02 April 2013

Jenis Syaitan dan Peranannya

Assalamualaikum,

Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada semua manusia sejak penciptaan Nabi Adam a.s dan Hawa. Syaitan enggan bersujud kepada Adam kerana dia merasakan kejadiannya daripada api adalah lebih hebat dan mulia daripada Adam yang dijadikan daripada tanah.

Jenis Syaitan
Kejadian Syaitan daripada api
Allah SWT telah berfirman seperti dalam Surah al-Araaf ayat 18:

"Keluarlah kamu (syaitan) dari syurga ini dengan penuh kehinaan, sekali-kali kamu tidak akan mendapat rahmat-Ku dan aku bersumpah akan memenuhi neraka jahanam dengan kamu dan mereka yang mengikut telunjuk kamu."

7 jenis syaitan yang utama dan perannya adalah seperti berikut:
1) Tsabr
  • Peranannya:
    • Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan, mendapat musibah dan berada dalam kesedihan.
    • Maka datanglah Tsabr dan konco-konconya membisik manusia agar melakukan kejahatan seperti berzina, bunuh diri, mengambil dadah, minum arak, berjudi.
    • Supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali pada Allah SWT. 
2) A'war
  • Peranannya:
    • Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina.
    • Dan terus melakukannya dengan apa cara sekalipun.
    • A'war dan tenteranya akan menggambarkan keenakan dan keseronokkan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobarkan nafsu.
3) Miswath
  • Peranannya:
    • Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan.
    • Yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar.
    • Agar manusia itu akan kucar-kacir.
    • Hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh.
    • Sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
4) Dasim
  • Peranannya:
    • Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan.
    • Selalunya dalam kes rumahtangga.
    • Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
5) Zaknabur
  • Peranannya:
    • Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.
    • Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan.
    • Kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan).
    • Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan.
    • Kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.
    • Serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan).
6) Khanzab
  • Peranannya:
    • Menghalangi dan mengganggu umat Islam dalam melakukan solat.
    • Serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah.
    • Mengelakkan manusia mengerjakan solat dengan sempurna.
7) Walhan
  • Peranannya: 
    • Menganggu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwuduk.
    • Ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.
    • Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.
    • Menghasut manusia supaya membazir dalam menggunakan sesuatu benda.
Sumber: 

8 comments:

  1. Terima kasih dengan entry yg penuh informasi niiiii.....

    ReplyDelete
  2. kita tak lari dari godaan syaitan..

    ReplyDelete
  3. mmg kena tahu pasal syaitan ni. sbagai manusia mmg kita xkan lari dr godaan syaitan sedangkan Nabi Adam a.s pun digoda syaitan sehingga tersingkir dr syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sekadar berkongsi ilmu hasil dari pembacaan.. betul tu, syaitan memang musuh yang nyata..

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^