Assalamualaikum,
Kisah ini benar-benar berlaku pada diri aku sendiri. Aku mula menggunakan kad kredit pada November 2009. Aku mendaftar pun secara tak sengaja sebab ada agen Eon Bank datang buat promosi di pejabat aku.
Sepanjang memiliki kad kredit tu aku memang tak pernah guna pun. Sebabnya aku lebih suka menggunakan duit tunai atau kad debit. Alasannya aku ni jenis yang suka berbelanja, jadi untuk menghadkan perbelanjaan aku tak nak guna kad kredit.
Kad tu memang tersimpan rapi kat dalam wallet aku tanpa pernah disentuh. Sehinggalah pada suatu hari di waktu pagi pada bulan September 2010 (tarikh aku tak ingat) aku menerima panggilan telefon dari seseorang. Kebetulan masa tu aku tengah meeting, jadi aku minta dia call aku balik waktu petang.
Lebih kurang jam 4.00 petang tu aku menerima panggilan telefon dari orang tu lagi.
"Cik Aiza, maaf mengganggu. Saya Lisa dari Master Card Service Centre. Boleh saya bercakap dengan cik sebentar?" sopan je dia memulakan bicara.
"Ok, boleh je" aku membalas.
"Cik Aiza memiliki kereta jenis Perodua Viva nombor pendaftaran WTx xxxx?" dia soal aku.
"Ya, kenapa cik Lisa?" aku membalas dan menyoal dia kembali.
"Tahniah kerana cik telah terpilih untuk menerima Master Card dari syarikat kami. Dengan Master Card ini cik boleh mendapatkan perlindungan insuran secara percuma dan boleh masuk ke semua taman tema serta menginap di beberapa hotel yang disenaraikan dengan percuma," panjang lebar dia menerangkan. Teruja aku mendengarnya.
"Sebelum tu, saya nak butiran alamat dan nombor kad pengenalan cik terlebih dahulu," dia menyambung lagi. Aku hanya memberikan maklumat yang diperlukan tanpa rasa curiga
"Cik Aiza juga ada memiliki kad kredit? Kalau ada dari bank mana?" dia terus menyoal lagi.
"Ya, ada. dari Eon Bank," aku membalas.
"Boleh bacakan 16 digit nombor kad kredit cik Aiza?" dia menyoal lembut. Aku langsung tak terfikir negatif. Laju je aku bacakan nombor kad kredit aku. Dia mengulang semua butiran peribadi aku dan aku mengiyakan.
"Master Card ini akan kami hantar ke alamat yang cik Aiza berikan tadi. Sebelum tu saya nak maklumkan, RM499.00 akan dipotong dari kad kredit cik sebagai yuran pendaftaran. Hanya bayar sekali seumur hidup," tersirap darah aku mendengar statement dia.
"Tapi, tadi cik Lisa takde pun maklumkan mengenai yuran RM499.00 tu. Saya ingatkan percuma. Kenapa pulak kena bayar?" aku menyoal dalam nada suara yang tinggi.
"Master Card memang percuma, tapi yuran mesti kena bayar. Cik Aiza pun dah bagi nombor kad kredit tadi. Sekiranya terdapat apa-apa persoalan, sila hubungi kembali nombor yang saya hubungi cik Aiza sekarang," selamba je dia jawab. Lepas tu 'klik', dia terus letak telefon.
Aku cuba call balik nombor telefon dia, tapi tiada jawapan. 12 kali aku call, tapi tiada orang angkat. Aku terus mengadu kat kawan sepejabat aku. Terkejut diaorang bila aku bagitau yang nombor kad kredit tu dah aku dedahkan. Tak terfikir aku yang orang tu berniat jahat macam ni.
"Awak cuba hubungi customer service Eon Bank. Maklumkan pada mereka apa yang terjadi. Mungkin sempat nak sekat," cadang kawan sepejabat aku Suhana.
Tanpa membuang masa aku terus menghubungi customer service Eon Bank. Nombor telefon memang tertera di belakang kad kredit tu. Yang jawab call aku seorang pegawai khidmat pelanggan lelaki.
"Saya Aiza. Saya nak buat aduan mengenai penyalahgunaan kad kredit," skema je ayat aku. Nak tergelak pulak bila ingat balik sebab tengah gelabah masa tu.
"Apa yang boleh saya bantu cik Aiza?" dia menyoal kembali.
"Saya telah diperdaya oleh seorang individu yang tidak dikenali sehingga saya memberikan nombor kad kredit serta butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan saya kepadanya. Dia memaklumkan akan mengeluarkan wang dari kad kredit saya untuk pembayaran yuran Master Card sebanyak RM499.00," aku menerangkan panjang lebar.
"Boleh saya dapatkan nombor kad kredit cik beserta nama ibu?" dia menyoal. Aku pun membacakan nombor kad kredit aku. Tapi masa nak bagi nama ibu tu aku terkial-kial sebab yang daftarkan kad kredit aku agen yang datang ke pejabat aku, mana la aku tahu apa nama ibu yang dia letak. Nasib baik pegawai khidmat pelanggan tu bagi klu, akhirnya lepas juga la.
"Macam mana dengan akaun kad kredit saya?" aku menyoal dia.
"Sebentar tadi memang ada transaksi dari seseorang tapi ianya gagal," pegawai khidmat pelanggan tu memberitahu aku. Alhamdulillah, tenang hati aku mendengar jawapan dia.
Aku meminta supaya kad kredit aku disekat dan digantikan dengan kad baru (nombor baru). Lega sangat mendengarnya. Pegawai khidmat pelanggan tu juga memaklumkan, kredit limit untuk kad kredit aku RM3,000.00. Jadi orang tu boleh keluarkan kesemua duit tu kalau transaksi berjaya.
Moralnya:
- Jangan mudah mempercayai orang yang baru dikenali. Mana ada benda percuma pada zaman sekarang.
- Jangan memberikan butiran peribadi (nama, no. kad pengenalan, alamat, no. pendaftaran kereta, no. kad kredit/ debit) kepada orang yang tidak dikenali.
- Pada waktu petang badan dan otak dah penat setelah seharian bekerja. Masa tu otak tak dapat berfikir dengan waras dan kita akan buat keputusan yang tidak tepat. Jadi elakkan membuat keputusan pada waktu tu.
- Perbanyakkan pembacaan mengenai isu semasa termasuk jenayah dan penipuan siber yang semakin berleluasa sekarang ni. Jangan sampai diri kita atau orang tersayang menjadi mangsa.
Bila aku ingat balik rasa macam bodoh je aku masa tu. Tapi bila difikirkan secara positif memang ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya aku ada pengalaman jadi Tipah Tertipu. Insya-Allah pengalaman ini telah mematangkan diri aku untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
^_^
Kad kredit mmg membahayakan...say no to kad credit. :)
ReplyDeletebetul tu..
Deletepatut hati-hati ke depan nya, di indonesia juga ada penipuan kad credit, bahaya and buat kesal je.. so hati-hati pada orang baru kenal
ReplyDeletebahayanya, sekelip mata je org tu amik duit kita.
ReplyDeletenasib baik akak sempat sekat.. :D
DeleteNasib baik akak cepat bertindak :).Bahaya sekarang ni,macam-macam taktik menipu digunakan untuk dpt duit.macam atuk saya ditipu guna ilmu pukau lesap rm12 ribu.
ReplyDeletebetul tu dila.. ilmu pukau lagi bahaya tu.. :D
Deleteberingat lain kali... :-)
ReplyDeleteinsya-Allah.. terima kasih.. :D
Deleterisau pulak kak...kad debit pun dia boleh wat mcm tu skrg ni...
ReplyDeletehati2 dengan panggilan telefon dari orang yang tak dikenali.. kalau rasa curiga elok tamatkan je perbualan&jangan layan lagi.. :D
Deletenoted!!
Deletenasib gagal kak..
ReplyDeletehuh!bahaya betul .
alhamdulillah sebab selamat.. memang bahaya..
DeleteFuh, bahayanya.. apapun terima kasih sudi kongsi pengalaman ni :)
ReplyDeletememang bahaya.. dalam berhati2 pun kadang-kala terkena.. sama2.. :D
DeleteNasib baik kak.. skg nie mcam2 penipuan boleh berlaku.. saya pun penah kena jg. org tu minta semua mklumat peribadi.. saya pun mula la curiga. pas tu apa lagi, saya off fon then pas tu xde dah call lg.. settle masalah.. :)
ReplyDeletebagus tindakan aniq.. sebaik2nya macam tu la..
DeleteSya memang tak pernah layan call2 promosi dlm tel nie..semua nak tipu org jer..;p
ReplyDeletebagus macam tu.. sejak kejadian tu memang dah serik nak layan call especially dari orang yang tak dikenali.. :)
Deleteishh bahaye ... thanks sharing :) lepas nie kena lebih berwaspada
ReplyDeletekena hati2.. you are welcome.. :D
Deletephewwww...nasib baik cepat bertindak.
ReplyDeletesyukur bertindak cepat.. :D
DeleteHarus beringat tentang ini dengan mengambil ikhtibar peristiwa yg dialami oleh rakan2 ...
ReplyDeletebetul tu.. :D
Deletehati hati lain kali.
ReplyDeleteinsya-Allah.. terima kasih ya.. :D
Deletebahaya nya. kena hati-hati.
ReplyDeletebetul tu..
Deletesaya pun pernah terkena macam tu , lesap duit , tengok entri ni ...http://www.araublogger.com/2011/11/berhati-hati-dengan-panggilan-telefon.html , sekarang dah tak layan panggilan telefon dari siapa pun dah , kalau dari insuran terus letak phone , saya hanya angkat phone dari orang yang dikenali saja , angkara phone lesap duit
ReplyDeletebetul tu abg cik.. kena hati2 sekarang ni..
Deletehehhe..tak apa kak..pengalaman..nasib baik tak keluarkan..kalau tak mmg apa la..huhu..seram juga kan..sy pun tak berapa suka guna credit card..
ReplyDeleteakak bersyukur sangat2.. semoga ianya menjadi iktibar kepada kawan2.. senang gula kad debit lagikan.. tak payah hutang2.. :D
DeleteSebenarnya, kebiasaan org mmg tau no kad tak leh didedahkan sebarangan..xkisah kd kredit or debit..wpun no di depan kad.kalu diminta msti ada muslihat&xkan ada bnda pcuma diorg sng2 bagi..ini sebenarnya pengetahuan am..mmberi apa2 no kad pd pihak selain bank mmg bererti kita bersetuju utk sesuatu transaksi..tp xpela mgkin cik terlepas pndang sbb mmg xguna kad kdit kan&jrg terdengar isu mcm ni, btul x..?& bagusla sbb cik btindak pantas call bank..setengah org mybe trus blur&byr je apa yg dicaj..fight 4 ur right..
ReplyDelete