27 June 2013

Kerja Pertamaku

Assalamualaikum,

Kerja
Pejabat aku bekerja
Tak pernah aku bercerita mengenai kerjaya aku di sini (harap jangan muntah baca cerita panjang aku ni). Aku mula bekerja ketika usia 25 tahun (tahun 2008) iaitu selepas hampir setahun tamat belajar. Walaupun kerja yang ditawarkan hanya sebagai pegawai berstatus kontrak di ibu pejabat Putrajaya, aku merasa amat bersyukur kerana diberikan peluang itu.

Waktu kerja aku bermula jam 8.00 pagi dan selalunya berakhir sehingga jam 6.00 petang dan pernah sehingga jam 9.00 malam aku masih berseorangan di pejabat untuk menyiapkan tugasan (dah la mereka selalu katakan pejabat aku tu berhantu, tapi setakat aku balik lambat tu alhamdulillah tak pernah nampak 'sesuatu'). Tanggapan sesetengah orang bahawa kerja Kerajaan itu goyang kaki sahaja memang salah.

Aku bekerja dengan rela hati (Berkhidmat untuk Negara) kerana tiada gaji kerja lebih masa diberikan pun. Kadang kala pulang ke rumah atau di hujung minggu pun mengusung laptop untuk menyiapkan kerja pejabat di rumah. 

Bebanan kerja di luar jangkaan pernah membuatkan aku merasa tertekan dan cepat marah. Aku memang tiada masa untuk memikirkan jodoh atau melayari internet sesuka hati. Dah la di pejabat aku tu disekat untuk aplikasi sosial seperti blogspot dan facebook (aku jarang update entri blog pada tahun 2011 dan 2012). Tapi yang peliknya, walau aku tertekan macam mana pun alhamdulillah aku akan siapkan juga tugasan yang diamanahkan.

Ada rakan sepejabat aku cakap aku workaholic, namun bagi aku kerja tu satu amanah. Dah bos percayakan kita, jadi kita kena tunaikan tanggungjawab tu selagi termampu (walau pun kadang-kadang aku rasa sesak nafas melayan kerenah bos yang macam-macam).

4 tahun aku bekerja, pelbagai pengalaman yang aku dapat. Walaupun jadi pegawai, tapi bermula dari kerja fotostat, menyediakan draf surat, faks surat, order makanan untuk mesyuarat, menyediakan slide laporan kemajuan projek untuk mesyuarat, menulis minit mesyuarat, melawat tapak projek, melayani kerenah syarikat pelabur yang memohon insentif kerajaan, menjawab soalan parlimen, merancang KPI tahunan projek dan mewakili bos masuk mesyuarat semua aku pernah buat. Sebab di unit aku bekerja tiada kerani atau pembantu yang dilantik, jadi semua kerja tu kena buat sendiri dari A-Z. Kawan sekerjaku pernah berkata, "Kita ni buat kerja dari gred N1 hingga G41. Tapi gaji dibayar untuk G41 sahaja."  Terima kasih kepada jabatan itu kerana telah memberikan aku pengalaman beharga ini. 

Awal tahun 2013 kebetulan kontrak aku disambung lambat (bulan Mac) dan adik aku mendapat pekerjaan tetap. Mak aku pula kurang sihat, jadi aku tekad untuk berhenti kerja dan menemani mak di rumah atau membawanya temujanji doktor di hospital. Kini aku dalam proses untuk mencari pekerjaan baru sebab mak aku dah semakin sihat. Aku rindu nak bekerja seperti dulu, walaupun azab tapi hatiku bahagia. Sejak berhenti kerja ni barulah entri blog aku update setiap hari.

Nasihat aku, kerja tu janganlah terlalu workaholic, sesekali berfikirlah untuk kepentingan diri sendiri juga.  Kita bukanlah robot yang tak berhenti-henti melakukan kerja selama 24 jam. Jangan disebabkan terlalu sibuk bekerja menjadi alasan untuk anda membujang hingga ke tua (macam aku kot).

^_^

82 comments:

  1. best perkongsian akak..semoga akak cepat bertemu jodoh..
    best kerja walaupun penat.. ;)
    bukan workholic sangat cume kerja tu je xnak habis2..hehe

    ReplyDelete
  2. Huu...pengalaman yang mematangkan :)

    ReplyDelete
  3. kompeni zura byk deal ngn org gomen, so zura pun terlibat ngn kerjasama ngn org gomen.. setakat yg zura jmp nih, org gomen mmg byk keje...

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan akak.. tolong p cuci mulut sat kalau ada yg kata kerja kerajaan nie dok goyang kaki ja.. padahal bukan kaki jer dok bergoyang satu badan dah dok goyang.. mcm2 kerja kena buat.. tangan dah macam T***** ****U.. ;p

    ReplyDelete
  5. workholic pun tak pe yg pnting kita ikhlas... dahulukan mana yg perlu di dahulukan...

    so skrg Aiza keje dgn swasta ke?

    mak dah sihat? kim salam kat mak kita ye... eh!!!

    ReplyDelete
  6. bt kje dgn iklas ada ganjarannya kn kak..=)
    insyaALLAH.. adalah jodoh akak nanti..zara doakn akak mndapat jodoh yg terbaik..Amin..:)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..
    Sanggup berhenti kerja semata2 nak menjaga emak yang sakit..
    Tak ramai yang sanggup buat macamtu..
    Semoga dipermudahkan mendapat pekerjaan baru :)

    ReplyDelete
  8. bEST lah baca kisah kerja kak ni. Wah, akak kerja sbagai pegawai dulu. bkn senang nak jdik pegawai ni.. apapun, saya tabik kat akak snggup berhenti kerja utk teman mak akak yg sakit. InsyaAllah kak, dgan pengalaman dn kelulusan yg akak ada tu msti bnyak syarikat kerajaan/swasta yg nk ambik kak kerja.. kalau akak nk crik kerja saya sarankan kak tengok lman web ni :- http://www.ohjob.info/

    ReplyDelete
  9. Rezeki ada dimana2.... Kerja boleh kita cari lagi... Tapi !! Mak kita tu lah satu²nya dalam dunia, kalau hilang, menangis air mata darah pon tak dapat ganti.. Saya respek dengan awak....

    ReplyDelete
  10. Betul, jgnlah membujang hingga ke tua muehehe :D

    ReplyDelete
  11. Ehh sama la kita bekerja selama 4 tahun dan lepas tu berhenti sebab nak jadi suri di hati suami..hehe

    ReplyDelete
  12. betul tu...kdg2 kita x sedar yg kite ni wokholic pd hal yg kite tahu cuma nk menjalankan tugas sebaik mungkin

    ReplyDelete
  13. Kalau kakak memang tak pernah kerja balik malam lagi-lagi office kakak ni heeee.... kakak ni penakut Aiza:)

    ReplyDelete
  14. Kadang-kadang kita terlalu utamakan hal lain..sampai diri sendiri kita abaikan. Betul tak?

    ReplyDelete
  15. tak kak percayalah ada "sesuatu" yang Allah nak berikan pada akak, jaga mak kurang sehat tu besar pahalanya,,, Acik doakan akan dapat kerja baik baik dan di redhai Allah ,

    ReplyDelete
  16. insyaAllah akan dapat kerja kan. ^_^

    ReplyDelete
  17. Insyaallah..ada prancangan yg terbaik dariNya untuk akak nanti :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah kalau semua orang berfikir macam aiza... sebab kala ini krole tngok...hm... kerja tu macam lebih pnting dari keluarga, contoh cam sahabat krole kat kampung ni...dia kerja gov bahagian yang beruniform...ada hari tu...isterinya tgh bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka...krole sekeluarga pergi ke hospital tu...tp tak nampak suaminya (kwn baik krole). tanya kat ibunya...rupanya dia kerja waktu tu...adus! tak bolehkah tnggalkan kerja tu sementara...ni sampai anaknya lahir esoknya baru dia datang...disaat isteri memerlukan...pendapat krole senang saja... kerja ni bila2 masa kita boleh cari...tapi keluarga...tak akan sekali boleh dicari...hm... ini pendapat krole saja...sebab hidup ni bukannya pasal mencari rezeki saja....pelaburan utk akhirat kena ada juga...salah satunya...adalah tanggungjawab menjaga keluarga...Wallahualam~ <----sory aiza...panjang pula komen ni hahaha

    ReplyDelete
  19. kena pandai bahagi masa untuk kerja dan masa untuk berhibur. :)

    ReplyDelete
  20. betul tu aiza...

    ReplyDelete
  21. @mentari alam lembayung alam
    insya-Allah.. terima kasih adik.. betul tu, kerja memang tak pernah habis..

    ReplyDelete
  22. nak kerja kerajaan tetap tak , tapi jangan memilih sangat , sy boleh tolong bagi link , join yahoo group ni http://myadha.blogspot.com/ , lepas tu join yahoo group dia, insyaallah dapat ttp satu hari nanti ,...amin

    ReplyDelete
  23. @Nao Mei
    korbankan jiwa raga asalkan kerja siap.. hihi..

    ReplyDelete
  24. betul tu sis...diri sendiri pun kena fikir jugak kan :)

    ReplyDelete
  25. perkongsian yang menarik akak,saya baru je habis belajr banyk perkara yg perlu bljar di luar sana tu..bnyk dugaan kan

    ReplyDelete
  26. @Zura Lee
    government dulu dengan sekarang memang berbeza.. mungkin yang goyang kaki tu zaman dulu kot..

    ReplyDelete
  27. Ohh sekarang memang akak kat rumah je ek? Sama la macam Aida. Tengah mencari-cari kerja jugak ni. Hee~ :)

    ReplyDelete
  28. @aisya
    berkhidmat untuk negara.. hehe..

    ReplyDelete
  29. @♥ Mrs. Secretary ♥
    sabar farah.. betul tu farah.. kerja kerajaan zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu..

    ReplyDelete
  30. @potia casadelarossa
    aiza sedang mencari kerja lagi.. ada kerja kosong ke potia? alhamdulillah mak sihat..

    ReplyDelete
  31. @siti ZAHARA
    betul tu zara.. terima kasih ya, insya-Allah.. amin.. :D

    ReplyDelete
  32. @zakirasli ..
    pegawai kontrak je zaki.. bukan tetap.. terima kasih di atas info tu..

    ReplyDelete
  33. @Elih Japahar
    risau juga kalau dibiarkan mungkin kata-kata elih tu jadi kenyataan.. hihi..

    ReplyDelete
  34. @Mieza Jhaa K
    mieza takpe la berhenti kerja, dah ada mr.k jaga.. akak kena jaga diri sendiri.. hehe..

    ReplyDelete
  35. semoga akak akan dpt perkerjaan baru ni...apa pun pengalaman bekerja tuh byk mengajar..hehe

    ReplyDelete
  36. @Khai♥Rin : anies
    betul tu.. kualiti hasil kerja yang perlu dicapai tu yang buatkan aiza macam tu..

    ReplyDelete
  37. @Kakzakie
    aiza pun takut juga kakak.. suasana dah la sunyi.. tawakal aje la demi nak siapkan kerja..

    ReplyDelete
  38. @puteri kasih
    betul tu puteri.. sehingga kebajikan diri sendiri dilupakan..

    ReplyDelete
  39. @fyna
    insya-Allah fyna.. terima kasih.. :D

    ReplyDelete
  40. @krole
    betul tu krole.. terima kasih berkongsi kisah kawan krole tu..

    ReplyDelete
  41. @syuk shusuke
    betul tu adik syuk.. cuma kadang2 akak tak sempat pun nak berhibur.. hehe..

    ReplyDelete
  42. @abg cik
    terima kasih di atas info tu abg cik..

    ReplyDelete
  43. @Liza Razak
    betul tu.. jangan pentingkan kerja je..

    ReplyDelete
  44. @Normi Nieza
    berapa umur cik nor? hihi.. nampak muka muda je lagi..

    ReplyDelete
  45. @chinta
    dugaan yang kita terima berbeza-beza.. yang penting kena tabahkan hati hadapi semua dugaan tu (kata-kata untuk diri sendiri juga)..

    ReplyDelete
  46. @Aida Ismail
    akak di rumah kakak akak, akak akan bawa mak untuk temujanji doktor di hospital.. jom kita cari kerja cepat2.. hihi..

    ReplyDelete
  47. @Mime MF
    insya-Allah mimie.. terima kasih ya..

    ReplyDelete
  48. Its okayy akak. Sekurang2 nya akak dah ada pengalaman yang boleh dikatakan sgt berharga tauu. Lepas ni in shaa Allah, dengan pengalaman yg akak ada, senang nak apply kerja lain. Aminn.
    Soal jodoh, Dia dah tentukan, dont woorrryyy to much about that. Allah ada perancangan Dia tersendiri. Ya, mmg kita kena usaha juga, berdoa dan mintak pd Dia agar dipertemukan jodoh yg baik, soleh dan beriman. In shaa Allah, semoga Allah permudahkan. :')

    ReplyDelete
  49. banyak pengalaman tu..kadang-kadang ada orang ambik kesempatan atas kita...itu biasa dah..kalau kita boleh elak..elak lah.

    ReplyDelete
  50. jauhnya nak komen... sedihnya... kalau camtu hari2 la Tedi klik iklan akak bg akak kaya... tp x janji la... pastu xyah akak susah2 balas klik iklan Tedi lak, sebab nnt kalo Tedi termiss klik iklan akak, Tedi dah jadi beruang yang penipu.. :)

    ReplyDelete
  51. Kesungguhan bekerja membolehkan kita mendapat banyak pengalaman. Ikhlas dan jujurlah bekerja kerana Allah Taala. Moga dipermudahkan mendapat kerja baharu.

    ReplyDelete
  52. mulia betul tugas akak menjaga ibu.. insyaallah akan ada rezki nnt.. x pun jd blogger yg berjaya.. sape th kn?..fiza pun dlu pernah kontrak gomen 2 thn.. x sambung.. skrg nie kje swasta jer... >.<

    ReplyDelete
  53. @Nies alhaQ
    insya-Allah anis.. terima kasih mendoakan untuk akak.. amin.. :D

    ReplyDelete
  54. @blackrosehunter
    betul tu.. terima kasih kerana mengingatkan..

    ReplyDelete
  55. @Tedi
    terima kasih ya adik tedi.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  56. @Hafiza AizZawa
    insya-Allah fiza.. yang bab jadi blogger berjaya tu akak tak pernah terfikir pun, masih jauh lagi kot.. hehe.. memang risiko kerja kontrak ni fiza..

    ReplyDelete
  57. selamat maju jaya akak!!Moga terus success ye!!

    ReplyDelete
  58. carilah keje dgn sabar mudah2an dapat kerja tu nnt... jaga mak elok2 ok

    ReplyDelete
  59. kagum dgn cara akak bekerja....nnti bila sya dah dpt kerja...sya nak jadi mcm akak! bersungguh-sungguh! :)

    ReplyDelete
  60. kerja kerja kerja.. esok kerja lagi.. hahahaha.. hari ni kita kerja overtime hahahaha..
    semoga dapat kerja cepat aiza..
    orang dah ada pengalaman.. ada aje kang peluang tu..

    ReplyDelete
  61. inshaallah kak,,ada jodoh x ke mana. yg penting selalu doa. lambat atau cepat urusan Allah.. :)

    ReplyDelete
  62. didiey harap akak dpt keje cepat :)
    byk keje bermakna byk pengalaman kan =)

    ReplyDelete
  63. kuat btol kakAiza krja eh =) skrg ni kak cuti la eh?? smoga mak kak Aiza sihat2 slalu dan kak Aiza cpat2 kahwin..

    ReplyDelete
  64. Akak tak pernah kerja sampai balik lewat malam. Tapi kerja semu aberes. kalau workaholic tu bukan akak kot.

    Nak jugak ruang utk diri sendiri gedik gedak. hahahaha

    ReplyDelete
  65. wah..mesti bestkan kutip pengalaman.. alangkah bagusnya jd macam akak :)

    ReplyDelete
  66. okay juga ada kerja..bersyukur..hehe.. kerja kerajaan kalau ot memang tak ada duit 'lebih' ya..baru tahu..hihi..syaa kan budak baru belajar lagi kak.. :) mungkin pernagai akak sama macam saya juga workholic yang melampau..huhu..tapi dengan kerja la dapat lupakan masalh2 remeh temeh.. huhu

    ReplyDelete
  67. tq share... pengalaman paling berharga tu yer

    ReplyDelete
  68. even tak de kerja official lagi, cuma ada assignments, projek dll, Hana jenis workaholic juga.. sebab kalau tangguh2 kerja hati jadi tak senang dan kerja makin bertimbun :/

    ReplyDelete
  69. betull..keje tu amanah :') kena jujur n rjin :)

    ReplyDelete
  70. buat sedaya mungkin dan yg terbaik...insyaAllah...pasti mudah..... yg penting ikhlas.....

    ReplyDelete
  71. best nyer pngalaman.ade sikit2 mcm sy juge.ade part2 tu la.tp yer lah kalau keje dgn org ni mmg mcm tu.kene keje keras.tp keje sendri lg kene keje keras sbb gaji kita sndri yg cari.bkn org lain.
    apa pun tahniah sbb rajin keje.insyaallah nanti ada lah tu keje baru yg menanti... :)
    Aminnn

    ReplyDelete
  72. Patutlah tiap kali ada karnival atau apa2 aktvti dekat Putrajaya akak salu pegi.. Rupanya tmpt kerja dekat je. Baca entry nie baru tau akak keja dekat Putrajaya..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^