27 April 2013

Kereta Tiba-tiba Tak Boleh Start

Assalamualaikum,

Hampir 3 tahun aku setia bersamanya (kereta Viva forever aku). Walaupun kecil, ia sangat berjasa kepadaku sepanjang aku nomad di Seri Kembangan-Putrajaya-Kajang. Pelbagai insiden juga berlaku di sepanjang tempoh itu. Namun tidak melibatkan kehilangan nyawa, cuma bercalar dan kemek je (hehe, aku bawa kereta memang ganas).

Kereta Tiba-tiba Tak Boleh Start
Viva forever
Sehinggalah lebih kurang pukul 10.00 pagi pada hari Ahad minggu lepas (hari ni baru nak tulis entry) tiba-tiba enjin kereta aku tak boleh dihidupkan. Rasanya minyak baru je diisi penuh sebelum tu. Bila masukkan kunci, lampu di dashboard tak menyala dan bila diputarkan kunci kedengaran bunyi seperti bergesel.

Memang panik juga sebab first time jadi macam ni. Aku memang perlu ke Tesco untuk membeli barangan dapur yang telah kehabisan. Hari itu juga kakak aku yang tinggal di Petaling Jaya akan datang makan tengahari bersama. 

Beberapa kali aku cuba menghidupkan enjin, namun cubaan itu gagal sama sekali. Mujurlah kakak dan abang iparku sampai awal. Terus aku minta tolong abang ipar aku tengokkan apa yang tak kena. Dia cuba hidupkan enjin, namun masih gagal.

"Masalah bateri ni." kata abang ipar aku. Aku diam je sebab tak faham sangat.

"Habis tu nak kena buat apa?" aku bertanya kebingungan. Kalau bab kereta memang aku tak mengerti.

"Cuba jumper untuk hidupkan enjin." balas abang iparku. (Apa ke bendanya jumper tu? Jakun betul la aku ni). 

Nasib baik jiran kat depan rumah aku ada kabel jumper tu. Minta pinjam kat dia sekejap. Dia pun datang tolong abang ipar aku juga. Nak harapkan aku tolong memang tak tahu apa-apa (memang tak boleh diharap).

Kereta Tiba-tiba Tak Boleh Start
Jumper kereta
Alhamdulillah setelah beberapa cubaan dilakukan, enjin kereta berjaya dihidupkan dengan jayanya. "Kena terus bawa ke bengkel dan tukar bateri baru." kata abang ipar aku (Ooo.. Ingatkan lepas jumper terus ok, rupa-rupanya kena tukar bateri baru, lurus betul fikiran sebelum tu). 

Aku memandu ke bengkel yang berdekatan. Nasib baik ada bengkel menjual alat ganti kereta dibuka pada hari Ahad. Harga dia letak RM190.00 (jenama Bosch), kalau trade in bateri lama dapat harga RM170.00, ada warranty setahun. Aku dah malas nak fikir terus bersetuju je dengan harga tu. Dia tolong tukarkan sekali sebab aku mana tahu nak tukar sendiri. Alhamdulillah, barulah aku menarik nafas lega dan meneruskan misi ke Tesco.

Kereta Tiba-tiba Tak Boleh Start
Tukar bateri baru

^_^

30 comments:

  1. yup..
    biasanya kalau kereta tak boleh hidup nie sebab masalah bateri.
    kete ayah kite pernah jadi macam nie. time raye pulak tue..hihi
    eloklah akk beli n simpan jumper dalam kereta. untuk kemudahan di masa hadapan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @asliner - akak akan beli satu.. thanks ya asliner..

      Delete
  2. hahaha...itu ke masalahnya. keta tu punn mogok la suw0h ganti bateri baru. baru de energy! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @alwani johari - hehe.. kereta pun tahu mogok juga.. :D

      Delete
  3. mmg bateri kereta selalu jadi mcm tu , kalau lepas dari setahun , dan selalunya terjadi setelah lama kita tak hidupkan , selalunya di rumah , bila enjin dah sejuk, kalau boleh sediakan jumper dalam bonet kereta , tak sampai RM50 pun , nasib baik jadi di rumah , tengok entri ni
    http://www.araublogger.com/2012/08/tanda-tanda-bateri-kereta-nak-habis.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. @abg cik - insyaAllah nanti aiza beli jumper tu.. :D

      Delete
  4. pakai bateri kering ke air?mesti xtgk ni kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Harith Iskandar - bateri air.. selalunya abang ipar atau tempat servis tolong tengokkan.. aiza tahu bawa je kereta tu.. hehe..

      Delete
  5. jump start ni bahaya gak sebenarnya kalau tak betul-betul cara buat dia..=)

    Memori Terindah

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/memori-terindah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik abang ipar ada masa tu.. diaorang yang buatkan..

      Delete
  6. alhamdulilah..tak ada apa2 yang teruk..hehe..nasib ada yg tolong kan.. :)

    ReplyDelete
  7. hihi..june pun pernah kena macam aiza...masa tu pergi melawat rumah mak cik..time nak balik, tiba2 jer kereta tak leh nak start...mulalah gelabah tak pasal2...bila check, masalah bateri rupanya...bateri kena tukar setiap 2-3 tahun..kita orang pompuan ni kena sentiasa beringat la kan...hihihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @june mohd - betul tu.. lepas ni aiza kena belajar la kot basic pasal benda ni.. hihi..

      Delete
  8. Viva sy pakai sel kering je...sbb sng nk ingt... 2 tahun dianye limit.. Blh beli spare simpn dlm kete... Tnda dh nk expired tu beli je spare simpan dlm kete...sng pkai sel kering...xyah nk jga air ke hape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nak tukar dari sel air tu kepada sel kering ya? nak kena belajar juga ni.. terima kasih sudi berkongsi..

      Delete
  9. ermm... ooo.. pandai juga abg ipor awk tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @♥xaturen♥ - nasib ada abang ipar.. kebanyakan lelaki pandai bab2 macam ni..

      Delete
  10. Replies
    1. @Normi Nieza - relakan duit tu terbang.. hehe..

      Delete
  11. Kalau keta saya, bateri biasanya dpt bertahan paling lama dlm tempoh 2 tahun. Satu lagi, jumper perlu ada n bawa selalu sbb ia amat berguna bila keta kita ada mslh bateri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shameel Iskandar - aiza kena beli satu la jumper tu lepas ni..

      Delete
  12. Zura slalu jdk masalah bateri sbb lupa nk off lampu bila masuk opis... Padan muko zura !!!

    ReplyDelete
  13. nina ritu mati kat tgh2 hihgway kereta. tgu plus bawak jumper. bila dah ok. buat bodo jeaa. tak tukar2. beberapa minggu lepas tu. tak bleh hidup time nak balik keje. haha. baru insaf. dan2 esok terus tukar bateri. tp, yang sadis. bateri yang ditukar tu tak berapa ok kott. mungkin sebab pompuan senang kena tipu. time otw balik kg raya tahun lepas. tetiba time tengah jalan. kereta mati tetiba. adeiii. tukarrr lagi bateri lain ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NinaAz - kesiannya Nina.. kita perempuan ni senang2 je bengkel tipu (walaupun tak semua bengkel macamtu).. macam aiza selalu ajak abang ipar kalau nak servis kereta atau tukar tayar ke.. memang takut juga kena tipu..

      Delete
  14. kereta tu pun nk belaian juga..hihih.

    ReplyDelete
  15. sama la kita..bawak keta kemain,,tp xnah mek taw pon sal enjin2 ni..haha

    uni sume harap kat abg je...apa gunanya ada abg rmai kan...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @UniMeow - betul tu uni.. kita tahu bawa je.. hehe..

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^