Assalamualaikum,
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Tapi bagaimana pula jika rezeki yang diterima itu salah di sisi undang-undang? Tanpa disedari apa yang diterima itu adalah salah satu daripada bentuk rasuah. Lihat situasi berikut:
Syarikat A : Disebabkan pihak encik dah meluluskan peruntukan RM30 juta tu untuk
syarikat kami, saya berikan 1% kepada encik sebagai penghargaan.
syarikat kami, saya berikan 1% kepada encik sebagai penghargaan.
Pegawai B : Saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut prosedur
yang ditetapkan. Maafkan saya, tuan boleh didakwa kerana cuba
memberi rasuah di bawah Seksyen 17(b) ASPRM 2009.
yang ditetapkan. Maafkan saya, tuan boleh didakwa kerana cuba
memberi rasuah di bawah Seksyen 17(b) ASPRM 2009.
Agaknya ada ke orang yang sanggup tolak rezeki macam situasi di atas ni? Tentu aman dunia jika semua orang begini. Begitu bijak pemberi rasuah bermain wayang sehingga penerima tidak menyedari bahawa dia telah dirasuah. Ramai orang mengambil mudah mengenai perkara ini.
Apakah itu rasuah? Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun (definisi ni aku jumpa di laman web SPRM).
Tahukah anda rasuah boleh merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta? Tak rugi jika kita berlaku jujur di dalam menjalankan kerja. Insya-Allah jiwa akan merasa tenang dan bersyukur walaupun diberikan rezeki yang sedikit. Oleh itu, jauhilah rasuah.

(Auto publish - ada urusan di luar rumah)
^_^
^_^