Assalamualaikum,
Gambar sekadar hiasan - Google |
Suatu hari menteri ini telah menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, tiba-tiba raja telah mencederakan jari telunjuknya secara tidak sengaja dengan pisau dan ini menyebabkannya cedera serta sakit. Raja bertanya kepada menteri berkenaan kejadian yang menimpanya itu.
"Baik, wahai tuanku," jawab menteri tanpa ragu-ragu.
"Apa? Kamu katakan ini baik?" raja terkejut dengan jawapan itu.
"Ya, wahai tuanku. Itu baik," jawabnya lagi.
Raja merasa sangat murka dan mengarahkan supaya menteri itu dipenjarakan. Mana mungkin jarinya yang terluka dianggap menteri sebagai hal yang baik? Pada suatu hari raja melawat menteri di penjara dan bertanya kepadanya, "Sekarang apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu dipenjarakan?"
"Baik, wahai tuanku," menteri menjawab tanpa ragu.
Raja menjadi semakin marah mendengar jawapan itu dan segera meninggalkan menteri itu. Dia merasakan menterinya bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian raja berburu di hutan dengan ditemani oleh menteri lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjarakan.
Oleh kerana menteri baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, dia telah tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan menyebabkan raja tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga telah ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala.
Raja akan dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada berhala mereka. Selama tujuh hari tujuh malam upacara diadakan dan pada hari terakhir raja dibawa ke tempat persembahan. Tiba-tiba mereka terlihat jari telunjuk raja telah terluka dan menyebabkan mereka ragu. "Kita hanya mempersembahkan korban yang terbaik dan sempurna untuk berhala kita," kata ketua kumpulan. "Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban."
Mereka melepaskan raja dan dia kembali kepada kerajaannya dengan perasaan gembira. Beberapa hari kemudian, raja tiba-tiba teringat kata-kata menterinya yang menyebabkannya marah di saat jarinya terluka tempoh hari.
Dia terus ke penjara dan berkata kepada menteri itu, "Apa yang kamu katakan di saat jariku terluka memang betul. Itu memang hal yang baik." Lalu raja menceritakan pengalamannya ketika berburu sehingga dia ditanggap oleh penyembah berhala dan akhirnya dibebaskan.
Menteri itu tersenyum sambil berkata, "Saya berada di dalam penjara ini juga baik kerana jika saya mengikut tuanku pasti saya juga akan tertangkap. Tentu saya akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya sempurna dan tidak cacat."
Ibnu Taimiyah menutup cerita berkenaan dengan berkata, "Semua yang ditentukan oleh Allah SWT adalah baik."
Sumber: Syed Alwi Alatas (2013), Buku Bila Allah Menduga Kita, Must Read Sdn. Bhd.
^_^
apa yang Allah ciptakan baik2 belaka..
ReplyDeletecuma kta selalu tidak bersangka baik..
@Nana Liena - betul tu.. perlu bersangka baik..
DeleteThanks aiza...wan suka entry ni. Apapun, bersangka baik dan yakin dgn qada' dan qadar Allah itulah kunci kehidupan... :)
ReplyDelete@Mohd Ridzwan Abdullah - you are welcome wan..
DeleteAllah perancang terhebat :)
ReplyDelete@cik didiey - betul tu didiey..
Deletethank :) entry yg menarik !! Allah sebaik perancangan dia thu yg terbaik
ReplyDelete@Aku Penghibur - betul tu acik..
DeleteEntry yang baik :).Semua yang terjadi DIA lebih mengetahuinya.. :)salam jumaat Aiza :))
ReplyDelete@Nur Fahz - terima kasih.. insyaAllah..
DeleteAllah. Sebaik2 pencipta. ♥ salam jumaat
ReplyDelete@NinaAz - betul tu..
DeleteaLLAH sebaik2 pencipta
ReplyDelete@Nurhasnatul Nabila - betul tu..
Deletesetiap yg berlaku ada hikmahnya.yang penting sabar & redha.perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan...salam kenalan ye Aiza..
ReplyDelete@latifah zainal - salam kenalan latifah.. betul tu..
Deleteustaz saya pernah cerita. Bersangka baiklah dengan Allah. ;)
ReplyDelete@bakal jenazah - betul tu.. cerita ni pun saya ambil dari buku Bila Allah Menduga Kita..
DeletePernah baca story ini
ReplyDeleteSetiap yg terjadi ada ketentuanNya
@sop - aiza ambil cerita ni dari buku Bila Allah Menduga Kita.. betul tu sop..
Deletewah bagus N3 ni.. tq share yer
ReplyDelete@Kesuma Angsana - thanks KA..
DeleteAllah..Maha Mengetahui...
ReplyDelete@Normi Nieza - betul tu..
Delete@Nao Mei - terima kasih cik akak..
ReplyDeleteBersangka baik itu lebih baik daripada berprasangka~~
ReplyDeletejangan lemah dikala ujian melanda~~
@Berry Lavynia
ReplyDeletebetul tu.. :D