VCO Treenea |
Entri ni bukan bermasksud nak promosi Minyak Kelapa Dara (VCO) Treenea. Kalau aku promosi pun, bukan dapat apa-apa komisyen. VCO Treenea ni aku baru beli melalui kawan baik aku. Harganya RM40.00 sekotak. Satu kotak ada 60 biji dan cukup untuk sebulan. Cara makan sebiji pada waktu pagi dan sebiji pada sebelah malam.
Sebelum ni aku pernah mencuba VCO jenama lain dalam bentuk cecair. Memang aku tak sanggup nak minum selalu sebab rasanya tak kena dengan tekak aku. VCO Treenea ni dalam bentuk soft gel. Nak makan pun mudah je, cuma telan gel ni dengan segelas air.
Sebenarnya tak kira apa pun jenama VCO, semuanya mempunyai khasiat yang hampir sama. Beberapa khasiat VCO adalah seperti berikut:
- Membantu kelancaran sistem pencernaan
- Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
- Membantu mengurangkan berat badan
- Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
- Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
- Membantu merawat pelbagai masalah kulit
- Menyokong fungsi tiroid
- Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit
Sumber: Pamphlet dalam kotak VCO Treenea yang aku beli
ramai yang guna produk nie.. kalau sesuai mungkin boleh terus mengamalkan.
ReplyDeletesaya baru mencuba.. hehe..
Delete