Assalamualaikum,
Hari ini aku nak bercerita pendek lagi. Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia dan jika ada pun mungkin hanya kebetulan. Sekadar untuk motivasi bersama.
Gambar sekadar hiasan je |
Hari sudah lewat malam, namun Haris masih tidak dapat melelapkan mata. Dia menghela nafas dalam-dalam sambil melepaskannya perlahan-lahan. Terasa ianya tersekat di kerongkong. Dia termenung mengingatkan pertemuannya dengan sebuah syarikat pelabur di Hotel Marriott Putrajaya petang tadi.
"Jika En. Haris bantu kami dapatkan peruntukan untuk projek tu cepat, kami akan bagi 3% kepada En. Haris sebagai hadiah," tutur En. Arif memulakan bicaranya. Haris tersentak mendengar tawaran itu dan hanya terdiam.
"Kalau 3% terlalu sedikit, kami naikkan jadi 5%. Ok tak?" soal En. Arif lagi apabila melihat Haris terdiam lama. Ternyata dia memang berhajat untuk memperolehi peruntukan itu dengan jalan pintas yang mudah tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
Haris masih mendiamkan diri. Adakah dia sedang bermimpi? Jari tangan kirinya mencubit tangan kanan, terasa sakitnya. Ternyata dia berada di alam yang nyata bersama manusia-manusia yang tamak seperti En. Arif.
"Bagi saya masa untuk memikirkan tawaran En. Arif," Haris membalas dalam nada yang kurang meyakinkan. Pertemuan itu terhenti dan Haris menuju ke kereta Toyota Vios miliknya dan memandu pulang ke rumahnya.
Sepanjang 3 tahun bekerja di Jabatan Kimia, inilah kali pertama Haris berhadapan dengan situasi sebegini. Haris mengeluh lagi bila memikirkan tawaran itu. Memang terasa rugi untuk menolak tawaran sebanyak itu. Nilai peruntukan yang bakal diluluskan bernilai RM1,000,000.00. Jika 5% dia bakal menerima durian runtuh sebanyak RM50,00.00. Nilai yang hampir menyamai setahun gajinya.
"Memang lumayan," bisik hati kecil Haris. Tiba-tiba perasaan tamak menguasai dirinya.
Haris bangun mengambil wuduk. Dia bersolat tahajud 2 rakaat dan istiqarah 2 rakaat serta berdoa agar Allah memberikan petunjuk kepada dirinya. Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya lalu membuat carian mengenai definisi rasuah melalui enjin carian Google.
Di dalam Laman Web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terpapar 'Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun'.
"Ternyata tawaran hadiah itu juga boleh diklasifikasikan sebagai rasuah," bisik hati kecil Haris.
Tiba-tiba air matanya haris bergenang di kelopak mata apabila mengingati pesanan arwah mak setiap kali sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur. Itulah pesanan arwah mak yang menjadi azimat walau ke mana Haris pergi.
"Biarlah hidup kita susah, tapi jangan sekali-kali mencari rezeki dengan cara yang salah. Mak harap sangat Haris cari rezeki yang halal. Insya-Allah hidup berkat di dunia dan akhirat," masih terngiang lagi kata-kata arwah mak.
Haris menyeka air mata yang bergenang di kelopak matanya sambil membaca surah al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada arwah mak. Dia menarik nafas lega dan berasa bersyukur kerana telah menemui jawapannya.
Masih belum terlewat untuk dia menolak tawaran itu. Jika mengikut maklumat dari laman web SPRM juga, dia boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009 jika menerima pemberian dari syarikat pelabur itu.
Walaupun rekaan tapi ada makna...betul jugak kan. Better kita terima jer apa yg ada dr pada mengundang masalah pada kerja dan dosa sebagai hamba. Rezeki itu biarlah halal hasil titik peluh sndiri. Biarpun satu sen yg terlepas masuk, dosa tetap dosa. Say no to rasuah juga kerana ia adalah HARAM.
ReplyDeletesaya sokong kenyataan ridwan tu.. say no to rasuah.. :D
Deletejgn cari rezeki secara haram. xmo xmo
ReplyDeletesay no to rasuah.. :D
Delete