Assalamualaikum,
Hari ini aku nak share cerita pendek. Sesekali nak juga bercerita. Cerita ni rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan insan yang hidup atau telah meninggal dunia. Kalau ada kena mengena pun mungkin kebetulan je kot..
Biarkan aku pergi |
"Saiful mohon sangat, Ezah tolong jangan tinggalkan saiful. Tolonglah bagi peluang sekali lagi," masih terngiang-ngiang lagi rayuan Saiful.
Ezah hanya mengetapkan bibir sambil menundukkan kepalanya. Rayuan itu bukan sekali diucapkan oleh Saiful. Sudah berkali-kali Ezah memberi peluang apabila Saiful merayu sebegitu.
"Tapi kenapa Saiful sanggup melukakan hati Ezah? Apa salah Ezah?" Ezah terus mempertahankan pendiriannya.
Jarak juga memisahkan hubungan Ezah dan Saiful. Saiful berada di Johor manakala Ezah berada di Kedah. Hanya sesekali Saiful akan menghubungi Ezah melalui telefon bimbitnya atau pergi ke Kedah bertemu Ezah. Namun apa yang Ezah kesalkan sikap Saiful yang mendiamkan diri secara tiba-tiba dalam jangka waktu yang lama. Sudah lapan kali dia mendiamkan diri tanpa berita dan tiba-tiba kembali menghubungi Ezah dan meminta maaf.
Kali ini Ezah memang nekad untuk melupakan Saiful. Keputusan itu dibuat setelah dia bertemu dengan Ustazah Nur Ain di saat dia hilang punca. Segala nasihat dari wanita yang berilmu agama merangkap motivator itu masih tersemat dalam ingatannya.
"Ustazah, haruskah saya meninggalkan dia? Saya amat menyayanginya dengan sepenuh hati. Saya terlalu setia kepadanya sehingga tidak dapat menerima lamaran lelaki lain. Tapi masalahnya banyak kali dia menghilangkan diri dan tiba-tiba muncul semula," Ezah meluahkan rasa hatinya kepada Ustazah Nur Ain. Ustazah Nur Ain hanya tersenyum dan memegang lembut tangan Ezah.
"Ezah harus ketahui bahawa seorang lelaki yang baik tidak akan mempermainkan perasaan gadis yang dicintainya. Jangan sia-siakan usia Ezah dengan menunggu sesuatu yang tidak pasti. Jangan mempercayai kata-kata manisnya lagi. Ustazah perhatikan, dia hanya akan datang kepada Ezah di saat dia kesunyian sahaja. Lelaki seperti itu hanya menganggap wanita sebagai barang permainan yang mudah dimiliki. Satu-satu jalan penyelesaian adalah dengan perkahwinan, jika dia tidak melaksanakannya putuskan dia dari kehidupan Ezah. Jangan lupa istikharah dan banyakkan berdoa supaya diberi petujuk yang terbaik," tenang sahaja Ustazah Nurain menjawab.
Ezah mula mengenali ustazah Nur Ain sejak dia mula menjinakkan dirinya mengikuti usrah untuk muslimah di tempat dia bekerja. Ternyata Ustazah Nur Ain seorang yang berpengalaman memberikan penyelesaian di atas masalah yang telah membelenggu Ezah sekian lama.
Hari itu Ezah harus memekakkan telinganya dan membutakan hatinya untuk terus termakan dengan rayuan seorang lelaki pendusta seperti Saiful. Sudah hampir sembilan tahun mereka menjalinkan hubungan cinta. Namun bila Ezah mempersoalkan isu perkahwinan, Saiful hanya memberi alasan bahawa dia belum bersedia dari segi kewangan. Sedangkan usia Ezah telah menghampiri angka 30 tahun.
Ezah mula mengenali ustazah Nur Ain sejak dia mula menjinakkan dirinya mengikuti usrah untuk muslimah di tempat dia bekerja. Ternyata Ustazah Nur Ain seorang yang berpengalaman memberikan penyelesaian di atas masalah yang telah membelenggu Ezah sekian lama.
Hari itu Ezah harus memekakkan telinganya dan membutakan hatinya untuk terus termakan dengan rayuan seorang lelaki pendusta seperti Saiful. Sudah hampir sembilan tahun mereka menjalinkan hubungan cinta. Namun bila Ezah mempersoalkan isu perkahwinan, Saiful hanya memberi alasan bahawa dia belum bersedia dari segi kewangan. Sedangkan usia Ezah telah menghampiri angka 30 tahun.
"Saiful, maafkan Ezah kerana nekad untuk menamatkan hubungan kita. Ezah dapat merasakan tiada kesudahan hubungan kita. Maafkan Ezah sekali lagi," Ezah terus bangun meninggalkan Saiful yang masih terpinga-pinga.
Ezah nekad untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya. Kali ini dia akan memberi peluang kepada dirinya untuk menerima lelaki lain sebagai raja yang bertanggungjawab untuk memimpinnya ke syurga kelak. Penderitaan di jiwanya juga telah berakhir. Dia harus terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Boleh hantar ke penulisan2u. Great! c:
ReplyDeletesaja suka2 tulis.. hehe.. :D
DeleteSalam Mizz Aiza. Cerpen ke ni.. Cantik gaya penulisannya.
ReplyDeletetak pasti cerpen ke tak.. saya saja2 tulis cerita pendek ni..
DeleteSedih la pulak baca ni...tringat lagu kaer...huhuu
ReplyDeletealamak.. saya main letak je tajuk tu.. tak terfikir plak sama dengan tajuk lagu kaer..
Deletesedihnya. dah la sy pun tgh long distance dgn mr.bf
ReplyDeletejangan sedih ya.. insya-Allah mr. bf setia..
Deletewah,..leh wat novel nie....x sangka aiza ada bakat..:)
ReplyDeletemenulis sekadar suka2 je.. hehe..
Deleteada bakat :)
ReplyDeletekeep writing yer
insya-Allah.. terima kasih..
Deletesedih cerita ni :(,Kak memang ada bakat menulis.. :)
ReplyDeleteidea datang spontan.. tak selalu idea datang. hehe..
Deletemesti ada pasangan yg pernah mengalami mcm ni. kebetulan dan suratan.
ReplyDeletemungkin ada kot.. hehe.. :D
Delete