Assalamualaikum,
Pernah tak anda rasa sukar untuk buang air besar akibat sembelit? 10 jenis makanan berikut mungkin boleh membantu anda melawaskan pembunagan air besar dengan membersihkan usus anda.
1. Lemon/ limau
Buah-buahan sitrus terutamanya lemon/ limau amat berkesan untuk pembersihan usus. Minum segelas jus lemon/ limau pada setiap pagi untuk proses detox dan pembersihan usus.
2. Bayam
Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam boleh membersihkan usus dan melindungi saluran pencernaan dari jangkitan penyakit.
3. Tauge
Tauge dapat membersihkan hati dan juga membantu penghadaman. Ianya juga membersihkan usus anda.
4. Jus Buah-buahan
Jus buah-buahan perlu dimasukkan ke dalam diet harian anda. Ianya kaya dengan serat dan enzim yang mampu untuk menyingkirkan toksin dari badan melalui pembuangan air besar.
5. Bawang Putih
Walaupun bau bawang putih kurang menyenangkan, ianya dapat memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta memebersihkan usus anda.
6. Ikan
Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu membersihkan dan meningkatkan sistem penghadaman.
7. Avocado
Avokado kaya dengan minyak omega-3 yang membersihkan usus dan mengatasi masalah pencernaan. Minyak omega-3 bertindak sebagai pelincir pada dinding usus. Semua zarah sisa makanan dan toksin terperangkap kepadanya dan akan disingkir melalui perkumuhan.
8. Gandum Penuh
Gandum penuh rendah kalori dan kolesterol serta mudah dihadam kerana kandungan seratnya yang tinggi. Ia perlu ditambah dalam diet anda bagi membersihkan usus dan membantu penghadaman yang lebih baik.
9. Kekacang
Kekacang bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi juga membantu membersihkan usus anda.
10. Teh Hijau
Teh hijau mampu membersihkan usus anda di samping menurunkan berat badan.
Sumber : Boldsky
Gambar : Google
oh ye ke.. baru kita tahu...
ReplyDeletesy suka makan tauge.. masuk dalam mee , k.teow...lg segar lg best !
ReplyDeletewah.. sedap tu PCL.. :D
DeleteErrkk....dalam byk2 tuh, wan xsuka bawang putih...paling x suka...hahahaha
ReplyDeletetak suka juga sebab baunya busuk.. hehe.. :D
DeleteTerima kasih bgtau psal info ni :D
ReplyDeletesama2.. :D
DeleteNice info.. Selalu juga try semua tu. kecuali avocado je yg jarang sangat makan. x tau nak dapat mana benda tu.. hehe
ReplyDeleteavocado tu ada dijual di tesco.. kat pasar raya lain pun ada juga kot.. :D
Deletesuka makan ikan.. heheh
ReplyDeleteyg penting seimbang kan?
betul tu.. yang penting diet kena seimbang.. :D
Deletewaaaaa... ilmu baru ni. tq 4 da share! :D
ReplyDeleteyou are welcome.. :D
Deleteoo nak bersihkan hati untuk melupakan seseorang ada tak petua kak heee :)
ReplyDeletepetua yang tu tak buat lagi.. hehe.. :D
Deletesuke makan togeh...
ReplyDeletesuka juga.. :D
Deletetq!! mmg ada masalah tu..makan betik n pisang pown xjalan
ReplyDeleteyou are welcome.. cuba la kalau2 menjadi.. :D
DeleteSaya biasanyab cuci usus dgn air suam ... aci tak??
ReplyDeletekalau minuman sebaiknya air suam.. yang ni makanan.. :D
Deletesalam kenal aiza
ReplyDeleteErm.nice post..
salam.. :D
Deletewah baru tahu saya, 10 makanan tu bole untuk kesihatan, faham la, kebetulan saya tinggal di deket malaysia, jadi tahu bahasa melayu nya , kerana kat sini, bahasa sehari-hari melayu jugak. nice info akak, nanti bole di coba 10 makanan tu, hehe
ReplyDeletebagus la macam tu.. :D
Deletenice info =)
ReplyDeletebaru tahu =D
sekadar perkongsian hasil pembacaan.. :D
Deletesemua diatas sya makan..hehe..ada lagi.yogurt pun sama..hehe..sedap makan sejuk2.. :)
ReplyDeletebagus2.. yougurt pun baik untuk penghadaman.. :D
Deleteperkongsian yang baik..jalan2 cari cara bersihkan usus ni..hihi
ReplyDelete