23 April 2013

Ketahui Rahsia Lemak

Assalamualaikum,

Adakah kita benar-benar faham tentang apa itu lemak? Tahukah kita jenis-jenis lemak? Benarkah lemak itu berbahaya? Mengapa kita perlu mengurangkan memakan makanan yang berlemak?

Rahsia Lemak
Gambar sekadar hiasan - Google
Beberapa perkara asas tentang lemak adalah seperti berikut:
  • Lemak sumber kalori terbanyak.
  • Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukan.
  • Lemak dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.
  • Hampir kesemua makanan harian kita banyak mengandungi lemak.
  • Makanan yang mengandungi lemak semulajadi adalah seperti: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan, krim.
  • Makanan yang mengandungi tambahan lemak/ minyak adalah seperti kuih muih, karipap, roti canai, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng, mayonis.

Terdapat dua jenis lemak yang asas dalam makanan iaitu :
1) Lemak Tepu
  • Menjadi beku dan keras dalam suhu sejuk (peti sejuk). 
  • Sumber utama hasil haiwan dan sebahagian tumbuhan seperti santan dan minyak kelapa sawit. 
  • Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan bertambah paras kolestrol dan risiko penyakit jantung koronari.
2) Lemak Tidak Tepu
  • Lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. 
  • Sumber utama hasil tumbuhan dan terbahagi kepada 2 jenis:
    • Mono tidak tepu : minyak zaitun, canola
    • Poli tidak tepu : minyak jagung, soya, bunga matahari dan majerin lembut
* Bertukarlah kepada lemak jenis tidak tepu di dalam masakan tetapi gunakan secara berpatutan dan jangan berlebihan. 

Sumber : Berita Harian

^_^

19 comments:

  1. Assalamualaikum, Bagus maklumat ni. Terima kasih sudi kongsi maklumat berkenaan lemak ni ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam,

      sama2.. berkongsi maklumat melalui pembacaan.. :D

      Delete
  2. makanan byk lemak tu mmg nikmat gile bila dimakan.. hihihi

    ReplyDelete
  3. baru Am tahu, selama ni main redah je..
    jumpa makan ape pun terus makan hoho...
    nice sharing akak.. Am suka entri ni..
    Maksud Gwiyomi Dan Penyanyi Asal Lirik Lagu Gwiyomi
    Dunia Blogging Ramai Yang Salah Anggap.. Kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun suka makan juga.. hehe.. thanks am.. :D

      Delete
  4. tapi kan ramai yg lebih suka kan makanan yg mengandungi lemak tepu walaupun tahu akan merbahayakan kesihatan...sedap dulu sakit pikir kemudian..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza.. makanan itu la yang sedap.. :D

      Delete
  5. tapi jenis lemak dua2nya enak semua ya mbak

    ReplyDelete
  6. tq share this yer.. !

    ReplyDelete
  7. ohh...kak tetibe terasa macam tengah blaja biology kat sekolah pulak..
    kih kih...tp betul info yg akk bagi ni...
    lemak sanga berbahay kalau terlebih ambil..
    tp ia masih diperlukan oleh badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. lemak memberi badan tenaga untuk berfungsi dengan baik, diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan rambut; membantu badan menyerap vitamin A, D, E dan K (vitamin larut lemak)..

      Delete
  8. tapi kita dah selalu kan makan benda2 bersantan2 ne..hehe.. so kena perlahan2 ubah corak pemakanan..

    ReplyDelete
  9. hehe. kita dah selalu makan makanan yg bersantan segala..mana lemak tak terkumpul..hehe..nak ubah corak pemakanan tu kena perlahan2..hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^