28 June 2013

Kikis Sifat Tamak dalam Diri

Assalamualaikum,

Kikis Sifat Tamak
Kikis Sifat Tamak - Google
Terasa cepatnya masa berlalu, kini bulan Syaaban hampir melabuhkan tirainya. Akan tiba pula bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sifat tamak yang aku maksudkan adalah di dalam mencari harta kekayaan dunia sehingga melupakan hak orang lain.

Cuba bayangkan keadaan insan yang miskin atau gelandangan di luar sana, hendak mendapatkan sepinggan nasi terpaksa meminta sedekah. Pakaian mereka ihsan dari orang yang sudi memberi dan tidur beralaskan kotak-kotak.

Sedangkan kita tinggal di rumah yang selesa dan dipasang penghawa dingin, tidur beralaskan tilam dan bantal empuk. Makanan pula terlalu banyak sehingga dibuang apabila tidak habis dimakan. Pakaian bertukar ganti mengikut tema dan mood. Peralatan dalaman rumah ditukar dua kali setahun dan kereta ditukar setiap tahun.

Tidak salah berbelanja jika berkemampuan, tetapi lebih elok jika besederhana. Usah terlalu tamak dengan kurniaan Allah SWT. Berkongsilah dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kerana Allah SWT memberikan rezeki kepada mereka melalui kita.

Seperti Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:


Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: 
"Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara, Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan, Allah akan mencukupkannya". 1

Rujukan Hadis: 1 http://www.islam.gov.my/e-hadith/ (Riwayat al-Bukhari)
^_^

73 comments:

  1. itu lah yang sering mama beri nasihat untuk anak mama, ..
    susah kita ada yang lagi susah, kita bukan orang senang..
    beringatlah, bersederhanalah..

    ReplyDelete
  2. tukar kereta setiap tahun? itu dah melampau kak.. huhu

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan tu kak..kdg2 kita jd alpa..

    ReplyDelete
  4. btol 2..yg pntg bersdrhana..membazir 2 amalan syaitan, ramai jgak yg suka mmbzir sy tgok..ape pun sma2lah kngsi rzeki dgn bersdekah..lg baik =)

    ReplyDelete
  5. Setuju, kita tidak sedar bahawa pendapatan yang kita dapat perlu dikeluarkan sedikit sebagai zakat atau sedekah untuk menjadikan nya berkat.. bukan berbelanje ke arah pembaziran... dan lebih berkat bil kita memberikan kepada ibu bapa...

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana mengingatkan.. hahahaha.. selamat hari raya (uppppssss belum raya lagi eh???) takpelah.. wish aje awal-awal

    ReplyDelete
  7. bersederhana itu tuntutan Islam.. tapi ta bermaksud kita menolak rezeki yg dtg semata2 untuk bersederhana.. bersederhana bukan sahaja dari segi memiliki sesuatu harta kekayaan.. dari segi tingkah laku, percakapan dan tindakan juga perlu bersederhana.. barulah dirahmati olehNYA dan masyarakat sekeliling...

    sekian motibasi pagi jumaat... ekekek

    ReplyDelete
  8. semoga apa yang dizakatkan sampai kepada siapa yang layak.

    ReplyDelete
  9. sekejap je kan dah nak puasa dh....

    ReplyDelete
  10. setuju... yang hidup tersangat mewah pun banyak kat malaysia ni. sampai harta sendiri pun dah tak tau banyak mana...

    ReplyDelete
  11. Wslm, alhamdulillah, nice sharing. Muhasabah diri pagi jumaat ni hah. Terkadang terasa diri xcukup itu ini, padahal, Allah dah beri apa yg kita perlu, cuma bergantung pd kita utk tahu nilai dan erti bersyukur ke tidak. Huhu

    ReplyDelete
  12. tinggal minggu dpn je. lepas tu puasa. :D

    ReplyDelete
  13. saya sokong entry akak kt atas. dlm berbelanja mmg perlu untuk bersederhana. klau brbelanja melebihi kemampuan tu yg jdi masalah ke"bankrup"an tu.. wktu bln puasa nnti blh tgk ler org yg membeli di pasar ramadhan tu....

    ReplyDelete
  14. nice sharing akak.. salam jumaat :)

    ReplyDelete
  15. ye betol tu akak..say setuju...belaknja ikut kemampuan..jangan nak ikut orang..hehe

    ReplyDelete
  16. alhamdulilah, terima kasih peringatannye

    ReplyDelete
  17. betul.tunggu bulan Ramadhan..tengok la sama ada kita ni mausia yang bersyukur atau membazir..hehe..mana yang mampu jangan dilupa pada mereka2 yang susah..harini hari mereka..esok entah kita pula yang kena macam mereka..

    ReplyDelete
  18. informasi terbaik sis..

    ReplyDelete
  19. Sama2lah kita ringankan tulang membantu org2 yg memerlukan sekudrat yg kita mampu dan terdaya, Lagi-lagi pabila Ramadhan menjelma nnt.

    ReplyDelete
  20. terima kasih atas peringatannya akak..
    betul tu..terkadang kita tewas dan terlupa pada mereka yang berada dinawah..pada mereka yang tidak mampu

    ReplyDelete
  21. In Shaa Allah,... sama2lah kita yer

    ReplyDelete
  22. Marilah sama-sama kita menghulurkan pertolongan. Mungkin hari ini hari dia, entah esok lusa hari kita, siapa pula hendak membantu.

    ReplyDelete
  23. Betul tu kak :)
    ohh ye, blog akak dlm bloglist saya :D

    ReplyDelete
  24. BETUL YU KAKA..HIDUP MCM NI PN SYUKUR SGT5..=)

    ReplyDelete
  25. beri sedekah dapat pahala dan dapat lebih..

    ReplyDelete
  26. Hidup ini biarlah bersederhana.. Terima kasih atas peringatannya kak :)

    ReplyDelete
  27. semoga kita bersedia untuk menerima ramadhan. InshaAllah :)

    ReplyDelete
  28. beringatla pada orang yg kurang berkemampuan.. sama2 membantu mereka tidak kira menjelang Ramadhan, Syawal atau bulan2 lain :)

    ReplyDelete
  29. Begitulah sifat kita kan...bila ada duit berbelanja tak ingat dunia dah.. kadang2 timbul riak pulak dalan diri dgn menonjolkan kekayaan tersebut kpd org yg tak mampu..

    ReplyDelete
  30. @Norhasniza Khalid
    bagus mama nasihatkan anak sejak kecil..

    ReplyDelete
  31. @aisya
    yang tu betul2 kaya aisya.. sebulan sekali tukar kereta pun dia mampu kot..

    ReplyDelete
  32. @cik didiey
    sama-sama didiey.. semoga ianya bermanfaat..

    ReplyDelete
  33. @Hafiza AizZawa
    betul tu fiza.. dengan bersedekah atau berzakat sebenarnya rezeki kita semakin bertambah.. kerana berzakat itu sendiri menyucikan harta..

    ReplyDelete
  34. @azman
    sama-sama.. semoga bermanfaat.. awalnya wish.. hihi..

    ReplyDelete
  35. @potia casadelarossa
    aiza setuju sangat dengan pendapat potia..

    ReplyDelete
  36. @Zura Lee
    itu la zura.. lepas puasa raya pula.. cepat masa berlalu..

    ReplyDelete
  37. @wantie
    memang misi hidupnya kumpul harta dan aset la tu kak.. hehe.. asalkan dia tak lupakan orang susah je..

    ReplyDelete
  38. @Nao Mei
    betul tu cik akak.. insya-Allah hidup berkat..

    ReplyDelete
  39. @Nies alhaQ
    betul tu anis.. manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang mereka ada..

    ReplyDelete
  40. @zakirasli ..
    membeli tak salah, jika terlebih membeli tapi tak habis makan tu masalahnya.. membazir pula.. hehe..

    ReplyDelete
  41. @chinta
    jika lebih berkongsilah dengan insan lain..

    ReplyDelete
  42. @Aku Penghibur
    sama-sama acik.. semoga ianya bermanfaat..

    ReplyDelete
  43. @Nana Liena
    selalunya begitulah nana.. kita akan merasa insaf apabila terkena kepada diri sendiri..

    ReplyDelete
  44. @Kathy Rbain
    terima kasih kathy.. semoga ianya bermanfaat..

    ReplyDelete
  45. @shameel Iskandar
    insya-Allah.. bantu membantu sesama saudara seislam amalan mulia..

    ReplyDelete
  46. @cik yaya
    sama-sama yaya.. peringatan untuk diri akak sendiri juga..

    ReplyDelete
  47. @Tetamu Istimewa
    betul tu.. bantu membantu sesama saudara seislam kita juga..

    ReplyDelete
  48. @Asyiqah Mohd Amin
    semoga ianya bermanfaat..
    terima kasih masukkan dalam bloglist.. :D

    ReplyDelete
  49. @siti ZAHARA
    bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan walaupun sedikit..

    ReplyDelete
  50. @Azwar Syuhada
    sama-sama azwa.. semoga ianya bermanfaat.. :D

    ReplyDelete
  51. @Haruno Hana 하나
    betul tu hana.. tak kira bila-bila masa dan di mana jua bantu-membantu sesama kita..

    ReplyDelete
  52. @Mieza Jhaa K
    betul tu mieza.. orang yang tak mampu hanya mampu melihat dan berdoa sahaja.. mungkinkah orang kaya tu pula yang akan menjadi seperti mereka jika dia kufur..

    ReplyDelete
  53. betul2... jgn lokek sgt ngn rezeki Allah bagi kat kita... :))

    ReplyDelete
  54. remy setuju.....
    lebih baik berkongsi rezeki yg ada....

    ReplyDelete
  55. sy pernah jg tamak slps zaman kegelapan dan kejatuhan sykt sy berlalu xlama dulu, walaupun xsampai ke tahap nak ambil hak org jd hak sendiri.
    tp lama2 sy sedar kembali,smpai bila aku nak kufur dgn nikmat yg Allah bagi?Adakah dgn kesenangan yg Allah bg ni suatu ujian atau mmg hak aku yg hilang dulu?atau ini sbgai kafarah di atas dosa2 aku dahulu?

    ReplyDelete
  56. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebab kat luar sana ramai yang nasibnya lagi malang dari kita. Harta yang banyak tak boleh dibawak mati pun.

    ReplyDelete
  57. Thanks atas peringatan. Bersedekah adalah paling elok untuk manfaat ketika idup dan selepas kita mati.

    Apapun, kesederhanaan itu paling penting.

    ReplyDelete
  58. Betul kak.. ada kalanya kita kena lihat org yg di bawah supaya kita lebih mensyukuri apa yg ita ada skg....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^