08 June 2013

8 Tips Menjaga Orang Sakit

Assalamualaikum,

Menjaga orang yang sedang sakit bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat agar kita sentiasa bersabar melayani kerenah orang sakit yang dijaga. Sebelum ini dibincangkan mengenai tips penjagaan mata selepas penjagaan katarak

orang sakit
Penjagaan orang sakit - Google
Tips-tips berikut mungkin boleh dipraktikkan:

1. Ubah cara berfikir
Yakin bahawa semua penyakit bukanlah sebagai musibah kepada pesakit. Perbanyakkan berdoa supaya penyakit yang ditimpakan kepada pesakit adalah kafarah dari Allah SWT.

2. Jangan berputus asa mancari penawar kepada penyakit
Yakin bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" 

3. Perbanyakkan berdoa, bersihkan hati dan perkukuhkan amalan
Berdoa agar Allah SWT mengembalikan nikmat kesihatan kepada pesakit yang dijaga. Berdoalah juga agar Allah SWT kurniakan kita kekuatan dan kesabaran yang berterusan sepanjang menjaga pesakit. Hanya dengan mengingati Allah SWT hati kita akan menjadi gembira dan ikhlas dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

4. Sesekali tukar suasana untuk menceriakan pesakit
Tempatkan pesakit di bilik yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan baik. Hiasi bilik dengan pokok atau bunga yang menjadi kegemaran pesakit. Anda juga boleh memakaikan mereka dengan pakaian kegemaran atau lain-lain aksesori yang boleh menceriakan mereka. 

5. Senyumlah dengan ikhlas
Tentu akan meningkatkan mood pesakit bila melihat sekuntum senyuman manis dan ikhlas dari anda. 

6. Membuat lawak
Amat sukar untuk membuat lawak kepada pesakit yang sedang bersedih, marah atau tertekan. Cuba gunakan cara lain seperti menonton video kelakar atau membuka youtube ceramah yang kelakar. 

7. Cari dan selongkar barangan lama 
Tunjukkan kepada pesakit kejayaan yang pernah mereka raih satu ketika dulu melalui gambar lama atau muzik. Ini dapat menaikkan semangat mereka. 

8. Sentuhan
Belailah pesakit dengan penuh kasih sayang. Berikan sokongan dan perhatian kepada mereka kerana mungkin emosi mereka menjadi lemah ketika sakit.  

Selamat mencuba..

Sumber : fatehulkashfia

^_^

12 comments:

  1. Wah, bagus tips ni kak. terima kongsi

    ReplyDelete
  2. satu lagi banyakkan berdoa supaya dia sembuh , kalau dah sampai masa minta dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Tips yg baik Aiza. Kakak pernah lakukan sebahagiannya ketika menjaga bapak kakak accident tak boleh bangun akhir tahun lepas...

    ReplyDelete
  4. Rasullullah pn tntut kita mlwat dn mnjga org sakit, utk spport dia dn igt mati..nice tips kakAiza..in.shaa.Allah xlupa :)

    ReplyDelete
  5. Ini perkara yg betul2 menguji diri. Apapun, semoga kesan drpd nya akan jadik muhasabah terbaik utk diri kita. :)

    ReplyDelete
  6. nice share.. paling stuju dengan point yg pertama tu.. sakit adalah kafarah dosa.. so, x patut salahkan taqdir knapa dapat penyakit.. sbb ujian ni mungkin salah satu cara Allah nk membersihkan kita dan mendekatkan kita dengan Dia..

    ReplyDelete
  7. Masa ni la kita nak jaga hati pesakit.. mereka sensitif sbb sakit..jgn pula kita terasa hati dgn sikap mereka..

    ReplyDelete
  8. betol 2 akak..bg sy senyum 2 jugak pnting nak tunjukkan muka manis kat pesakit dan sedikit sebanyak dapat bagi harapan kat mereka.Berdoa senjata mukmin..

    ReplyDelete
  9. mjga meraka dgn ikhlas..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  10. tips yg berguna utk zura bila jaga anak2..budak2 kn senang demam...

    ReplyDelete
  11. Nice sharing kak ^^ kita kena sentiasa tunjukkan sikap positif jugak supaya pesakit tak stress & cepat sembuh.

    ReplyDelete
  12. orang sakit ni nak kan perhatian lebih..hoho.. macam bagi semangat gitu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^