01 June 2013

7 Sebab Kenapa Wanita Menangis

Assalamualaikum,

Gambar sekadar hiasan - Google
Wanita adalah insan yang sukar dimengerti. Insan yang berhati lembut ini kadangkala mempunyai emosi yang tidak stabil. Berikut beberapa sebab yang mungkin menyebabkan rasa sedih di kalangan wanita:

1. Tidak dapat  Meluahkan Perasaan dengan Kata-kata
Seandainya wanita tidak dapat meluahkan perasaannya dengan kata-kata, dia akan merasa sangat tertekan dan seterusnya menangis.

2. Perasaan Mudah Tersinggung
Wanita mempunyai perasaan yang sangat sensitif. Kadangkala tanpa disedari orang yang disayangi atau disukai menyinggung perasaannya. 

3. Menangis kerana Marah
Dalam kes hubungan dengan lelaki, seorang wanita akan menangis kerana marah pada lelaki yang telah melukai dirinya (kerana tidak sanggup memarahi lelaki yang disayanginya).

4. Mencuri Perhatian
Sesetengah wanita menangis bertujun untuk mencuri perhatian lelaki atau bagi mengelakkan dirinya dimarahi oleh lelaki. 

5. Penerimaan Masyarakat
Pada pandangan masyarakat, wanita menangis itu adalah satu perkara yang biasa. Oleh itu, mereka tidak malu untuk menangis.

6. Perasaan Simpati
Rasa simpati wanita yang lebih besar dari lelaki. Tidak hairan wanita lebih mudah menangis ketika menonton cerita sedih.

7. Menangis Kerana Gembira
Sesetengah wanita juga akan menangis apabila terlalu gembira atau terharu apabila menerima satu kejutan atau hadiah yang disukainya.

Oleh itu, hargailah wanita yang berada di sisi anda, tak kira la samaada dia adalah ibu, adik perempuan, kakak, isteri, rakan sekerja atau teman wanita anda. 

^_^

42 comments:

  1. wanita + air mata mmg xleh dipisahkan :) hehehe..

    ReplyDelete
  2. sy mudah menangis sebab 2,3,6,7..

    ReplyDelete
  3. Nice info MA. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan entry di atas :) hati wanita mmg mudah terusik, kalau lelaki plk?? hehe

    ReplyDelete
  5. wanita seorang yg bersifat penyayang dan hatinya sgt sensitif..:)

    ReplyDelete
  6. Betul juga..wanita ni hati 'tisu'.. walau apa pun sebab memang menangis..tapi ada fakta kata menangis ni bagus..hehe (*tak ada kaitan dengan entri ini.hehe)

    p.s/saya biasa nangis kalau nom2 6 @ 7.. hehe..tapi kadang2 ego..tak nak nangis..lol

    ReplyDelete
  7. Nina kalo geram ya amat memang rasa nk nangis. Kdg2 berair dah mata

    ReplyDelete
  8. air mata adalah senjata wanita.
    so, jom nangis byk2. huhu

    ReplyDelete
  9. hehehehe...itu kan trademark wanita...

    ReplyDelete
  10. wanita dan air mata ibarat raga dan jiwa = 2 hal yang tak terpisahkan..

    semoga seluruh wanita diberi kekuatan :)

    ReplyDelete
  11. ouh.. begitu, jadi nie la sebab2 skandal selalu nangis..ahaks
    nice sharing akk... wanita nie manje sifat tu la yg buat llaki cyunk ketat2 gitu....

    pompuan nangis chumel, lelaki nngis da mcm apa da..kakakah

    ReplyDelete
  12. Wanita selalu bertindak dengan hati jadi kadang terlalu sensitif... informasi yang bermanfaat, makasih udah share kawan :)

    ReplyDelete
  13. Suka jgk menangis sorg2..teringat macam2..org kata, org yg suka ketawa ni kuat menangis..ye ke?

    ReplyDelete
  14. perempuan menangis tak boleh di pisahkan :) perasaan mereka mudah tersentuh.. lelaki menangis ?? ohh ya ALLAH

    ReplyDelete
  15. Tak tahu lah kenapa. Nis ni nampak je macam kuat, tapiiiiiiiii. Errrghhh.
    Hehehe. Tapi betul laa, airmata dan wanita memang tak dapat dipisahkan.. Kadangkala itulah antara kekuatan buat wanita.

    ReplyDelete
  16. tangisan wanita itu sebenarnya kekuatan bagi nya... tanpa didahului dgn tangisan kita tak tahu kelemahan atau kesilapan kita..

    ReplyDelete
  17. Menangis adalah senjata Wanita yg berbisa... Mesti lelaki kalah... Hu3 (^_^)

    ReplyDelete
  18. Tangisan itu adalah salah satu cara melepaskan segala yg trsimpan di hati. Ia sbg salah satu komponen atau mesej bhw setiap tangisan itu mempunyai makna trsirat utk mereka memahami. Ceeewahhhh...

    ReplyDelete
  19. air mata wanita mmpu mengoncang dunia... tu senjata yg Allah kurniakan pda wanita.. :)

    ReplyDelete
  20. ms ngndgkan anak 2nd dlu, slalu gak nangis takde sebab..tak pasal2 nangis..hihihhi..

    ReplyDelete
  21. Air mata memang senjata wanita. Kihkih~ Aida pun tak terkecuali. :p

    ReplyDelete
  22. @Aminin
    hihi.. kalau lelaki nangis nampak jambu gitu.. jangan marah, akak gurau je.. :D

    ReplyDelete
  23. @Mieza Jhaa K
    mungkin juga kot.. dia ketawa, tapi kesedihan simpan kat dalam hatinya.. jadi bila nak nagis dia nangis sorang2..

    ReplyDelete
  24. @Aku Penghibur
    lelaki pun boleh menangis.. itukan semulajadi..

    ReplyDelete
  25. @Nies alhaQ
    kekuatan wanita pada tangisannya.. takpe anis.. menangis je, jangan simpan kat dalam hati tu rasa kesedihan..

    ReplyDelete
  26. @Giorgio Izas
    selalunya macam tu la.. tapi jangan pula salah guna senjata tu..

    ReplyDelete
  27. @Zura Lee
    selalu orang tengah pregnant macam tu.. tiba-tiba rasa sensitif.. cewah, macam dah ada pengalaman pula aiza ni.. tengok kawan-kawan aiza macam tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^