01 April 2013

Tanda-tanda Amaran Kanser

Assalamualaikum, 

Kanser merupakan pembunuh nombor satu manusia di dunia. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Pendaftar Kanser Nasional, sebanyak 21,773 kes kanser direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun 2006

Daripada jumlah berkenaan, kaum wanita paling ramai menghidap kanser iaitu 11,799 orang manakala 9,974 orang kaum lekaki. Pesakit terdiri daripada pelbagai kaum dan didominasi oleh kaum Cina berbanding Melayu dan juga India. Antara catatan kes kanser paling tinggi adalah kanser payudara, kolorektal, paru-paru, serviks dan nasofarinks. 

Berikut merupakan tanda amaran kanser yang perlu anda tahu:
  • Benjolan di leher yang tidak wujud sebelum ini.
  • Suara garau lebih dari dua minggu.
  • Perubahan pada amalan membuang air besar.
  • Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga yang berdengung.
  • Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompok-tompok putih dan merah di mulut.
  • Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang berterusan.
  • Batuk yang berterusan dan kahak berdarah.
  • Pendarahan dari faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid.
  • Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara.
Tanda-tanda Amaran Kanser
Kanser Payudara
Tanda-tanda Amaran Kanser
Kanser Servik
Tanda-tanda Amaran Kanser
Kanser Paru-paru
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, ia tidak semestinya kanser. Pastikan ia bukan kanser dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. 

Sumber:

2 comments:

  1. nice info. terima kasih.mmg takut la kalau ada kanser.
    harap dijauhkn sgala penyakit yg berbahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. kena amalkan cara hidup yang sihat.. :D

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^