30 June 2013

Senang Sekarang, Susah Kemudian

Assalamualaikum,

Obama

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Tapi bagaimana pula jika rezeki yang diterima itu salah di sisi undang-undang? Tanpa disedari apa yang diterima itu adalah salah satu daripada bentuk rasuah. Lihat situasi berikut:

Syarikat A : Disebabkan pihak encik dah meluluskan peruntukan RM30 juta tu untuk
                     syarikat kami, saya berikan 1% kepada encik sebagai penghargaan. 
Pegawai B : Saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut prosedur 
                     yang ditetapkan. Maafkan saya, tuan boleh didakwa kerana cuba 
                     memberi rasuah di bawah Seksyen 17(b) ASPRM 2009. 

Agaknya ada ke orang yang sanggup tolak rezeki macam situasi di atas ni? Tentu aman dunia jika semua orang begini. Begitu bijak pemberi rasuah bermain wayang sehingga penerima tidak menyedari bahawa dia telah dirasuah. Ramai orang mengambil mudah mengenai perkara ini.

Apakah itu rasuah? Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun (definisi ni aku jumpa di laman web SPRM).

Tahukah anda rasuah boleh merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta? Tak rugi jika kita berlaku jujur di dalam menjalankan kerja. Insya-Allah jiwa akan merasa tenang dan bersyukur walaupun diberikan rezeki yang sedikit. Oleh itu, jauhilah rasuah. 

(Auto publish - ada urusan di luar rumah)
^_^

61 comments:

  1. moralnya : jangan cuba berani nak mengambil rasuah walaupun nilainya kecil...
    dari kecil tu lah bermulanya rasuah yang melibatkan jumlah yang besar..
    tak guna walaupun duit banyak tapi haram.. betul kan kak aiza..?

    ReplyDelete
  2. hehe.. nak jumpa kwn SPRM, buat entri tentang rasuah.. (^_^

    ReplyDelete
  3. sekarang ni Hana tengah tonton balik drama Korea City Hunter.. rasa menyampah gila tengok muka pegawai2 kerajaan yg buat muka konon2 baik tapi makan rasuah..

    ReplyDelete
  4. Rasuah juga ke kalau macam tu?Tapi kan ganjaran tu diberi lepas dah selesai urusan tanpa dijanjikan apa-apa sebelumnya..

    ReplyDelete
  5. tapi ramai yang langgar etika camni untuk mengejar kekayaan.

    ReplyDelete
  6. teringat pcl masa kerja privet sector dulu, keja bhgian purchasing plk tu...huh banyak betul dugaan, kita tak mintak tp dorang bagi jugak..pcl selalu berdoa agar dapat mencari rezeki di tempat lain jauh dari semua kekufuran duniawi. alhamdulillah sekarang dah bebas dari sengsara walau hakikatnya nampak bahagia . Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. adehhh ,rasuah :( benci rasuah, buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu dengan cara yang adillah

    ReplyDelete
  8. Rasuah terlalu berleluasa kat negara kita...Disebabkan rasuah jugak, yang lemah tertindas..itu just my opinion la...hehe

    ReplyDelete
  9. rasuah2..boleh dkatakn hrini, hampir smua mnusia ambil rasuah, xkira ape bntuk skali pn dn byak mn..hu3, sma2 la kita perangi rasuah ni..bersyukur dgn apa yg ada :)

    ReplyDelete
  10. Ya, bak kata pepatah:
    berakit-rakit ke hulu
    berenang-renang ke tepian
    bersakit-sakit dahulu
    bersenang-senang kemudian.

    Kenalah berjaya atas usaha sendiri. Tiada jalan mudah untuk berjaya.

    ReplyDelete
  11. Betol tu...kalau nak cari rezeki biarlah halal..tak perlu nak cepat kaya...cukuplah untuk makan pakai anak-anak dan keluarga kan..hihi...:)

    ReplyDelete
  12. Bahaya makan rasuah ni... blh mmbahayakn diri, keluarga dn semua org

    ReplyDelete
  13. jangan semata2 kejarkn harta duniawi..sampai lupa akhirat..ingat halal dn haram sama..jgan asyik pentingkn duit je..byak cara untuk mencari rezki yg halal..semoga kita dijauhkn dari rasuah..Amin..:)

    ReplyDelete
  14. Berkat tu penting akak.. sbb tu biar gaji skit janji berkat...duit banyak pun x guna jika berkat x de.. kn dah banyak perkataan berkat tu..hehe...

    ReplyDelete
  15. x ramai yg pentingan KEBERKATAN kan kak skang ni :P

    ReplyDelete
  16. Allah akan melaknat pemberi dan penerima rasuah. tapi sayang org yg terlibat dgn rasuah tidak pernah memikirkan laknat dari Allah.

    ReplyDelete
  17. manusia an tamak.. -,- manusia an mmg rasa xprnh cukup dgn apa y ada..

    sama2lah kita jauhi benda tu :)

    ReplyDelete
  18. betul tu sis...terbaiklah entri dari aiza ni....

    ReplyDelete
  19. tak berkat rezeki yg nak bagi kat hali keluarga kita kalau ambik rasuah ni...darah daging dr hasil yg tak halal..nauzubillah..

    ReplyDelete
  20. yang penting kita kena pastikan rezeki yang kita terima tu dengan cara yang halal :)

    ReplyDelete
  21. rasuah ni sgt merosakkan
    jauhi rasuah bukan kerana kesan dunia tp fikirkan akhirat
    dunia mungkin lepas tp akhirat?... :)

    ReplyDelete
  22. @Norhasniza Khalid
    betul tu mama.. kalau dah mencuba sekali pasti akan berani mencuba buat kali kedua..

    ReplyDelete
  23. @Haruno Hana 하나
    itu la hana.. dalam semua agensi tak terkecuali.. sama ada kerajaan atau swasta pasti ada..

    ReplyDelete
  24. @PerenLee
    dikira rasuah sebab ianya diberi berdasarkan kepentingan peribadi..

    ReplyDelete
  25. @syuk shusuke
    betul tu syuk.. kaya sekejap je.. kalau tak dibalas di dunia, di akhirat nanti pasti tak terlepas..

    ReplyDelete
  26. @PakcikLie PCL
    alhamdulillah PCL cekal dengan dugaan tu.. memang bahaya dengan manusia seperti mereka..

    ReplyDelete
  27. @Aku Penghibur
    betul tu acik.. baru kita puas hati dengan hasil usaha kita..

    ReplyDelete
  28. @S.K.A
    betuk tu fais.. jika boleh dielakkan baik tolak sahaja..

    ReplyDelete
  29. @Tetamu Istimewa
    setuju sangat, tiada jalan mudah untuk berjaya.. kena berusaha, bukannya menggunakan wang semata-mata..

    ReplyDelete
  30. kadang2 org x sedar bende tu rasuah.camna tu???

    ReplyDelete
  31. @siti ZAHARA
    betul tu zara.. yang penting berkat.. :D

    ReplyDelete
  32. @Hafiza AizZawa
    setuju sangat.. yang penting keberkatan dari rezeki yang dicari tu..

    ReplyDelete
  33. @anamizu
    selalunya macam tu la sekarang ni.. siapa nak tolak rezekikan?

    ReplyDelete
  34. @shameel Iskandar
    betul tu.. seolah-olah tiada perasaan takut terhadap balasan dari Allah swt kelak..

    ReplyDelete
  35. @AiSyA LiEzA
    semoga semua orang menjauhi rasuah.. :D

    ReplyDelete
  36. @Kathy Rbain
    terima kasih kathy.. semoga ianya bermanfaat..

    ReplyDelete
  37. @Mime MF
    tak ramai orang yang memikirkan soal keberkatan itu.. itulah yang amat membimbangkan..

    ReplyDelete
  38. @Sop
    setuju sangat.. akhirat pasti takkan terlepas..

    ReplyDelete
  39. @Nurzulaiqa Nazri a.k.a Professor
    contoh paling mudah, pemberi rasuah menggunakan perkataan hadiah atau penghargaan.. sehingga penerima tidak sedar bahawa dia telah dirasuah.. jadi berhati-hatilah..

    ReplyDelete
  40. Hi Mizz iza, I suka your header gambar....Love your humour especially.
    Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee

    ReplyDelete
  41. ermm... sape pun benci bab rasuah ni tp tu la, kadang tu dia dirasuahkan tanpe di sedari... kalao dlm arab nye dikatakan 'riba', hari ni byk aspek kehidupan kite di penuhi dgn riba yg dinampakkan semacam halal...

    Inilah dunia, kite dikawal oleh mereka ttp menyembunyi ape yg mereka lakukan di atas kite...

    ReplyDelete
  42. Benda blum dpn mata...kalau dah dpn mata, silap2 mau gugur iman...na'uzubillah...

    ReplyDelete
  43. @Zai Zaiman
    betul tu.. riba dah sebati dalam kehidupan..

    ReplyDelete
  44. @Cikgu Kacamata
    yang penting hati kita.. tepuk dada tanyalah iman..

    ReplyDelete
  45. susah nak carik negara yang betul2 bersih drpd rasuah ni kan...

    ReplyDelete
  46. sy pernah tolak kes2 yg mcm tu.tp xde la smpai nak lapor sprm..kesian pulak...huhu

    ReplyDelete
  47. Tempat sy kerja dulu, perkara ni adalah perkara biasa...terutamanya pekerja JKR. selalu dpt makan minum free..

    ReplyDelete
  48. buat apa pun kena ikhlas...baru rezeki tu berkat.......

    ReplyDelete
  49. Duit rasuah tu kan haram, tak berkat. Jawab la dengan Allah kat sana nanti.

    ReplyDelete
  50. jangannnn....ade peluang tolak..... kalo tak tolak jugakkk...kalo tertangkap....makan tak habeh dalam penjare tuuuuuuuu

    ReplyDelete
  51. Apapun, pikirlah sebelum buat. Satu sen hasil yg kita amik dr sumber yg tak halal, tetap akan kekal dlm diri. Bertaubatlah kepada sesiapa yg masih ada masalah dlm hal ni. Bykkan bersedekah dan berdoa semoga Allah mengampunkan dosa2 kita semua.

    ReplyDelete
  52. bahaya gejala rasuah nie. saya pernah degar, pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.. kalau ble elakkan la selagi terdaya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^