Assalamualaikum,
Teringat peristiwa yang terjadi masa aku menyewa di Apartment Sri Indah, Seri Kembangan dulu. Rumah sewa aku tu tingkat paling atas (rumah flat 4 tingkat), hari-hari kena menapak. Pagi tu aku dah terlewat bangun, cepat-cepat aku bersiap untuk ke pejabat di Putrajaya.
Panaskan enjin kereta pun tak lama sebab tengok jam dah dekat pukul 8.00 pagi. Nak keluar dari kawasan rumah sewa aku ke jalan besar memang agak sibuk juga pada waktu tu walaupun Giant Seri Kembangan tu masih dalam pembinaan.
Aku tekan minyak kereta memang habis-habisan sehinggalah, "Gedegang.." baru aku teringat di kawasan tu banyak lubang-lubang. Tak tahu la apa jadi dengan kereta aku. Aku memandu slow sebab rasa goyang semacam je sehinggalah tiba di traffic light ke jalan utama. Seorang pakcik menunggang motosikal tunjukkan tangannya ke arah tayar kereta sebelah kiri aku, sah tayar tu dah pancit.
Macam ni la keadaan tayar kereta aku - Google |
"Kereta ada masalah ke?" tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di sebelah aku, terkejut juga aku. "Tayar kereta saya pancit kot." aku membalas sambil menunjukkan ke arah tayar tu. "Dah call suami ke bagi tahu?" dia tanya aku lagi. "Err, saya belum kahwin lagi." balas aku. Masa tu aku baru terfikir nak minta tolong abang ipar aku.
"Ada tayar ganti tak?" dia tanya aku lagi. "Rasanya ada kat bonet." aku membalas. "Kalau macam tu saya tolong tukarkan tayar kereta awak." dia menawarkan diri. Aku pun bersetuju je la, semua peralatan tu memang dah ada dalam beg yang Perodua bagi masa aku beli kereta. Dah tengah terdesak macam tu memang aku panik la juga. Sambil tu aku berbual dengan dia, asal Terengganu dan dah kahwin rupanya.
Aku menghantar pesanan ringkas kepada bos aku membertitahu aku masuk lewat sedikit kerana ada masalah dengan kereta. Alhamdulillah, tak sampai 30 minit dia berjaya tukarkan tayar tu. Sebenarnya masa kelas belajar memandu dulu ada diajar asas cara menukar tayar, tapi aku dah tak ingat.
Baru aku teringat, tadi aku bawa duit RM20.00 je untuk belanja hari tu. "Encik ambil la duit ni." aku menghulurkan duit RM20.00 tu kepada lelaki tu. "Takpe awak, saya tolong dengan ikhlas hati." balasnya. Aku mendesak suruh dia ambil juga duit tu, dia tetap tak terima.
"Terima kasih encik. Syukur saya diketemukan dengan orang yang baik macam encik. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik encik." aku membalas dengan perasaan terharu. Dia pergi meninggalkan aku menaiki motosikalnya. Baru aku perasan jam dah menghampiri angka 9.00 pagi, mesti dia pun dah lewat masuk ke pejabatnya. Aku bergegas memandu ke pejabat aku.
Memang susah nak jumpa lelaki baik seperti dia, walaupun tak kenal sanggup menawarkan diri untuk membantu. Selalu juga aku berjumpa dengan lelaki yang hanya suka mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum wanita.
Aku mendoakan semoga Allah SWT memberi pembalasan yang setimpal dengan kebaikan yang dia dah buat pada aku. Semoga dimurahkan rezeki dia dan keluarganya kerana membantu seorang wanita yang sedang dalam kesusahan seperti aku.
Memang susah nak jumpa lelaki baik seperti dia, walaupun tak kenal sanggup menawarkan diri untuk membantu. Selalu juga aku berjumpa dengan lelaki yang hanya suka mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum wanita.
Aku mendoakan semoga Allah SWT memberi pembalasan yang setimpal dengan kebaikan yang dia dah buat pada aku. Semoga dimurahkan rezeki dia dan keluarganya kerana membantu seorang wanita yang sedang dalam kesusahan seperti aku.
^_^
Ermmm baiknya die, skang mmg ssh nak cari lelaki camtu. Lagi takut kalau kete kita rosak pastu ada yg dtg tolong sambil ada niat tersembunyi. Bkn nak buruk sangka tp mmg mcm tu keadaan skang ni..
ReplyDeleteada yang baik antara lelaki ni.. kita je tak perasan atau buat-buat tak perasan.. hihihi..
ReplyDeleteAlhamdulillah....rambut sama hitam tp hati lain-lain....
ReplyDeleteKalu ada mungkin 1 dlm 1000...
ReplyDeleteAiza kena renung juga pada diri Aiza. Allah kadang memberi balasan tak tunggu kiamat. Ada kebaikan yg kita lakukan cash diberi di dunia. Ini satu dari balasan baik yg Aiza dapat dari kebaikan ikhlas pernah Aiza buat tapi tak ingat.
ReplyDeleteBalasan baik juga buat lelaki tersebut hendaknya amin...
wah,baikkan abg tu kak... lpas ni akak cba la blajar tukar tayar kereta mna la tau kjadian tayar pncit ni jd lg. snng sikit psal dh reti :)
ReplyDeletesebenarnya masih ramai yg baik utk menolong
ReplyDeletecuma kalau tempat2 tertentu agak sukar krn takut kes lain sbb ada yg ambil kesempatan
setakat ni sop bila ada masalah ad yg tlg.. mungkin berkat tlg org kot :)
betul tu..bukan senang nak jumpa kan..
ReplyDeletememang bukan mudah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas membantu. Tapi di saat kesusahan pasti ada kemudahan...betul tak? :)
ReplyDeleteboleh tukar tayar jika hadir bengkel nenabdu berhemah
ReplyDeletealhamdulilah....bukan senang nak jumpa orang yang baik yang tidak mengharapkan balasan dengan pertolongan kan?
ReplyDeleteDulu ada wanita pompuan tanya Tedi, kenapa susah nak jumpa lelaki baik? Tedi kata, ramai jer, masalahnya x jumpa sebab salah tempatnya...
ReplyDeleteAlhamdulillah..ade jugak yg menolong kan.. :)
ReplyDeleteAmin..betol akak...untung dapat jumpa dgn org mcm ni...
ReplyDeletebaik nya lelaki tu,susah nak cari lelaki yang sanggup tolong kita dalam kesusahan..ada tapi jarang...
ReplyDeleteMacam dalam cerita tv pulak, tapi alhamdulillah ada lelaki tu tolongkan...
ReplyDeleteSmoga dia dimurahkan rezeki...
alhamdulillah aiza jumpa insan tu... bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang menhantar insan itu untuk menolong aiza~ memang sukar nak jumpa insan sebaik itu pada masa kini namun...bukannya bermaksud tak ada orang baik dan ikhlas macam tu kan aiza. Kalau ada masa lapang cuba refresh balik mcm mana nak tukar tayar, sebab pnting ilmu tu bg seorang pengguna kenderaan~ hihihi terkenang pula waktu krole pancit tayar dulu... sama cam situasi aiza...malu o0o0! lelaki tak tahu tukar tayar hahaha! tp sekarangni dah ok~
ReplyDeletep/s : tq utk link tu~
semoga Allah pelihara lelaki seperti dia .
ReplyDeletemmm baiknyer diaaa...mujurlah xjd ape2...
ReplyDeleteayat sy belum kawin tu yg mahal tu...ekekeke :p
tpi bersangka baik saje, sebenarnya ramai yg baik cuma masa keadannya sake yang tidak mengizinkan
ReplyDeletebagi pendapat saya..lelaki baik ada dimana2 cuma susah nak kebetulan mcmtu... ada yg baik kerana ikhlas... ada yg baik kerana ada makna... yelah pompuan lah katakan..ada je yg nak nolong... syukur lelaki tu ikhlas...
ReplyDeletekebanyakkan pompuan bukan tak reti nak tukar tayar spare tu.. tapi kurang kudrat nak scroll NUT BOLT tayar dgn tangan ataupun kaki...
p/s: moga di pertemukan dgn lelaki baik one day nnt..atau pun kalau dah ada teman lelaki semoga lelaki tu sebaik yg Aiza impikan... amin
nasib baik..
ReplyDeletehero datang bila diperlukan je. hehe
ReplyDeletehe3..bg sy pulakn..susah nk jmpa mnusia yg baik :)
ReplyDeletebagoihnye encik tu.... ngape mike tak mintak no tipon dia mase tu??? ishhh..ishhh... tapi ye le udah die tolong ikleh..... tapi yang penting bile jadi kes2 macam ni..... kite jangan panik.....
ReplyDeletenasib baik ada yg tlg kan...betul² zmn sekarang susah nk jmp yg ringan hulurkan bantuan..kbyakannya hanya mampu memerhatikan & simpati..:)
ReplyDeletesetuju sgt.. tambah2 pulak yg nk menolong tanpa balasan...
ReplyDelete@huny madu
ReplyDeletebetul tu huny.. realiti selalu begitu, alhamdulillah akak jumpa yang ok..
@Norhasniza Khalid
ReplyDeletehehe.. ada kebenarannya kata-kata tu.. selalu kita je yang tak perasankan..
@khai nuar
ReplyDeleteitulah manusia.. sukar ditafsir niat dalam hati tu..
@Khai♥Rin : anies
ReplyDeletealhamdulillah pertama kali tayar pancit aiza jumpa yang 1 tu..
@Nao Mei
ReplyDeletebetul tu cik akak.. tapi tak semua lelaki tak baik.. hihi..
@Kakzakie
ReplyDeleteada kemungkinan juga, tapi aiza pun tak ingat apa kebaikan besar yang aiza pernah buat.. alhamdulillah jika begitu kakak.. :D
@zakirasli ..
ReplyDeleteinsya-Allah akak cari tutorial dalam youtube cara tukar tayar tu.. terima kasih ya zaki.. :D
@Sop
ReplyDeletebetul tu sop.. buat baik insya-Allah dibalas baik..
@cik yaya
ReplyDeletebersyukur kerana masih ada yang baik macam tu yaya..
@puteri kasih
ReplyDeletebetul tu puteri.. alhamdulillah dipermudahkan..
@Etuza Ezawarna
ReplyDeletemasa lepas kelas teori dulu ada cikgu tu ajar aiza, tapi dah lupa.. nak kena masuk kelas balik la kot.. hehe..
@Rosniyati othman
ReplyDeletebetul tu rose.. alhamdulillah ada yang sudi membantu di saat begitu..
@Tedi
ReplyDeleteada kebenarannya jawapan tedi tu.. nak kena cari di tempat yang betul ni.. hehe..
@nur khalilah hassan
ReplyDeletebetul tu.. syukur sangat masa tu..
@ikhwan yusuff
ReplyDeletealhamdulillah adik ikhwan.. susah nak jumpa, kebetulan dia lalu di situ dan tergerak pula hatinya nak menolong akak..
@chinta
ReplyDeletebetul tu adik chinta.. masih ada yang baik, tapi sebelum ni akak selalu jumpa yang menolong kerana nakkan sesuatu..
@Teena Tna
ReplyDeletehehe.. ni kisah benar yang berlaku pada akak, bila difikir balik memang macam dramakan? sama-sama kita doakan dia semoga murah rezeki..
@krole
ReplyDeletealhamdulillah jumpa yang begitu.. betul tu krole, lepas ni nak kena belajar balik sampai pandai.. owh, ye ke krole pun pernah kena? hehe, nasib baik dah pandai sekarang nikan..
@PakcikLie PCL
ReplyDeleteinsya-Allah PCL..
@Harith Iskandar
ReplyDeletealhamdulillah jumpa orang baik macam tu..
@Aku Penghibur
ReplyDeletebetul tu acik.. kebetulan masa tu akak bertemu dengan orang yang baik macam tu..
@potia casadelarossa
ReplyDeletesetuju sangat.. aiza harap rakan2 blogger aiza yang lelaki pun baik dengan ikhlas semuanya..
itu la potia, teringat masa aiza cuba tukar masa kelas memandu dulu, memang lenguh tangan ni..
terima kasih potia, insya-Allah..
@pha is
ReplyDeletebetul tu dik..
@syuk shusuke
ReplyDeletehehe.. nasib baik hero tu memang baik dan ikhlas membantu..
@S.K.A
ReplyDeletehehe.. kejam betul statement akak kan? ada kebenarannya, tak kira lelaki atau perempuan, ada yang baik dan sebaliknya.. susah nak jumpa manusia yang baik..
@D_08
ReplyDeletetak nak ada apa2 hubungan dengan dia, lagi pun dia dah kahwin.. betul tu, memang masa tu aiza panik la juga sebab first time kena..
@Mime MF
ReplyDeleteBetul tu adik mimie.. selalu manusia macam tu la.. mampu memerhati dan simpati sahaja..
@Hafiza AizZawa
ReplyDeletealhamdulillah adik..
bertuah jumpa orang yang hatinya baik. setengah tu, kita lambai tangan mintak tolong pon buat tak tahu. tak perasan agaknya.
ReplyDeleteThat's So Malaysian
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/06/thats-so-malaysian-1.html
aminnnnn :)
ReplyDeletebaiknya lelaki tu.. susah kot nak jumpa lelaki baik camtu zaman skang ni.. ikhlas nak tolong kita.. tapi insyaAllah kat luar sana ada je lelaki baik ni~
ReplyDeleteBaiknya laki tu. Nasib baik dia tolong akak tukarkan tayar. Kadang2 walaupun kita tahu, tapi kudrat perempuan mana la sama dengan lelaki kan. Hee.
ReplyDeleteAi seronoknya dapat jumpa laki baik, kita ni lelaki yang pancit tayar xde la pula girl nak tlg keh...keh. Siap lambai2 tgn lagi.. gurau2 je...
ReplyDeleteBukan senang nak jmpa laki cam tu, rambut sama itam hati laen2.. tlg tnpa mharapkan balsan.. ececeh.. moga pasnie laki yg baca entri nie sudi2 laa bantu la ada yg rosak keta kat tepi jalan yer.. pesanan dari penaja
bertuah sesangat sis...jarang dapat bertemu orang sebaik tu...
ReplyDelete'Malaikat' dan 'iblis' boleh menjelma tanpa mengira jantina, bangsa dan lokasi.
ReplyDeletealhamdulillah :) tapi memang sekarang susah nak cari lelaki yg baik, ikhlas tolong camtu.. perempuan pun sama :(
ReplyDeleteUntung berjumpa sama lelaki yang baik yah, memang lagi nasib baik :)
ReplyDeleteRamai juga lelaki yg baik di luar sana aiza...jangan terlalu takut dan beri peluang pada diri utk mempercayainya. Kerana wan juga laki2...huhuh
ReplyDeletebaiknya dia..klu blm kawen sah2 cik nor nak tackle dia..hihik.tp manalah nak jumpa lelaki mcm tu zaman skarang nie..huu
ReplyDeleteWahhh mmg baik lelaki tu..tak tackle che akak bila ckp tak kawen lg..just membantu..
ReplyDeletealhamdulillah aiza jumpa lagi llki yang baik mcm tu.zaman skrg nie mmg susahla nak jmpe yg mcm tu sbb banyak yg suka ambik kesempatan
ReplyDeletebetul tu kak.. tp kan skrg mungkin masih ada yg mcm tu cuma kita salah sangka dgn niat dia.. yela, zaman skrg ni makin scary.. kena lebih berhati2.. huhu
ReplyDeletekebaikan kekadang dtg dgn sendiri.... so jom kita buat baik dgn semua......
ReplyDelete<--- tak pernah pula jumpa perempuan baik yang tolong kita tukarkan tayar. ehhh
ReplyDeletebetul tu.. agak susah gax nak tukar tayar tuu.. :)
ReplyDeletealhamdullilh..nasib baik ada lelaki baik cm tukn kak..
ReplyDeleteBaiknya dia kakk... semoga dia diberi ganjaran olehNya
ReplyDelete