Assalamualaikum,
Kisah ini benar-benar berlaku. Telah hampir dua bulan Siti berkhidmat sebagai penjawat awam di sebuah agensi Kerajaan di Putrajaya. Walaupun gajinya tidak seberapa tetapi dia berasa gembira kerana berjaya memperoleh pekerjaan.
Cinta Datang Lagi (Gambar hiasan) - geekandjock.com |
Disebabkan banyak tugasan yang perlu disiapkan, kadang-kala Siti terpaksa pulang lewat ke rumahnya. Perkenalannya dengan Amir bermula pada suatu hari ketika Siti baru pulang dari kerja. Ketika itu sudah menghampiri jam 8.00 malam.
"Lambat balik hari ini." tegur pemandu bas (Amir). Siti duduk berdekatan dengan pintu dan sekaligus berdekatan dengan tempat duduk pemandu bas. Terdapat seorang lagi penumpang yang juga menaiki bas bersama Siti tetapi duduk jauh di belakang.
"Banyak kerja yang perlu diselesaikan." balas Siti. Bas terus bergerak dan Siti turun seperti biasa. Seperti ada jodoh, sepanjang minggu itu Siti akan menaiki bas yang dipandu oleh Amir. Sehinggalah mereka bertukar nombor telefon.
Hampir dua bulan Siti menjalinkan hubungan baik dengan Amir. Sesekali Amir akan membawa Siti keluar makan malam di luar. Hubungan mereka memang sangat baik dan Amir turut meluahkan perasaan cintanya kepada Siti.
"Izinkan saya berjumpa dengan keluarga Siti." Amir memulakan bicara pada suatu malam ketika mereka makan malam bersama. Siti hanya terdiam seketika dan mungkin juga terkedu dengan kata-kata Amir. "Awak betul-betul serius ke?" soal Siti.
"Saya betul-betul serius untuk memiliki Siti. Tapi dengan keizinan ibu bapa Siti terlebih dahulu," balas Amir sambil merenung tepat ke mata Siti. "Saya tak kisah kalau betul awak jodoh saya." balas Siti sambil tertunduk malu.
Mereka terdiam sambil menjamu selera Nasi Goreng Kampung dan air sirap limau ais. "Tapi saya nak berterus terang mengenai satu perkara kepada awak juga..." tiba-tiba Amir bersuara memecah kesunyian.
Siti hanya terdiam dan matanya bertentangan dengan mata Amir. "Sebenarnya saya dah berkahwin dan memiliki 3 orang anak." sambung Amir. Siti hanya terdiam, di saat perasaan cintanya mula mekar baru dia tahu Amir adalah suami orang.

"Saya berterus terang sebab saya sangat mencintai Siti dan saya ikhlas untuk menjadikan awak permaisuri di hati saya." Amir terus memujuk Siti. Kerana termakan dengan kata-kata manis Amir, akhirnya Siti hanya terdiam.
Siti menceritakan semula kisahnya kepada aku kerana tidak tahu membuat keputusan. Dia kelihatan tertekan dengan masalah itu. Siti tidak berani membawa Amir berjumpa kedua ibu bapanya dan hubungan cinta mereka juga tidak diketahui oleh isteri Amir.
"Saya bukan mahu menghalang hubungan Siti dengan Amir. Sebelum membuat sebarang keputusan eloklah Siti memikirkan risiko-risiko. Sanggupkah Siti melukakan hati ibu bapa Siti hanya kerana Amir?" aku memulakan bicara.
Siti hanya terdiam sambil menekup mukanya dan menangis. "Isteri Amir juga pasti akan berasa kecewa apabila tahu suaminya curang. Sanggupkah Siti kecewakan ibu bapa Siti dan isteri Amir hanya kerana cinta nafsu ini?" aku menyambung lagi.
"Tapi Siti terlalu mencintai Amir." Siti membalas. Aku menghulurkan tisu kepadanya dan Siti mengesat air matanya. Aku membiarkan dia menangis sepuas-puasnya. Pasti Siti akan merasa lega setelah dia puas menangis.

"Pilihan kini terletak di tangan Siti dan buatlah keputusan yang bijak. Berfikirlah secara rasional dan jangan lupa berserah kepada Allah SWT dengan banyakkan berdoa dan solat istikharah." aku membalas.
Tangisan Siti semakin reda. "Terima kasih di atas nasihat itu," balas Siti. "Sama-sama. Jika Siti rasa dia yang terbaik, teruskanlah. Jika sebaliknya tinggalkan dia dan pasti ada lelaki lain yang lebih layak untuk Siti." aku membalas.

**********
Sebulan kemudian aku menerima panggilan telefon dari Siti dan kedengaran suaranya ceria. "Alhamdulillah Siti dapat jawapannya. Allah SWT telah memberi petunjuk setelah Siti melakukan istikharah." Siti memulakan bicaranya.
"Rupa-rupanya Amir telah memiliki tiga orang isteri. Selama ini ketiga-tiga isterinya yang menanggung nafkah keluarga mereka. Masa tu Siti memang nekad jumpa sendiri dengan isteri-isteri Amir, kasihan mereka." sambung Siti lagi

Alhamdulillah kerana Siti telah memilih jalan yang terbaik. Kini Siti telah berkahwin dan dikurniakan seorang puteri yang comel. Benarlah kata-kata, apabila kita di dalam keadaan susah ataupun senang, hanya kepada Allah SWT tempat kita mengadu.
*Nota: Cinta kita kepada manusia datang dan pergi. Hanya cinta kepada Allah SWT kekal abadi.
*Nota: Cinta kita kepada manusia datang dan pergi. Hanya cinta kepada Allah SWT kekal abadi.
^_^
like x10...jangan mudah terpedaya dengan kata2 manis lelaki...perkahwinan bukan perkara main2...
ReplyDelete#syukurlah siti tu tak menjadi mangsa lelaki sengal macam tuh...dah la bini duk tanggung..such a shame for a man...
betul tu.. :D
Deletesemoga siti hidup bahagia
ReplyDeletealhamdulillah sekarang siti dah kahwin dan mendapat seorang cahaya mata.. :D
Deletesalam aiza
ReplyDeleteMenarik..sambungannya pls.
terima kasih tirana aduka.. endingnya macam tu saja.. akhirnya kawan aiza tu kahwin dan dah dapat seorang cahaya mata.. :D
Deletebest entri ni, keep it up. ramai lelaki y cakap manis, tp x pndau nk tunaikan. huhuhu
ReplyDeleteterima kasih.. betul tu.. mulut je cakap manis.. tapi tak semua lelaki macamtu.. :D
Deletebetul sekali mbak, seorang lelaki seperti mas andes bisa di contoh :D
Deletehahaha
wahh kisah benar ? betul2 bg iktibar kat semua org.
ReplyDeleteAlhamdulillah Siti dah bertemu jodohnya yg sebenar =D
akak menulis sekadar perkongsian realiti kehidupan seorang wanita.. :D
Deleteowhhhh nasib baik siti 2 x jd kawin.. risau sy baca cerita ni..
ReplyDeletelaki kalau dah kawin 4 pon sapa je yg tau. so perempuan kena berhati2
betul tu eika.. perempuan kena berhati2 walaupun tak semua lelaki jahat macam tu.. :D
Deletepenulisan yang best :)
ReplyDeleteterima kasih ya.. :D
Deletepilihan yang bijak dari Siti , tapi Dato Siti sendiri kahwin dgn suami org , Dato K tu , hairan juga mcm mana lelali sanggup kahwin sampai 3 tapi tak mampu nak sara , habisnya isteri yang tanggung belanja , ada juga jantan mcm ni !
ReplyDeleterealiti kehidupan memang begitu.. :D
DeleteTak padan ngn drebar bas ada hati nk kawen smp 4.. Klu brtul2 mampu tkpe la jgk...
ReplyDeleteaiza pun tak sangka siti boleh terkena dengan dia..
Deletealhamdulillah la kan kak akak siti buat solat sunat semua..Allah bagi peluang lagi tu sebelum terlambat.tak sangka betul dah ada 3 isteri.. kahwin kat siam pulak tu..bahaya2..mesti anak2 akak siti comel2..gambar tak ada ke kak?hehe
ReplyDeleteakak pun syukur sangat bila tahu dia dah kahwin&ada anak sekarang ni.. :D
DeleteX betul caranya ni kan..
ReplyDelete