17 June 2013

Trauma

Assalamualaikum,

Trauma
Trauma - achieveemotionalfreedom.com
Kisah yang aku ingin kongsikan hari ini adalah kisah benar yang berlaku kepada kakak kawan aku. Nama sebenar sengaja aku ubah bagi menghormati mangsa. Semoga ianya menjadi iktibar terutamanya kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan wanita yang lain. 

Petang itu kakak kawan aku, Kak Lina menghadiri mesyuarat di Damansara. Mesyuarat pada hari itu tamat pada jam 6.00 petang. Setelah selesai solat Asar, Kak Lina memandu ke Bank CIMB terdekat untuk mengeluarkan wang tunai disebabkan keesokan harinya dia akan pulang ke kampungnya. 

Suasana di Bank CIMB pada masa itu kelihatan lengang sahaja memandangkan jam telah menunjukkan ke angka 7.00 malam. Setelah mengeluarkan wang, duit itu dimasukkan ke dalam beg tangannya dan Kak Lina tergesa-gesa menuju ke keretanya. 

Tiba-tiba seseorang menarik tubuh Kak Lina ke tepi. "Serahkan beg kau kepada aku, kalau tidak aku bunuh kau." gertak seorang lelaki. Kak Lina merasa sangat terkejut apabila melihat seorang lagi lelaki mengacukan sebilah pisau ke lehernya. 

Lelaki yang mengacukan pisau merampas beg tangan Kak Lina. Manakala lelaki yang masih memegang Kak Lina memegang butang baju Kak Lina. "Kau ambillah beg aku, tapi tolong jangan apa-apakan aku." rayu kak Lina. Rayuan Kak Lina tidak dipedulikan, syaitan telah menguasai diri lelaki itu. "Ha.. ha.. ha.. rezeki dah ada kat depan mata aku, takkan aku nak menolak." balas lelaki itu angkuh. 

"Tolong.. tolong.." jerit Kak Lina sekuat hatinya sebelum lelaki itu memekup mulut Kak Lina dengan tangannya. Tak terdaya Kak Lina nak melawan lelaki itu. Di dalam hati Kak Lina hanya berdoa kepada Allah SWT agar ada insan yang mendengar jeritannya dan datang membantunya. 

"Apa yang kau orang buat ni?" tiba-tiba sergah suara seorang lelaki. Kedua-dua peragut itu terus melepaskan Kak Lina dan melarikan diri. Syukurlah dua orang pak cik datang di saat Kak Lina hampir hilang segalanya. 

"Tolong saya pakcik. Mereka dah ragut beg saya dan cuba mencabul saya juga." balas Kak Lina sambil menangis teresak-esak. Kedua orang pak cik itu kebetulan dalam perjalanan ke surau, tiba-tiba mereka mendengar suara  perempuan meminta tolong dan segera datang ke situ. 

"Syukurlah awak selamat. Pak cik bawa awak ke balai polis." kata salah seorang dari pak cik itu. Setelah membuat laporan polis, kawan aku pergi mengambil kakaknya di balai polis. 

Sejak kejadian itu, hampir seminggu Kak Lina tidak ke pejabat kerana trauma. Siang dan malam dia hanya menangis sebab ketakutan. Nasib baik la mak dan ayah dia datang menemaninya. "Kita kena percaya kepada qada dan qadar Allah SWT. Pasti ada hikmahnya di atas apa yang telah ditimpakan kepada kita. Bersyukurlah sebab Allah SWT masih sayangkan Lina." pujuk ibunya. 

Alhamdulillah kini Kak Lina telah bekerja seperti biasa. Namun dia akan cuba pulang awal bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi. Sehingga kini Kak Lina masih belum berumahtangga walaupun usianya dah mencecah 36 tahun. 

^_^

75 comments:

  1. sekarang ni kena berhati-hati kalau nak keluar sorang lebih-lebih lagi nak ke bank..syukur kak lina tak di apa-apakan..

    ReplyDelete
  2. subhanallah. peringatan untuk diri sendiri dan rakan wanita yang lain.

    ReplyDelete
  3. Kesiannya... dah macam drama cuma satu dia org baik masih ada insan yg memberi pertolongan...

    ReplyDelete
  4. mmg kne berhati2, tambah pulak klu jln sorg2..risau nyer...

    ReplyDelete
  5. trauma mmg bahaya
    kesannya lebih teruk dr sakit fizikal
    kanak2 kalau kena trauma boleh bw sampai ke dewasa :)

    ReplyDelete
  6. ya allah ngeri nyer... nauzubillah.. huhuhhu...

    ReplyDelete
  7. kesian dia...tu yg sy tkt kalu nk g atm mlm2...sy rela g msk pasaraya drpd pegi bank kecuali da terdesak

    ReplyDelete
  8. Minta dijauhkan dari perkara2 yg x diingini brlaku pd kita & ahli keluarga kita...
    Perkara mcm ni mmg bleh buat Trauma & rase sakit hati...
    Tp Alhamdulillah, Mangsa masih selamtakn... Psl Beg tangan 2, mcmmane? dpt balik x?

    ReplyDelete
  9. pastikan berteman kemana jua anda pegi.. terutama pegi bank

    ReplyDelete
  10. mcam2x kan sekarang ni... dah la merompak, nak mencabul plk tu. Moga2x Allah sentiasa melindungi kita semua dari perkara yg buruk... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. saya org lelaki pun takut nak keluar waktu malam , saya x akan pergi ATM waktu malam , saya akan tekan duit waktu pejabat , tak berani woo , kebanyakan wanita berkerjaya yg belum kawin , mmg mereka ada ego , berani jalan sorang , keluar malam , inilah padah nya , apa salahnya ambik duit tu esok nya sebelum bertolak balik kampung kan ? Kena seklai baru rasa takut kan ?

    ReplyDelete
  12. mmg trauma seumur hidup rasanya kalau kena begitu.. masyaallah kesiannya pada beliau.. semoga beliau tabah

    ReplyDelete
  13. Ya Allah, kesian kak lina. Moga2 dia terus kuat and tabah.
    Serius trauma kalau perkara centu jadi kat kita, terumatama sasarannya semua kaum wanita. Allah. Moga kita sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Amin.

    ReplyDelete
  14. masyaAllah..bahaya betul skrg ni..

    ReplyDelete
  15. ya Allah . alhamdulillh Allah bantu kak lina . kalau sy pun trauma dh nk jalan sensorang

    ReplyDelete
  16. kurang ajar punya manusia, potong tangan baru tau!

    ReplyDelete
  17. my brother kan baru je kena last week...sampai berjahit kepala dia kak...uurghhh...ngeri...tp kalau sy memang sy bagi terus je apa yg saya ada...better buat gitu dari nyawa yg melayang

    ReplyDelete
  18. @dilaella Ella
    betul tu dila.. syukur dia dah ok sekarang ni..

    ReplyDelete
  19. @fyna
    berhati-hati walau ke mana sahaja pergi..

    ReplyDelete
  20. @Kakzakie
    alhamdulillah dia selamat.. betul tu kakak, dia memang seorang yang baik..

    ReplyDelete
  21. @Hafiza AizZawa
    elakkan berjalan berseorangan di tempat yang sunyi atau ketika waktu orang tiada.. mungkin bahaya menanti..

    ReplyDelete
  22. @Zura Lee
    berhati-hati walau ke mana kita pergi..

    ReplyDelete
  23. saya rasa macam nak upah sorang bodyguard la kak..hoho.. senang nak lindungi ssaya..hehe..

    takut juga.. hilang duit tak apa..kalau dia buat macam2.. naya.. T__T

    alhamdulillah la kan ada hamba 2 orang tu datang..kalau tak.. huhu..takut2

    ReplyDelete
  24. @Khai♥Rin : anies
    seeloknya tak pergi waktu begitu.. kecuali kalau dah terdesak sangat ajak seseorang temankan..

    ReplyDelete
  25. @Giorgio Izas
    alhamdulillah dia selamat.. tak dapat balik beg tu sebab tak dapat dikesan pun peragut tu..

    ReplyDelete
  26. @zakirasli ..
    insya-Allah zaki.. selagi ada manusia yang bertopengkan syaitan macam ni memang tak aman..

    ReplyDelete
  27. @Normi Nieza
    betul tu cik nor.. bahaya berseorangan pada waktu begitu..

    ReplyDelete
  28. @abg cik
    betul tu abg cik.. kena fikirkan keselamatan diri juga.. jangan disebabkan ego sanggup menjadi mangsa..

    ReplyDelete
  29. @Nies alhaQ
    alhamdulillah dia dah ok sekarang ni anis.. cuma ianya tetap menjadi sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan seumur hidup..

    ReplyDelete
  30. @firohar
    kena berhati-hati walau ke mana pun kita berada..

    ReplyDelete
  31. @Mardeeya
    pengajaran untuk kita supaya lebih berhati-hati selepas ini.. elakkan berseorangan di tempat yang sunyi..

    ReplyDelete
  32. @Tedi
    akak pun geram dengan peragut tu..

    ReplyDelete
  33. @AiSyA LiEzA
    kena berhati-hati supaya tak menjadi mangsa manusia bertopengkan syaitan macam tu..

    ReplyDelete
  34. @cik kaki ketawe
    syukur la selamat, tapi mesti traumakan.. semoga dia cepat sembuh.. betul tu, bagi je duit atau barang kemas yang ada asalkan nyawa tak melayang..

    ReplyDelete
  35. @Nana Liena
    ok juga cadangan nana tu.. mesti rasa selamatkan bila dah ada orang escort.. hehe..
    betul tu.. hilang duit takpe.. tapi nyawa hilang tiada ganti..
    itulah, alhamdulillah ada orang datang di saat dia dalam kesusahan..

    ReplyDelete
  36. @Nao Mei
    walau dimana pun berada kena berhati-hati.. sekarang ni kita tak dapat menjangka ragam manusia ni..
    alhamdulillah dia dah pulih sekarang ni walaupun trauma..

    ReplyDelete
  37. kesiannya kak lina.... hurm.. sama2 kita doakan agar hati dia dikuatkan....

    ReplyDelete
  38. Nasib baik la x sempat jadi benda yg tak elokkan akak..kesian kat dia..semoga kawan akak tue tabah..

    ReplyDelete
  39. Takutnyaaa. Aida kalau nak keluar, memang berteman. Memang jarang sangat2 keluar sorang. Takutttt. Manusia sekarang lagi menakutkan dari hantu. Huhu~

    ReplyDelete
  40. kesiannyer dier... kena lebih hati2 skang ni !

    ReplyDelete
  41. ya Allah...syukur tak brlaku bnda buruk tu, kna sntiasa ingat tiap apa yg brlaku ada himahnya dan tiap apa prbuatan ada hukumnnya.

    ReplyDelete
  42. @♥ Mrs. Secretary ♥
    betul tu farah.. Allah swt masih sayangkan dia..

    ReplyDelete
  43. @Aida Ismail
    akak setuju sangat.. kalau hantu kita baca ayat kursi insya-Allah lari.. kalau manusia lebih teruk dari hantu jahatnya..

    ReplyDelete
  44. seramnya akak...takut pun ada...kita perlu berhati-hati...

    ReplyDelete
  45. macam-macam kak dunia sekarang ni kan . hmm .. makin tak selamat.

    ReplyDelete
  46. subhanallah..truk jugak trauma kakLina ni..smoga Allah mmberi kekuatan la kt dia..kalau bleh, biarlah khwin, nnti ada suami yg sntiasa bersama dia..mgkin tkot pn da kurang nnti..prancangan Allah tu lbh baik..

    ReplyDelete
  47. Kene lebih hati2 sekaghang ni.... Naseb baek kak Lina tu tak ape2.... Duit boleh cari.... Tapi nyawaaaaaa...... Mmg tak gune la oghang jenis camni.... Keje meragut...... Menyusahkan oghang......

    ReplyDelete
  48. Kalau saya, lebih baik bagi wang. Tak berbaloi cedera satu badan hanya kerana duit tak seberapa.

    Sebab tu saya kalau boleh ada la RM50 dalam dompet ni. Khas untuk beri pada perompak kalau kena. Namun saya berdoa agar kejadian seperti ini tidak terjadi kepada saya, keluarga, rakan-rakan, dan juga bloggers sekalian.

    ReplyDelete
  49. Kesiannya, macam-macam boleh berlaku sekarang ni...kena lebih berhati-hati...

    ReplyDelete
  50. wuish. alhamdulillah semua selamat. bahaya zaman sekarang, manusia kian tiada rasa berperikemanusiaan. mintak dijauhkan. insyaALLAH. amin

    ReplyDelete
  51. sebagai pringatan kita bersama, susah la jika trauma tu buat si perempuan tidak lagi percayakan lelaki smpai lum kahwen... Moga kak lina sembuh spenuhnya dari trauma tu..
    Sedikit tips: Belajar teakwando or seni ptahanan diri. Girl korang dalam bhaya jadi penting tuk korang belajar pthankan diri korang...

    ReplyDelete
  52. Alhamdulillah, kakak tu sempat diselamatkan...
    Smoga Allah sentiasa melindunginya & ditemukan jodoh nya..

    ReplyDelete
  53. sebagai wanita kita kena sentiasa berhati-hati. Bahaya ada di mana-mana. Syukurlah Kak Lina terselamat :)

    ReplyDelete
  54. Syukurlah kak lina terselamat harga dirinya. Inilah yg dibimbangi, dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. seboleh2nya elakkan dari menghampiri tempat yg sunyi kecuali jika dalam kumpulan yang ramai atau ditemani.

    ReplyDelete
  55. CJM kalau keluar kena bawak abg atau adik lelaki...especially waktu malam...mmg x selamat...nasib ada abg & adik lelaki temankan..syukur sgt2... =)

    ReplyDelete
  56. assalam,

    mana lah tak trauma, kalu jadi kat kita pun tentu trauma jugak... iktibar untuk kita semua..kalu berjalan atau keluarkan duit kat bank pastikan keliling selamat, bukan ditempat sunyi..

    ReplyDelete
  57. kathy pun pernah alami kisah macam ni sis. tapi ketika tu berlaku kat rumah mak mertua kathy.alhamdulillah,nasib baik tak jadi apa2 walau seluruh badan kena raba dan hp di samun. walau dah 5 tahun berlalu namun kesan traumanya masih terasa hingga kini. kathy kerap kali terjaga dalm jam3-4 pagi,masa yang sam dengan kejadian itu..

    ReplyDelete
  58. Syukur, Alhamdulillah, Selamat Akhirnya ...
    Sebagai pengajaran, urusan berkaitan dengan wang biarlah dilaksanakan ketika persekitaran masih lagi terdapat ramai manusia ...

    ReplyDelete
  59. Syukur takde ape2. Minta Allah saja membalas atas perbuatan terkutuk si 2 peragut tu.

    ReplyDelete
  60. kena ati2 yer kak... tp alhamdulillah xde pape berlaku dkt kak lina yer..

    ReplyDelete
  61. Ya Allah! kalau nina pun confirm trauma dibuatnya macam tu. huhu. kita kena berhati2 selalu. semoga DIA sentiasa melindungi kita......

    ReplyDelete
  62. alhamdulillah takde apa yg berlaku pd kak lina...takut bila bce kisah mcm nie.dunia skrg mcm2 boleh berlaku,kena lebih berhati2..smga allah melindungi kita semua

    ReplyDelete
  63. kena sentiasa hati2 walau dimana kita berada......

    ReplyDelete
  64. waaa takutnyaaaaa..nak nangis sy baca..takut kena kt diri sndri..

    ReplyDelete
  65. Ya Allah...takutnya...kesian dia..memang trauma la...bahaya dimana² sekarang ni...

    ReplyDelete
  66. Cerita pasal ni, wan sndr penah kena. Masa tuh dekat CM. Budak skolah menengah lagi wan time tuh. Wan kena paw ngan 3 org indon. RM700 melayang...diorg dtg dkt2 acu pisau...trus amik wallet ngan henfon. Smp skrg masih takut lg...

    ReplyDelete
  67. Kena lebih berhati2 semasa keluar dari bank atau atm.ada mata yg memerhati dan kita mungkin menjadi mangsa.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^