24 June 2013

Pergi Takkan Kembali

Assalamualaikum,

Tengahari tadi aku mendapat panggilan telefon dari sepupu aku di kampung. Mak ngah (isteri pak ngah aku) baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman di paru-parunya . "Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.." itu sahaja yang mampu diucapkan di saat mendengar berita sedih itu.

Kematian
Kita semua akan kembali ke sini 
Kebetulan ketika menerima panggilan itu, aku sedang memandu untuk menghantar adik aku berkursus di Negeri Sembilan. Jika pulang ke kampung selepas menghantar adik aku pun, berkemungkinan tidak sempat untuk melihat jenazah arwah kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak (Hulu Perak) mengambil masa hampir 4 jam. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung. 

Sambil memandu, air mataku mengalir dan bibirku tidak lekang membaca al-fatihah. Terkenang kelembutan dan kebaikan arwah yang melayani aku tatkala aku ke rumahnya setiap kali pulang ke kampung. Sejak arwah ayah aku meninggal dunia, pak ngah dan mak ngah sering mengambil berat mengenai kehidupan aku, adik dan mak aku. 

Terkenang juga opah aku yang berusia 89 tahun sedang sakit tua. Aku sangkakan dia yang akan pergi dahulu berbanding mak ngah aku. Ternyata tanggapan aku silap, kematian boleh datang bila-bila masa tanpa mengira usia dan di mana sahaja. Sakit itu hanya menjadi penyebab kerana kematian itu adalah rahsia Allah SWT. 

Aku mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia di sisi orang yang beriman dan beramal soleh. Hanya doa dari kejauhan mengiringi pemergian arwah. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya. Al-fatihah untuk arwah.. 

^_^

62 comments:

  1. takziah buat kak dan keluarga arwah..sm2 la kita sedekahkan al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah..harap sis bersabar dan tabah ya

    ReplyDelete
  3. takziah,Banyakkan bersabar..
    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  4. Salam Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  5. takziah acik ucapkan, sedekah kan al fatihah

    ReplyDelete
  6. inalillahi wainailaihi rojiun..Al-fatihah untuk arwah mak ngah akak..

    ReplyDelete
  7. innalillh..salam takziah
    sama2 hadiahkn al-fatihah kpada mkngah akak..

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah, takziah...
    Sbenarnya Tuhan lebih sygkan dye...
    sebab tu bukan faktor umur tiket siapa yg pergi dulu... Kita hanya mampu mracang tapi... takdir

    ReplyDelete
  9. Takziah. Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Sungguh benar berita kematian boleh melembutkan hati.

    ReplyDelete
  10. al fatihah..moga arwah di tempatkan di kalangan insan beriman...

    ReplyDelete
  11. Semoga arwah ditempatkan dlm kalangan orang2 soleh
    ...

    ReplyDelete
  12. semoga rohnya diberkati oleh Allah Taala, insyaallah.

    ReplyDelete
  13. Innalillah. takziah kakAiza, bykkn bersbar ye..Al-fatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  14. Takziah akak..org yang baik dan lembut semasa hayatnya mmg kita akan terkenang dan hiba..

    ReplyDelete
  15. salam takziah aiza... al-fatihah....

    ReplyDelete
  16. slm takziah & alfatihah

    ReplyDelete
  17. @Nao Mei
    terima kasih cik akak.. insya-Allah..

    ReplyDelete
  18. @Aminin
    terima kasih am.. betul tu, akak setuju sangat.. takdir penentu segalanya..

    ReplyDelete
  19. @Tedi
    terima kasih adik tedi.. insya-Allah semoga ianya melembutkan hati ini..

    ReplyDelete
  20. @Teena Tna
    insya-Allah.. terima kasih di atas doa tu teena..

    ReplyDelete
  21. @S.K.A
    terima kasih fais.. insya-Allah adik..

    ReplyDelete
  22. @Mieza Jhaa K
    terima kasih mieza.. betul tu, akak selalu terkenangkan kebaikan dia..

    ReplyDelete
  23. takziah kak..moga arwah ditempatkan dlm kalangan org briman..amin..

    ReplyDelete
  24. Innalillah. :'(
    Takziah ye akak.
    Moga Allahyarhamah kembali dgn keadaan tenang dan damai di sana. Moga Allahyarhamah tergolong dlm gol org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

    ReplyDelete
  25. kita semua akan pergi juga nanti.. doakan yg terbaik untuk arwah di sana :)

    ReplyDelete
  26. Salam takziah dari remy..... relakan pemergiaannya..... alfatihah

    ReplyDelete
  27. Al-fatihah. Semoga roh ditempatkan bersama orang soleh dan solehah... Amin

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^