10 June 2013

10 Petua Keselamatan di Jalan Raya

Assalamualaikum,

Kemalangan di jalan raya pada setiap hari amat membimbangkan. Walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak berwajib untuk mengurangkan kadar kemalangan, namun yang paling utama adalah sikap pemandu itu sendiri. 

Sebenarnya semua orang sudah tahu petua keselamatan jalan raya ini, sebab masa kursus nak dapatkan lesen dulu memang dah belajar. Tapi ramai yang mengabaikannya kerana menganggap ianya remeh.  Aku kongsikan 10 petua keselamatan ini sebagai peringatan kepada diri aku sendiri dan anda juga:

1. Rancang perjalanan anda
Periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalananan. Pilih waktu yang sesuai, contohnya keluar pada awal pagi untuk ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan

Patuhilah had laju yang telah ditetapkan. Jangan hanya sampai di kawasan yang dipasang AES sahaja nak perlahankan kenderaan. 

3. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong
Jangan sesekali memotong di garisan berkembar. Anda bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malahan juga pemandu lain yang berkongsi jalan raya dengan anda.

4. Berhenti apabila lampu isyarat merah
Patuhi lampu isyarat yang dipasang. Bersedia untuk berhenti jika lampu isyarat bertukar kepada warna oren, bukannya terus memecut. 

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain
Jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan dengan jarak selamat terutamanya ketika cuaca hujan. Ini dapat memberikan ruang kepada anda untuk membrek sekiranya kenderaan di hadapan anda membrek secara mengejut. 

6. Periksa cermin dan berikan isyarat sebelum melakukan pertukaran lorong
Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. Jangan lupa bagi isyarat (signal) dan pastikan keadaan selamat barulah lakukan pertukaran lorong. 

7. Ikut lorong anda. Jangan memotong barisan
Elakkan memandu di lorong kecemasan. Kadang kala terdapat kenderaan lain yang berhenti di lorong berkenaan sebab rosak.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan
Orang lain pun nak cepat juga. Jadi jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keselamatan orang lain. 

9. Sentiasa memberi keutamaan kepada pejalan kaki dan penunggang motosikal

Perlahankan kenderaan apabila melihat pejalan kaki sedang melintas. Pesanan kepada pejalan kaki juga, melintaslah di lintasan pejalan kaki dan gunakan jejantas yang disediakan. Kepada penunggang motosikal jangan suka mencelah, kadang kala pemandu kereta tak perasan anda.

10. Yang paling utama, sabar ketika memandu
Jadilah pemandu yang berhemah. Bagi yang beragama Islam banyakkan berzikir. Hanya kita yang mampu mengubahnya. 

Sumber : Website JKJRGambar - Google

^_^

34 comments:

  1. fuh.. boleh jadi polis trafik ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk info ni. Hrp kita semua boleh jd pemandu berhemah :)

    ReplyDelete
  3. Perkongsian berguna :) mmg kadang2 time memandu tu naik marah juga bila jumpa pemandu kurang ajar kan..sabar..

    ReplyDelete
  4. Paling benci di situasi no.8 tue..tak dak sifat sabar langsung..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut semua ini insya-allah boleh selamat kan Aiza...

    ReplyDelete
  6. ada satu lagi nak tambah , senantiasa pandang ke hadapan , nak sembang pun tengok le depan

    ReplyDelete
  7. betul tu setuju sgt!, tq share yer

    ReplyDelete
  8. betul2.. :) jadilah pemandu y berhemah ^^

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kongsi info ni kak :D

    ReplyDelete
  10. hehe, tapi kalau bawa slow pun bahaya jugak...

    ReplyDelete
  11. hihi....betol tu geng..:)
    pandu cermat jiwa selamat...hahaha

    ReplyDelete
  12. semua bermula dr sikap kan?
    nice tips

    ReplyDelete
  13. yg n0 8 tu mmng kejam ..kita yg tgk nie plk risaukan di0rg ..

    ReplyDelete
  14. wahhh.. thanks sharing. . no 8 tu bahaye

    ReplyDelete
  15. Thankss for sharing kakak manisss.
    Tetiba anis teringat gelagat masyarakat manusia di Bandung masa anis ke sana. Diorang sangat cermat ketika di jalanraya, walaupun jalannya sesak penuh kenderaan, tapi anis boleh tabik spring pada mereka, tak pernah sekali pun penting kan diri sendiri and hormat satu sama lain, and yg plg pnting, kadar kmlangan jalanraya di sana minimum sgt. :)
    Kita masyarakat Malaysia perlu buka minda, buka mata, contohi mereka. :)

    ReplyDelete
  16. info yang berguna sis..

    ReplyDelete
  17. nice sharing..ehehe
    bahaya kalau potong sbelah kiri. selalu jd kat highway

    ReplyDelete
  18. setuju sgt dengan ptua dan tips kt atas 2..mnusia ni, kdg2 je fham dgn praturan..yg no9 tu mmg ptt diberi keutamaan :)

    ReplyDelete
  19. yup...btl2.. nampak benor nyer dia dgr btl2 time ceramah sal undang2 di jalan raya nie..hehe

    ReplyDelete
  20. wah2... tips berguna ni... rasanya ramai dah tahu... tapi tak ramai yg nak amalkan... kat Malaysia ni kalau dah dok dalam kereta mereka takkan kenal org... kereta sebelah depan dan belakang kahupun tepi mcm musuh... nak masuk tak reti nak bagi laluan... dan yg nak masuk laluan org pon tak reti nak terima kasih... mcm angkat tangan ke...

    psssttt : berapa ramai rakyat Malaysia memandu atau penumpang kenderaan memakai tali pinggang keledar untuk tujuan keselamatan????????

    ahahahha... rata-rata yang pakai tali pinggang keledar semata-mata takut kena SAMAN bukan??? termasuk saya... ekeke

    ReplyDelete
  21. Perkongsian yg menarik. Walaupun ramai yang dah tahu petua2 di jalan2 raya namun ramai yg tak mampu menjadi pengguna jalan raya yg bijak.

    Sejujurnya saya juga ada pengalaman terbabas dan eksiden kat lenggong(tahun 2010) dan Grik(2012) Perak

    ReplyDelete
  22. Kadangkala karakter manusia brubah ketika di jalan raya...itu persoalan yg selalu wan pikir. Xtau kenapa...ermmm

    ReplyDelete
  23. kekadang tu kite lupe...bile udah ateh jalan tu....asik nak mecut je.... tak bulih le oghang salah sikit.....errrr.pesanan ikleh daghi awok utk semue termasuk awok...

    ReplyDelete
  24. setiap hari ada je kes kemalangan yg terjadi.. risau betul.. setiap orang kena peka ngan keselamatan di jalan raya.. selagi boleh elak, kita cuba elak :)

    ReplyDelete
  25. Lum ada entry baru ke ni...urmm komen dua kali boleh tak? hehe ^_^

    ReplyDelete
  26. Panduan yang baekk. Tapi saya salu bawa slow je. Sampai kena hon. Haha

    ReplyDelete
  27. setuju....kena selalu berhati2...... malang tak berbau......

    ReplyDelete
  28. banyak belajar dengan ayah,,sekarang jadi pemandu racing dah..

    ReplyDelete
  29. Ramai pemandu suka langgar lampu merah & potong kat double line. Ish2~ bahaya betul!

    ReplyDelete
  30. Bermanfaat sekali informasinya nih non ,,

    ReplyDelete
  31. yang penting sekali adalah SABAR..hehe..itu knci utama..kalau tak terlalu rushing sangat mmg inshaaAllah lancar la perjalanan..nice tips..


    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^