29 June 2013

Bagaimana Berhadapan dengan Lelaki Gatal di Tempat Kerja?

Assalamualaikum,

Bagaimana cara untuk berhadapan dengan lelaki yang sudah berkahwin tetapi gatal? Sebelum ini pernah diceritakan mengenai pengalamanku menghadapi lelaki gatal ketika menjalani latihan praktikal. Memang terasa serba salah.

Lelaki gatal
Gangguan di tempat kerja (Gambar hiasan) -  teachingtechnology.com
Berikut dikongsikan beberapa langkah yang boleh diambil ketika berhadapan dengan lelaki gatal di tempat kerja:
  • Tekadkan dalam hati tujuan kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal di samping mendapat keredhaan Allah SWT.
  • Berfikir bagi pihak isterinya, apa perasaan anda jika suami anda bermain kayu tiga dengan wanita lain tanpa pengetahuan anda? 
  • Jangan terlalu menunjukkan kelembutan anda di hadapannya. Dia memang suka kepada gadis yang kelihatan lembut dan ayu. Bertegaslah dalam nada yang berhemah jika berasa tidak selesa dengan layanannya.
  • Elakkan menerima pelawaan atau ajakannya untuk keluar berdua-duaan. Sentiasa berada bersama rakan-rakan anda walau di manapun berada. 
  • Berterus terang kepada ketua dan minta pertolongan darinya jika perlu. Mungkin ketua boleh menukarkan anda ke unit yang lain jika masalah ini keterlaluan. 
  • Bersikap profesional jika terpaksa berhubung secara langsung dengannya. Jangan dilayan luahan perasaannya. Ingatkan dia bahawa anda sedang menjalankan urusan rasmi kerja. 
Oleh itu, hanya kita sahaja yang mampu mengawalnya. Menghadapi lelaki gatal di tempat kerja memang sesuatu yang tidak dapat dielak dan jika dilayan pasti akan bertambah gatalnya. Boleh juga membaca mengenai mencintai suami orang.

^_^

50 comments:

  1. kna berjaga2 lelaki yang mcm ni..

    ReplyDelete
  2. jangan sesekali melayan kegatalannya..kerana sekali layan,mereka akan rase kite suka dengan sikap gatalnya tu..

    ReplyDelete
  3. tak suka la lelaki gatal ni.. sebab tu Hana jarang nak buat kerja ngan lelaki yg tak kenal sbb kita taktau perangai dia.. better berhati2 dari awal lagi :/

    ReplyDelete
  4. betul tu kak aiza. tips ni memang berguna.. gud sharing kak!

    ReplyDelete
  5. tmbah lg satu tips, keluarkan segala seni mmpertahankan diri yg anda miliki :D heee

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang menarik kak. ^_^

    ReplyDelete
  7. nak tambah , belajar karate sampai dapat tali pinggang hijau. :D

    ReplyDelete
  8. Susah juga nak melakukan kalau tak cekal hati. Bimbang boleh menjejaskan kerja.

    ReplyDelete
  9. Ini dipanggil gangguan seksual, dalam pekeliling pekhidmatan awam dah termaktub ini adalah kesalahan..kalau laporkan gangguan ini walaupun cuma kata-kata boleh dikenakan tindakan..huhu

    ReplyDelete
  10. Aiza...kalau cik akak..memang cik akak ceramah kauw-kaw....tergatal sangat tu..hahaha...betol tu...jangan bagi mereka tengok kelemahan kita kan...tegas dalam semua perkara

    ReplyDelete
  11. waa... scary nyee kalau ade pekerja yg mcm nie kan... hoho

    ReplyDelete
  12. lelaki mcm ni tak payah layan. baik buat tak tau je. biar la nk label sombong ke ape. aslkan jgn gedik. huhu :D

    ReplyDelete
  13. sokong ngan pndpt ats2 ni.. lau die tegur kite senyum je.. tp xyah ckp or lebeh dr senyuman. lau kje wt je tp elak berduwe2. hati2 dgn die.

    ReplyDelete
  14. @siti ZAHARA
    betul tu zara.. nak elak memang tak boleh sebab hari-hari jumpa..

    ReplyDelete
  15. @Haruno Hana 하나
    betul tu hana.. macam akak praktikal dulu memang tak boleh elak sebab semua staf kat situ lelaki..

    ReplyDelete
  16. @zakirasli ..
    yang tu akak sendiri pun takde.. haha.. nak kena belajar la kot lepas ni..

    ReplyDelete
  17. @cahaya ilahi
    terima kasih adik.. semoga ianya bermanfaat.. :D

    ReplyDelete
  18. @syuk shusuke
    seni mempertahankan diri tu akak pun takde lagi.. hihi.. nak kena belajar lepas ni.. :D

    ReplyDelete
  19. @Kakzakie
    betul tu kakak.. kalau nak melarikan diri atau mengelak memang tidak mampu.. apa-apa pun perlu berhadapan juga..

    ReplyDelete
  20. @Elih Japahar
    betul tu elih.. ramai yang menjadi mangsa.. perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kepada pihak berwajib jika sudah keterlaluan..

    ReplyDelete
  21. @Nao Mei
    cadangan yang baik cik akak.. hehe.. masa kejadian tu aiza muda lagi cik akak.. dulu aiza pendiam je, tak banyak cakap, cuma aiza cakap aiza tak suka je kat dia.. sekarang mungkin kena ceramah kalau jumpa orang macam tu..

    ReplyDelete
  22. @teha
    betul tu teha.. macam psiko pula jika dia terlalu berani bertindak agresif.. contohnya tunggu kat depan rumah..

    ReplyDelete
  23. @sha (chirp chirp)
    setuju 100%.. mungkin kita tak layan tu menjadi cabaran bagi dia untuk terus mengganggu.. kena berterus terang juga kenapa kita tak suka dan tak selesa..

    ReplyDelete
  24. yg sy plik..kt mn2 pn msti ada lelaki cm2 hu3..yg pntg berhati2 la..kdg2 yg ok 2 xpelah..tkot yg berdendam 2 bhya..sbb dunia skrg ni mcm2 boleh jd..nice sharing kak Aiza :)

    ReplyDelete
  25. Eeee menyampahkan ada orang mcm tu. Repot je kepada pihak yang berkuasa.Kalau dibiarkan bahaya okay. Ehem emo pulak. Hihi :)

    ReplyDelete
  26. saya pun pernah kena ganggu masa kerja dlu tapi tak la teruk..seboleh-bolehnya sya elakkan bertembung dengan dia..tapi dunia kan kecil.jumpa jga dia..tapi kalau dia sneyum ke apa.sya senyum lepas tu blah..haha..saya takut dengan lelaki sikit.. T__T...kalau boleh dah nmpk macam perangai dia menjengkelkan sangat,elakkan dari kita bagi peluang dia 'masuk'

    ReplyDelete
  27. biasalah tu.. lelaki memang akan tertarik pada wanita.. yang penting cara penerimaan.. kadangkala ada wanita yang memang suka melayan.. lagi dilayan lagi menjadi..
    lelaki pula adatnya pula suka mencuba.. lagi ditolak lagi dicuba.. hahahahaha.. dunia dunia.. inilah dunia..

    ReplyDelete
  28. Ugut akan kawin dengannya sekiranya perkara tersebut berulang pasti dia akan kecut maklumlah dan ada bini..hehehe..

    ReplyDelete
  29. haha lelaki mmg gatal , kalau tak dikawal , tau sbb apa gatal , sbb isteri dah layan macam dulu , sbb sibuk dgn anak2

    ReplyDelete
  30. ye..yaya pun pernah mengalami perkara mcm ni..
    bila dah agak tak selesa..memang yaya akan garang dan jarang nak layan org mcm tu..geli+takut tau..

    ReplyDelete
  31. @S.K.A
    memang macam tu kot fais.. kat mana-mana pun ada.. kalau tolak dengan baik dia mesti akan terima, lagi pun dia pun dah ada isteri..

    ReplyDelete
  32. @nurul missnuyul
    menyampah la juga.. tapi tak boleh mengelak sebab hari-hari kerja dengan dia..

    ReplyDelete
  33. @Nana Liena
    betul tu nana.. yang kelakarnya boleh pula dia mengaku masih bujang.. hihi.. nak tipu pun agak-agak la..

    ReplyDelete
  34. @azman
    yang tak boleh nak terima tu sebab dia dah beristeri.. tentu isteri dia pun marah jika tahu kita rapat dengan suaminya.. jadi baik tak payah nak melayan lelaki macam tu..

    ReplyDelete
  35. @Ahmad Yani Bin Hj Muda
    idea yang bagus.. tapi berisiko sebab kalau dia betul-betul serius macam mana?

    ReplyDelete
  36. @abg cik
    seharusnya lelaki berterima kasih kepada isteri kerana telah sudi untuk melahirkan dan menjaga anaknya..

    ReplyDelete
  37. @cik yaya
    bagus betul yaya.. ketegasan tu penting..

    ReplyDelete
  38. kalau AL laa.. AL cucuk2 je jarum kat dorang tu..wkkakakak :)

    ReplyDelete
  39. Haaa...bab ni saya suka dan belum dikongsikan lagi dalam blog.. mmg kena berhempas pulas dengan pelbagai lelaki gatal dan miang zaman kerja kt tapak bina dulu. Suami org, bos, pekerja indon, bangla..fuhh..penat nak layan. Last2 kereka anggap sy kawan je sebab sy otai..tak der masa nak kontrol ayu. Padahal mula2 kerja mereka bagaikan gila bayang kot.

    ReplyDelete
  40. kat mana2 pun ada spesis jenis nie...so kena berhati2 dan megelakkan diri wahai adik2 semua......

    ReplyDelete
  41. Lelaki nie kalu dilayan mmg makin menjadi.. kita sebagai pompuan kalau jumpa laki mcm nie kalau boleh jgn dekat langsung tp klu sebab kerja wat la muke garang skit.. x yah nk senyum2..fiza mmg benci laki cm nie...

    ReplyDelete
  42. bagus tips ni.tp sy syorkan laporkan sj kpd pihak berwajib.lps tu cari keje kt tempat lain :)

    ReplyDelete
  43. Eee tak sukanya laki miang. Ingat kita ni hape. Bagi pelempang satu. Hehe.

    ReplyDelete
  44. Bahaya...naseb baik wan tak gatal di tempat keja. huhuhuu...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^