15 June 2013

Seronok ke Putus Cinta?

Assalamualaikum, 

Bercakap soal jodoh tak kesampaian memang menyedihkan. Namun ingatlah, tak semua yang kita rancang itu terlaksana seperti yang kita kehendaki. Mungkin kita amat menyayangi si dia, namun Allah SWT lebih mengetahui bahawa dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk kita. 

Putus Cinta
Putus Cinta - Google
Itulah erti sebenar sebuah kehidupan. Penuh dengan warna-warni suka dan duka silih-berganti. Terimalah ketentuan ini dengan hati yang redha dan bersyukur. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang ditentukan kepada kita. Berikut aku senaraikan beberapa hikmah putus cinta yang sempat aku fikir :
  • Anda ada banyak masa terluang untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Bermohonlah agar dikurniakan jodoh yang juga mencintai Allah SWT. Selalu bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan diri. 
  • Anda berpeluang untuk merapatkan diri dengan keluarga tercinta seperti menghabiskan masa bersama ibu bapa atau adik-beradik anda. 
  • Anda berjaya menjauhkan diri dari maksiat. Berdua-duaan sangat tidak elok, kerana pasti ada yang ketiga (syaitan). 
  • Anda dapat menjimatkan bil telefon, duit minyak kereta dan semestinya masa kerana tidak perlu lagi menghubungi atau berjumpa si dia. 
  • Anda bebas untuk menikmati erti hidup dengan melakukan pelbagai aktiviti kesukaan anda sama ada aktiviti kemasyarakatan, sukan atau persatuan. 
  • Anda mempunyai masa untuk membelai dan mancantikkan diri sendiri, contohnya membuat rawatan muka.
  • Anda sudah tidak lagi rasa terbeban untuk menanggung dan memikirkan bersama masalah yang ditanggung oleh si dia. 
Oleh itu, usahlah bersedih seandainya diri anda menjadi single. Bersyukurlah kerana diberi peluang kali kedua untuk memperbaiki diri anda supaya lebih positif dan baik. Ingatlah, anda sebenarnya tidak bersendirian kerana Allah SWT sentiasa bersama anda di saat suka atau pun duka.

^_^

67 comments:

  1. Lepas putus cinta rasa mcm ada sepasang sayap tumbuh..lega dan bebas sgt.. sedih sbb.putus, tp gembira sbb dh keluar dari kongkongn..∩__∩

    ReplyDelete
  2. heehhe.. mybe sbb syg kut kat pasangan tu ... so xyah syg sgt2 utk elak sakit hati...syg kat y halal je.. xD heheheh

    ReplyDelete
  3. @Mieza Jhaa K
    betul tu mieza.. yang penting rasa gembira sangatkan..

    ReplyDelete
  4. haha, topik pagi ni, tadi pasal kawin, akak lak pasal putus cinta.. :)

    Disebabkan Tedi ni beruang ganas (walaupun cute), tak main la cintan2 ni. Waste my time, kata omputeh.

    ReplyDelete
  5. @AiSyA LiEzA
    akak setuju sangat-sangat.. sayang kepada yang halal lebih baikkan..

    ReplyDelete
  6. assalam,

    bunda pun setuju dengan mieza..

    ReplyDelete
  7. alolo..betol tu sayang...hihi...cik akak pon rasa ok juga single mileng nie..hihi

    ReplyDelete
  8. orang kata..pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa, ujianNYa datang dalam berbagai cara... dulunya kita agak jauh, dari sebab itu kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA. ...

    p/s.. mcam cerita drama tv plk, time sengsara baru ingat tuhan :(

    ReplyDelete
  9. jangan risau kalau kita 'single' sebab kita masih ada Allah,keluarga dan kawan.. :) cari ketenangan dan keredhaan Allah lagi penting dari cari cinta yg tak pasti..

    ReplyDelete
  10. Betul, nak sedih sgt pun bukan nya ada apa2 ikatan, kalau dah halal lain citer lah.

    ReplyDelete
  11. tak tau mcm mna rsa putus cinta psal blum prnah brcinta lg.. hehehe. tp, yg saya tau msti sakit kn rsanya..

    ReplyDelete
  12. Oh seronok juga upernya putus chenta..
    hahaha...

    ReplyDelete
  13. kenapa sekecil itu nak bunuh diri, Allah tu maha hebat. Pulangkan kepadaNya bukan jodoh agaknya.bagus motivasi ini.Tahniah

    ReplyDelete
  14. @Tedi
    ye la tedi.. beruang yang cute.. hehe..

    ReplyDelete
  15. @BUNDA a.k.a KN
    waalaikummussalam bunda.. terima kasih ya..

    ReplyDelete
  16. @PakcikLie PCL
    lumrah sikap manusia memang macam tu PCL.. masa susah baru ingat tuhan.. sepatutnya ingat tuhan di kala suka dan duka..

    ReplyDelete
  17. @Nana Liena
    akak setuju sangat dengan kenyataan nana..

    ReplyDelete
  18. @Teena Tna
    betul tu teena.. buat apa nak sedih dengan cinta yang tak pasti..

    ReplyDelete
  19. @zakirasli ..
    sekejap sahaja rasa sakitnya hati tu.. seeloknya carilah seseorang yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah swt..

    ReplyDelete
  20. @Aminin
    memang seronok am.. banyak kesan positifnya jika kita lihat di sebalik hikmah tu..

    ReplyDelete
  21. @Etuza Ezawarna
    bunuh diri bukanlah penyelesaian kepada masalah kita.. berfikirlah secara rasional hikmah-hikmah yang tersembunyi di sebalik perpisahan itu..

    ReplyDelete
  22. ye sis ..bersyukurlah walau apa pun status kita..wah,kotak komen baru..comel..pandai sis buat..tahniah..

    ReplyDelete
  23. @Kathy Rbain
    betul tu kathy.. aiza baru buat tadi, tengok tutorial kat blog jombinabelog.. alhamdulillah menjadi.. hehe..

    ReplyDelete
  24. Sedih memang sedih bile putus cinta... Tapi smua yg berlaku ade hikmahnye... ALLAH lebih sygkn kite n nk bg yg terbaik utk kite... Alhamdulillah (^_^)

    ReplyDelete
  25. Jodoh ada di tangan Tuhan, kita hanya bisa berusaha namun Tuhanlah yang menentukan kepada siapa kita berjodoh hehe...

    ReplyDelete
  26. rajin akak hari-hari ade je update :)

    sedih, tapi kite hidup bkn semata-mata untuk seorang manusia. move on! :)

    ReplyDelete
  27. @Giorgio Izas
    jangan sedih-sedih.. betul tu giorgio, ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  28. @Nurul Ain
    akak setuju sangat.. hidup mesti diteruskan walau kita dah single..:D

    ReplyDelete
  29. hihi acik pon pernah becinta.. tpi lagi seronok single.. jodoh x lari ke mane kn

    ReplyDelete
  30. Selalu ingatkan diri sendiri..Never give 100% cinta pada sesama manusia...So bila putus cinta, beringat kita ada Allah..Kita ada keluarga..Kita ada sahabat.. ^_^

    ReplyDelete
  31. Betul akak...farah setuju sangat..InsyaAllah Allah dah tetapkan jodoh yg terbaik utk semua kita semua..;p

    ReplyDelete
  32. betul tuu , memang jimat kredit dan masa utk keluarga n kawan lagi byk :) kalau dlu 24 jam cari si buah hati jee

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah! Memang masa utk perbaiki diri, dekatkan diri dgn Allah. And sgt2 menjimatkan kredit hp, and yg semestinya takde masalah hati lagi. :'D
    Itulah hikmah yg paling terindah.

    ReplyDelete
  34. @Mizz Aiza hoho.. betul tu perlu tuk sentiasa fikir yang positif.. ala setakat putus chenta je bukan mati pun.. keh..keh..keh

    ReplyDelete
  35. ada benarnya hikmah2 tu..nice sharing :)

    ReplyDelete
  36. @Aminin
    itu la am.. perkara remeh buat apa nak fikir susah..

    ReplyDelete
  37. betul tu kak..
    bersama keluarga itu adalah lebih indah drpd insan yang belum halal untuk kita

    ReplyDelete
  38. good advice aiza....kena fikir positif...mungkin kita akan jumpa jodoh yang lebih baik dari yang sebelumnya....INSYALLAH

    ReplyDelete
  39. @Rosniyati othman
    insya-Allah rose.. fikiran positif yang terbaik..

    ReplyDelete
  40. jodoh ditangan tuhan..apa yang terjadi kita perlulah redha kan :)

    ReplyDelete
  41. Putus cinta adalah sesuatu yg pastinya tidak diinginkan oleh semua org. Apapun, ia akan terjadi kalau salah seorng cuba utk menggoyangkan kepercayaan atau org lain yg masuk campur.

    Apa yg pasti, mmg benarlah semua org berhak memberi nasihat dan tiada cinta hakiki selain cinta Allah.

    Tapi harus diingat, ia pasti sakit kepada org yg mengalaminya...percayalah...cewaaahhh...

    ReplyDelete
  42. cinta monyet dulu adalah putus ....lepas berkahwin kekal sampai sekarang..

    ReplyDelete
  43. Yup.. perancangan Allah adalah yang terbaik. ketahuilah apa yg Allah beri, itulah sebenarnya yg terbaik untuk kita :)

    ReplyDelete
  44. gud sharing...apa yg berlaku pasti ada sebabnya...... be strong.....

    ReplyDelete
  45. betul 2 :) kdg2 hdup sorg2 pn best sbb bebas..kdg2 kita rsa sunyilah sikit, ape pn nk b'cinta pastikanlah cinta pada Allah dlu..bru bleh cintakn org lain..nice sharing kakAiza

    ReplyDelete
  46. betol tu kak. tak gune nk bersedih sgt kalau belom ade ape2 ikatan. ujian Allah bagi utk hamba2nya yg Dia syg kan kak :)

    ReplyDelete
  47. Ehee~ fitrah manusia ingin dicintai & mencintai. Tak perlu risau kalau masih single sebab Allah dah reserve kita untuk someone yang lebih baik. Kan kan. :)

    ReplyDelete
  48. pasti ada hikmah di sebalik apa yg terjadi..insyaAllah..

    ReplyDelete
  49. setiap yang berlaku mmg ada hikmahnya.. Perancangan Allah adalah yang terbaek....

    ReplyDelete
  50. mula2 putus cinta rasa sedih gila.tapi lame2 bolehlah terima.benarlah setiap yg brlaku ade hikmahnya.bila dah pts cinta sy tak bergantung dgn hp setiap mse,krdt jimat dan tak perlu sibuk nak jg hati org smpi hati sndri trluka..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^