20 April 2013

Resepi : Creamy Puding

Assalamualaikum, 

Tadi aku dah mencuba resipi 'Creamy Puding' dari Blog Nabeel Fikree (klik sini). Hari tu terliur masa baca entri kat blog dia, tu yang aku cuba buat juga walaupun tak berapa cantik macam mak Nabeel buat. Asal lepas kempunan je.

Betul kata Nabeel, rasanya memang sedap. Bahan-bahan yang digunakan pun senang nak dapat dan masa penyediaan pun sekejap je (sambil tengok tv pun boleh buat). Terima kasih kepada tuan punya resipi asal ni. Aku ubah suai sikit untuk peralatan memasak (jangan marah ya Nabeel..)

Resepi : Creamy Puding
Creamy Puding
Bahan-bahan :
3 sudu tepung kastard
400 ml susu cair 
300 ml susu penuh krim 
4 sudu gula halus (jika suka manis boleh letak lebih)
1 sudu teh esen vanila
1 paket agar-agar (10 gram)

Cara Membuat:
1) Sediakan bahan-bahan.
Resepi : Creamy Puding
Bahan-bahan
2) Susu cair, susu penuh krim, gula halus, esen vanila digaul dalam satu bekas.
Resepi : Creamy Puding
Susu cair, susu penuh krim, gula halus dan esen vanila
2) Masukkan serbuk agar-agar dan tepung kastard. Gaul sebati.
Resepi : Creamy Puding
Serbuk agar-agar dan tepung kastard
4) Tuang adunan ke dalam periuk (aku guna rice cooker je). Seeloknya guna non-stick pan. 
Resepi : Creamy Puding
Tuang ke dalam periuk
5) Kacau dengan api yang sederhana sehingga pekat.
Resepi : Creamy Puding
Kacau sehingga pekat
6) Bila dah pekat, tuang adunan ke dalam acuan atau container pun boleh.
Resepi : Creamy Puding
Tuang dalam acuan
7) Letak dalam peti sejuk semalaman (aku letak 4 jam je sebab tak sabar nak rasa). Sedia untuk dihidangkan. Yummy..
Resepi : Creamy Puding
Masuk dalam peti sejuk
Selamat mencuba!!!


^_^

29 comments:

  1. Wow...nak sikit? Satu jerk...hehehe. Rajin bebenor kome ni. Baguih ler ghoper itu yer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. hehe.. dah teringin nak makan.. tu buat juga walaupun tak berapa cantik.. :D

      Delete
  2. Sedapnyerrrrrrrrrrrr...hey support blog sye k...sye meminati blog akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap.. akak support je.. tapi kenapa akak tak boleh open link ke blog Miss Ima? boleh tinggalkan link di sini.. :D

      Delete
  3. Wah puding makanan kesukaanku... makasih udah share resepnya :)

    ReplyDelete
  4. sedap pula tengok akak buat..
    blogging pun rasa lapar juga... nak satu boleh?

    Perempuan Memang Selalu Macam Tu kan, Ke Aku Jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. aminin kena cuba buat.. senang je bahan2nya.. :D

      Delete
  5. wah hebat la akak! sangat kreatif. makin comel je puding tu bila letak dalam acuan kecil. btw, terima kasih sebab sudi cuba =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu je acuan yang akak ada.. rumah orang bujang macamni la, takde peralatan lengkap.. sama2.. terima kasih juga sebab nebeel sudi share resipi ni.. :)

      Delete
  6. Memang minat memasak ye Aiza?.. bagus2..:-)

    ReplyDelete
  7. salam aiza
    Terima kasih sudi follow tirana aduka
    Lawatan pg di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam.. sama2 tirana aduka.. terima kasih sudi singgah..

      Delete
  8. Wah, nampak sedap.. klau blh tukar jdik color hijau ke msti lg meriah .. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap.. insya-Allah lain kali cuba buat colour hijau plak.. :D

      Delete
  9. sedapnyaaa... dah lama kak mia tak buat puding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiza pun baru first time cuba.. sebelum ni makan yang orang buat je.. :D

      Delete
  10. Assalamualaikum Aiza.

    Baqru smalam makan puding kt kenduri majlis pertunangan member. tapi puding yg aiza buat ni mesti lebih sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..

      aiza pun ikut resipi orang (blogger nabeel).. alhamdulillah sedap.. :D

      Delete
  11. Assalamulaikum....Salam perkenalan
    Sedanya Creamy puding...
    Tahniah follower dah meningkat 200....ucu lah tu
    Rajin2 singgah lah D blog Ucu
    http://ucubakery.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam ucu.. salam perkenalan..

      terima kasih ucu sudi follow aiza.. alhamdulillah, seronok ramaikan kawan2..

      internet hari ni slow sikit.. insya-Allah aiza akan singgah blog ucu.. :D

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^