11 April 2013

KENANGAN TERINDAH UMT

Assalamualaikum,

Cerita Kenangan Terindah Aku
Semua tu hanya tinggal kenangan yang terindah untuk diabadikan di dalam gambar dan memori. Sekarang ni masing-masing dah bekerjaya dan ada family sendiri. Kalau nak diikutkan kenangan terindah memang banyak. Kat sini aku kongsikan beberapa kenangan itu.. 

Gambar kenangan ni masa kat dalam kelas di UMT. Aku study dari tahun 2001-2007. Sempat la tiga kali universiti ni bertukar nama iaitu dari UPMT kepada KUT dan seterusnya kepada KUSTEM dan akhir sekali UMT. 

Kenangan ni masa aku dan rakan-rakan sekelas aku join trip memancing pada tahun 2004. Masa ni ada rakan yang muntah sebab mabuk laut. Alhamdulillah aku tak kena mabuk laut.. 

Ni masa aku join Eksplorasi Taman Negara Pahang anjuran Kelab Rakan Muda pada 6-9 September 2005. Memang best sangat dapat pergi sini. 

Kenangan ni aku abadikan masa jadi Sukarelawan Sukan Wanita di Bukit Jalil pada 10-17 Disember 2005 . Masa ni aku dan dua orang kawan aku (kiri dan kanan) ditugaskan untuk membawa dulang untuk penyampaian hadiah kepada pemenang. 

Ni kenangan aku bersama semua housemate aku tahun 2006. Kami keluar makan bersama di Pizza Hut Kuala Terengganu. 

Ni gambar aku dan dua housemate aku merangkap sahabat baik aku masa study dulu. Kami ikut trip ke Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2007.

Ok, tu aje kenangan terindah yang dapat aku kongsikan.. 

4 comments:

  1. kalo nak diceritakan mcm2 pengalamn indah...tak kurang juga yg x indahnya..hhhehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yuni aisyah.. yang tak indah pun banyak juga.. hehe..

      Delete
  2. salam...tq dear join segmen usu....bestnye byk kenangan terindah dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wmslm.. you are welcome.. hehe.. join sekadar suka-suka.. :)

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^