04 April 2013

Misteri Segitiga Bermuda

Assalamualaikum, 

Misteri kehilangan kapal dan pesawat di kawasan Segitiga Bermuda bukanlah sesuatu yang baru. Lebih dari 1,000 kapal dan pesawat telah hilang di kawasan ini sejak 5 abad (500 tahun) yang lalu dan berterusan sehingga kini. Tiada fakta kukuh yang dapat menjelaskan kejadian ini. 

Kehilangan ini berlaku secara semulajadi (tiba-tiba) di mana tiada kesilapan manusia, kegagalan fungsi peralatan atau bencana alam. Ramai yang percaya bahawa kawasan ini adalah tempat permainan Syaitan dan ini menyebabkan ianya juga dikenali sebagai Segitiga Syaitan.

Segitiga Bermuda terletak di tenggara luar pantai Amerika Syarikat dan di Lautan Atlantik. Tiga penjuru segitiga adalah: Miami (Florida), San Juan (Puerto Rico), dan Bermuda (pulau Atlantik Utara). Kehilangan yang berlaku berhampiran sempadan selatan segitiga iaitu di antara Florida dan Puerto Rico. 

Segitiga Bermuda
Kedudukan Segitiga Bermuda
Berikut adalah beberapa kejadian kehilangan kapal dan pesawat secara misteri yang dilaporkan:
  • 5 Disember 1945
    • Pesawat 19: Pesawat 19 berlepas dari Pangkalan Tentera Laut AS Florida untuk sesi latihan secara rutin, namun ia tidak pernah kembali.
    Segitiga Bermuda
    Pesawat 19
      • Pesawat PBM Martin Mariner : Apabila Pesawat 19 tidak dapat dikesan, dua pesawat Martin Mariner telah dihantar oleh Tentera Laut AS untuk mencarinya. Namun hanya satu pesawat yang kembali.
    Segitiga Bermuda
    Pesawat PBM Martin Mariner
    • 30 Januari 1948
      • Pesawat Tudor Star Tiger: Star Tiger, Tudor Mark-IV pesawat yang hilang di Segitiga Bermuda sejurus sebelum ia akan mendarat di lapangan terbang Bermuda.
    Segitiga Bermuda
    Pesawat Tudor Mark IV
    • 28 Disember 1948
      • Pesawat Douglas Dakota DC-3: Pesawat DC-3 NC16002 hilang ketika penerbangan pada kedudukan hanya 50 kilometer ke selatan Florida dan menghampiri daratan Miami.
    Segitiga Bermuda
    Pesawat Douglas Dakota DC-3
    • 30 Oktober 1954
      • Pesawat 441: Pesawat 441 yang membawa 42 penumpang telah hilang tanpa dapat dikesan. 
    Segitiga Bermuda
    Pesawat 441
    • 3 Julai 1947
      • Pesawat C-54 Skymaster: Ribut petir yang berlaku secara tiba-tiba mengakibatkan kemusnahan pesawat. 
    Segitiga Bermuda
    Pesawat C-54 Skymaster
    • 4 Februari 1963
      • Kapal Marine Sulphur Queen: Kapal ini membawa sulfur lebur mula belayar pada 2 Februari 1963 dari Beaumont, Texas dengan 39 krew. Ia telah dilaporkan hilang di Selat Florida  pada 4 Februari 1963. 19 hari selepas hilang, sisa kapal dijumpai oleh penyelamat. 
    Segitiga Bermuda
    Sisa kapal Marine Sulphur Queenyang dijumpai
    • Tahun 1881:
      • Kapal Ellen Austin: Ketika pelayaran Ellen Austin di Segitiga Bermuda, ia telah berselisih dengan sebuah kapal yang bergerak dengan kelajuan biasa tetapi tidak ada orang di atasnya. Kapten kapal Ellen Austin membawa bersama kapal itu, namun selepas 2 hari ribut telah memisahkan mereka dan kapal misteri itu tidak ditemui lagi. 
    Segitiga Bermuda
    Kapal Ellen Austin
    • 4 Mac 1918
      • Kapal USS Cyclops: Kehilangan kapal pengangkut ini di kawasan di Segitiga Bermuda. Kapal Pengangkut ini membawa bekalan bahan bakar dan barangan dari Barbados, India ke Baltimore. Ia dijangka tiba di Baltimore pada 13 Mac 1918, namun ianya tidak dapat dikesan. 
    Segitiga Bermuda
    Kapal USS Cyclops
    • 5 Jun 1968
      • Kapal USS Scorpion: Kapal USS Scorpion (SSN-589) adalah sebuah kapal selam berkuasa nuklear Tentera Laut Amerika Syarikat yang hilang di kawasan Segitiga Bermuda. 
    Segitiga Bermuda
    Kapal USS Scorpion
    Beberapa teori telah dibuat berdasarkan kepada kajian seperti berikut:
    • Gas metana yang terperangkap di dasar laut boleh meletus, hasilnya ketumpatan air berkurangan dan seterusnya menyebabkan kapal tenggelam. Malah pesawat yang terbang di atasnya juga boleh terbakar dan musnah semasa gas ini meletus. 
    • Laut Sargasso adalah kawasan yang pelik kerana ianya tidak mempunyai pantai dan hanya dikelilingi oleh arus air di sekelilingnya. Kapal yang melalui kawasan ini boleh terkandas di situ. 
    • Kabus dan awan tebal yang pelik muncul di kawasan ini akan menyelubungi kapal atau pesawat yang melaluinya. Tiba-tiba peralatan gagal berfungsi atau rosak dan seterusnya kapal atau pesawat akan hilang tanpa dapat dikesan.
    • Dan terdapat juga teori lain yang menjelaskan mengenai peristiwa ghaib yang menjelaskan kehilangan kapal dan pesawat yang melalui kawasan ini.
    Diolah dari sumber : http://www.bermuda-attractions.com/

    16 comments:

    1. salam cik za. tq sbb sudi lawat n follow blog sy jd sy dtg n follow blog cik za plak. Memang betul, misteri segitiga bermuda tidak terungkai sehingga kini...

      ReplyDelete
    2. terima kasih sudi follow saya balik.. ^_^

      ReplyDelete
    3. apa yg berlaku menjadi misteri sehingga kini....apa ada dgn segi tigabermuda??hanya ALLAH yg lebih mengetahuinya...

      ReplyDelete
    4. Misteri ini masih lagi belum terjawab secara saintifik ...

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul tu.. kajian saintifik pun belum dapat mencari jawapan kejadian aneh di Segitiga Bermuda ni.. :D

        Delete
    5. Wow!.. best artikel ni.. tunggu artikel saya.. pembongkaran (dialog) jin islam mengenai bermuda tringle ni..

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya tunggu.. nanti bagi link artikel waazin kepada saya ya.. :D

        Delete
    6. Bagaimana sains boleh menkaji alam ghaib? Bermuda tringle ni tempat kerajaan iblis, jin dan syaitan..:)

      ReplyDelete
      Replies
      1. kewujudan gas metana yang terperangkap di dasar laut dikaitkan dengan ketumpatan air menjadi rendah dan seterusnya menyebabkan kapal tenggelam.. semua tu teori manusia saja..

        saya ada juga terbaca mengenai ianya tempat kerajaan iblis, jin dan syaitan di dalam majalah mastika.. hanya Allah swt yang maha mengetahui.. :D

        Delete
    7. baru sya tahu pasal kehilangan pesawat ni. mmg misteri betul la.

      ReplyDelete
      Replies
      1. misteri ni masih tak terjawab hingga kini..

        Delete
    8. assalam ,

      pernah juga degar kisah misteri ni.. misteri ini hingga kini masih belum terjawab..

      tak pernah pun dengar lagi kot2 ada mangsa baru pulak kan..

      ReplyDelete
    9. @BUNDA a.k.a KN
      waalaikummussalam bunda.. betul tu bunda, setakat ni tak pernah lagi dengar ada mangsa baru.. atau mungkin mereka tak laporkan?

      ReplyDelete
    10. kawan sy un ada cite sal nih masa matriks dulu.. :) skrg baru tau lebih lnjut.. thanks :DD hanya Allah saje y tau apa y disebaliknya :))

      ReplyDelete
    11. saya pernah baca kisah ni secara terperinci masa tingkatan 3.. memang pelik

      ReplyDelete

    Terima kasih sudi komen.. ^_^