Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengharapkan tuah lebih baik dengan kelahiran Kingston Lee, semalam.
Anak lelaki yang lahir pada jam 1.36 tengah hari seberat 3.5 kg itu, diberi nama Kingston Lee, nama yang dipilih isterinya Datin Wong Mew Choo.
“Saya perlu hormati isteri saya kerana dia banyak bersendirian menjaga kandungan ketika saya menyertai pertandingan di luar negara. Saya gembira dengan pilihannya meletakkan nama Kingston, namun nama dalam bahasa Cina belum diputuskan lagi,” kata Chong Wei.
Mew Choo dihantar ke Hospital Gleneagles, Ampang 7.45 pagi dan memasuki dewan bedah jam 1.10 tengahari, tidak memilih untuk melahirkan bayi mereka menerusi pembedahan.
“Debaran lebih dirasai di dewan bedah, tidak seperti ketika berada di gelanggang, amat tertekan. Ketika doktor bertanya kepada saya, saya tidak mampu untuk menjawab, apabila bayi keluar baru saya berasa lega,” kata Chong Wei mengenai pengalaman pertama menemani Mew Choo melahirkan anak sulung mereka.
Sementara itu, Chong Wei berkata, namanya tersenarai untuk beraksi di Siri Super Terbuka India 24-29 April ini namun belum pasti akan mengambil bahagian atau sebaliknya.
“Selepas ini saya akan ke India kerana ia kejohanan penting untuk penaja tapi saya tidak pasti akan menyertainya atau tidak. Saya mungkin tidak mengambil bahagian kerana isteri baru seminggu melahirkan bayi ketika itu.”

Sumber : MyMetro
p.s : Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo di atas kelahiran putera sulung mereka. Semoga anak itu akan membesar dengan sihat dan membawa rezeki kepada keluarga.
saya dari indonesia, saya tahu dan saya fans lee chong wei, Lee pemain badminton hebat dari malaysia, selamat ya dah punya anak laki, semoga bermanfaat buat negara malaysia jika sudah besar. Aamiin
ReplyDeleteInsya-Allah.. amin.. :)
ReplyDeletewah bestnyer...tahniah DLCW dan isteri...mesti besar nnti ikut jejak jaguh ayahnya..hehe
ReplyDeleteharap2 macamtu la.. :)
Deletewah taniah taniah, harap mengikut jejak langkah ayahnya, hehe
ReplyDeletebetul tu.. :D
Deleteharap ikut jejak ayahnya jaguh badminton dunia =D
ReplyDelete