12 April 2013

Jom Bersolat

Assalamualaikum,

Jom Bersolat

Hari Jumaat datang lagi, terasa betapa cepatnya hari-hari yang telah berlalu. Seperti yang kita ketahui, mendirikan solat lima waktu sehari semalam merupakan salah satu daripada rukun islam yang wajib ditunaikan oleh setiap umat islam. 

Perintah menunaikan solat juga termaktub dalam al-Quran yang bermaksud, 

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa." 
(Toha: 132) 

Adakalanya kita atau anak-anak kita berasa berat atau malas untuk menunaikan solat. Anda boleh mencuba dengan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan dan diringankan tubuh kita untuk bangun menunaikan solat seperti doa berikut, 

"Wahai Tuhanku. Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"
(Surah Ibrahim: 40) 

Ingatlah, bersolatlah anda sebelum anda disolatkan. Pada waktu itu penyesalan sudah tidak berguna lagi.. 

Sumber: Portal Mukmin

4 comments:

  1. Thanks atas peringatan...kepada laki2, jom amik berkat hari JUmaat...jom solat nnt yer. :)

    ReplyDelete
  2. solat tu penting. perkara utama yg akan dihitung dahulu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^