Assalamualaikum,
Gambar sekadar hiasan - Google |
Senyuman adalah sedekah kepada insan di sekeliling kita. Senyuman juga dapat memberikan kesan positif untuk kesihatan kita. 8 kelebihan senyum adalah seperti berikut:
1. Senyuman membuat anda lebih menarik
- Senyuman membuatkan orang di sekeliling kita berasa selesa dan gembira bersama kita. Kebanyakan orang yang suka senyum mempunyai ramai kawan.
2. Senyuman boleh mengubah perasaan
- Jika anda rasa sedih, cubalah untuk senyum. Senyuman akan membuatkan perasaan anda menjadi lebih baik dan positif.
3. Senyuman boleh berjangkit
- Senyuman akan membuatkan suasana lebih ceria. Orang di sekeliling anda pasti akan tersenyum kembali dan berasa gembira apabila melihat anda tersenyum.
4. Senyuman dapat mengurangkan tekanan
- Tekanan boleh dilihat pada muka anda. Senyuman boleh mengurangkan keletihan di muka anda, menghilangkan kebosanan dan kesedihan. Apabila anda tertekan, cubalah tersenyum seketika.
5. Senyuman meningkatkan imuniti
- Senyuman membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun badan yang terbaik ketika seseorang sedang tenang.
6. Senyuman menurunkan tekanan darah
- Cuba ambil tekanan darah anda ketika sedang marah dan ketika sedang senyum (tenang). Tekanan darah ketika sedang tersenyum pasti lebih rendah.
7. Senyuman membuatkan anda awet muda
- Senyuman melibatkan pergerakan banyak otot di muka kita. Dengan tersenyum pada setiap hari pasti akan menghasilkan muka awet muda.
8. Senyuman membuat anda kelihatan berjaya
- Orang yang tersenyum kelihatan lebih yakin, terkenal dan boleh dipercayai. Senyumlah ketika sedang bermesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti rakan-rakan anda akan melihat anda lebih baik. (Tapi jangan tersengih macam kerang busuk pula).
Sumber : Health& Beauty Information
wah!!!! xsangka byk betul kelebihan senyuman ni :)
ReplyDeletesenyumlah selalu.. :D
DeleteSenyum..tak perlu kata apa apa :)
ReplyDeletebetul tu.. :D
DeleteMemang menarik entri ni. Terima kasih sudi kongsi maklumat pasal senyum ni :D (tgh senyum)
ReplyDeleteterima kasih juga.. :D
DeleteSalam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Dapatkan 10% diskaun. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..
ReplyDeleteTerima kasih.
~Hijab valley~
http://hijab-valley.blogspot.com
hehehe senyum sampai ke telinga dah ni !
ReplyDeletebagus tu.. :D
DeleteSya memang selalu senyum walaupun kadang tue stress sangat2.. senyuman mmg terapi yg terbaik utk hilangkan stress! ;p
ReplyDeleteyeay...sy suka entry ni...senyuman boleh berjangkit...dan menceriakan suasana =)
ReplyDeletesangat betul.. :D
Deletesenyum boleh buatkan kita jadi comel macam kak ton..hehe..senyum.. :)
ReplyDeletecomelkan kak ton.. hehe.. :D
DeleteSenyum itu sedekah.. dapat pahala lagi.
ReplyDeletenice sharing akak... dah takmau stress pas ni... nanti muka cepat tua...
betul tu am.. thanks ya.. :D
Deletesenyum buat zura perasan zura chantek, boleh gitu..?
ReplyDeleteterapi kecantikan.. hehe.. :D
DeleteBetul kawan... dengan senyuman membuat wanita kelihatan lebih cantik, asal jangan senyum-senyum sendiri aja hehe... :)
ReplyDeletebetul tu.. :D
Deletesenyuman membuatkan nampak menarik..itu saya suka..hahah :p
ReplyDeletesangat setuju.. :D
DeleteSenyum itu sedekah utk diri sndiri dan orang lain.. :-)
ReplyDeletethanks.. :D
ReplyDeletesenyum x perlu kata apa.. =)
ReplyDelete@tenku butang - betul tu..
Delete