanya sambil membaca surah al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada arwah mak. Dia menarik nafas lega dan berasa bersyukur kerana telah menemui jawapannya. 

Masih belum terlewat untuk dia menolak tawaran itu. Jika mengikut maklumat dari laman web SPRM juga, dia boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009 jika menerima pemberian dari syarikat pelabur itu. 

15 April 2013

KFC Spicy Korean Crunch

Assalamualaikum,

KFC Spicy Korean Crunch
Gambar dapat dari Facebook KFC
Petang tadi aku beli KFC Spicy Korean Crunch yang tengah hangat diwar-warkan tu. Beli sebab terliur masa tengok iklan. Malas nak menyinggah masuk kat dalam KFC sebab kena beratur panjang. So untuk menjimatkan masa dan mengisi perut yang tengah berkeroncong dengan segera aku drive thru je. 

Pandangan aku tentang rasanya boleh la tahan. Sos istimewa Korea dia plak tak seperti yang diiklankan. Dia letak sikit je sos tu, bukan saluti seluruh ayam macam kat dalam gambar iklan kat atas tu. Gambar aku lupa nak snap sebab masa tu dah lapar sangat terus ngap.. Hehe.. Kesimpulannya aku suka spicy yang asal dulu.. 

Tahniah kepada Fasha Sandha dan Jejai kerana Mendapat Bayi Lelaki

Assalamualaikum, 

PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 9.21 pagi Isnin.

Suami kepada aktres itu, Rizal Ashram turut mengesahkan berita berkenaan di laman Twitternya dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.

“Bayi lelaki telah dilahirkan. Seorang lagi untuk keluarga kecil kami. Isteri dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur kepada Allah,” tulisnya dalam satu entri di Twitter.

Entri Rizal di Twitter tentang kelahiran bayinya. Fasha dan Rizal berkahwin dalam satu majlis sederhana pada 27 April tahun lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Fasha Sandha

Rizal atau lebih mesra dengan sapaan Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia empat tahun.

Sumber : Harian Metro

p.s : Comel bayi yang dilahirkan. Semoga jadi anak yang soleh.. 

14 April 2013

Segmen: Iyraa Cariyno Mencari Follower

Assalamualaikum,

Petang ni nak join Segmen Iyraa Cariyno Mencari Follower oleh Blog I'm Iyraa Cariyno. Tujuan aku join segmen ni semestinya untuk mengenali lebih ramai blogger lain. 

Sila klik Banner di atas jika berminat untuk join

SYARAT-SYARAT
  1. Wajib follow blog Iyraa
  2. Buat entry yang bertajuk Segmen: Iyraa Cariyno Mencari Follower
  3. Copy dan link kan banner di atas
  4. Tinggalkan link segmen di kotak komen