Assalamualaikum,
Pada hari Ahad minggu lepas aku mengikut kakak aku ke kenduri kahwin adiknya di Perak. Walaupun sederhana, tetapi tetap meriah. Tak perlu bermewahan untuk majlis perkahwinan. Cukuplah sekadar jamuan makan dengan menjemput saudara-mara dan sahabat-handai.
Pelamin yang simple tapi menarik |
Sebahagian dari barang hantaran |
Dah lama rasanya aku tak merasai kenduri kahwin seperti ini sebab ianya dibuat secara bergotong-royong. Kebanyakan kenduri kahwin sekarang ini menggunakan khidmat katering sahaja. Di tempat aku panggil "penanggah" untuk istilah orang yang bergotong-royong tu.
Orang kampung bergotong-royong |
Aku pergi makan sahaja sebab sampai di Perak masa tu dah dekat pukul 12.00 tengahari. Memang hari itu tak dapat la aku berdiet, siap ambil nasi dan lauk yang agak berminyak lagi.
Juadah yang disediakan |
Sebelum balik anak saudara aku sempat pula menconteng ucapan Selamat Pengantin baru di buku tetamu yang disediakan.
Sesi menconteng buku tetamu |
Yang menariknya tuan rumah menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Aku pun tak berkecuali join juga, alhamdulillah bertuah la juga sebab nombor aku (23) dicabut. Dapat la mug besar.
Hadiah cabutan bertuah |
^_^
kesederhanaan adalah yg terbaik
ReplyDeleteberlebih2 kadang2 membazir
rindu zman selalu tlg jd penanggah :)
memang sana sini kenduri kahwin...
ReplyDeletebersederhana tu lebih bagus..cantik pelamin purple tu ^^wah akak dpt cabutan bertuah ^_^
ReplyDeletepcl dari perak jgk @ Parit Buntar, ..selalunya mmg masyarakat kampung buat gotong royong...sedap masakan depa, puas hati makan...tapi sekarang ni susah nak jumpa kenduri mcm tu lg kalau ada kira bertuah la walau kenduri kecilan saja tetap nampak meriahnya..
ReplyDeleteye...sederhana tapi meriah lebih elok dari buat besar2an tapi ada je tak kena,tak cukup makanan la,apa la..hehehhe...
ReplyDeletekenduri sana sini..btw best kan mkn kat knduri..hehhhe.bertuah lah akak ni..apa kat dalam 2????heheh
ReplyDeleteDulu kenduri kahwin buat gotong royong, memang meriah, kt sini ktorang panggil kendarat.
ReplyDeleteSkang ramai yg guna katering tp still meriah jgk..
Bila lah akak Teena nak kahwin ni, x sabar nk mkn nsik minyak dia..
ni kira dah grand la ni, Tedi byk kali ikut Master gi kenduri xde pelamin. :) Adat2 ni nyusahkan org je kan? Buat pun sebab saudara-mara bising itu ini, macam mereka punya kenduri la pulak. Tapi nak wat camne, tetap saudara-mara. Maslahnya skrg ni tunang pun ada yg mcm kenduri kawin, siap ada cenderamata lg...
ReplyDeletePendapat Tedi la, mintak2 xde sapa2 terasa. :)
@Nao Mei
ReplyDeletedah lama aiza tak merasa gotong-royong ni.. ianya baik sebab merapatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan..
@Sop
ReplyDeletebetul tu sop.. sop pun ada pengalaman jadi penanggah juga ya..
@Mia Liana
ReplyDeletebetul tu kak mia.. sampai dah tak terkejar..
@dilaella Ella
ReplyDeletebetul tu dila.. yang penting yang wajib..
@PakcikLie PCL
ReplyDeletebetul tu PCL.. masakan mereka masak tu sedap..
@Kathy Rbain
ReplyDeletesetuju sangat..
@ikhwan yusuff
ReplyDeletekenyang dengan makan kenduri je.. alhamdulillah, akak dapat mug je ikhwan..
@Teena Tna
ReplyDeletetak lama lagi kahwin la dia.. hehe..
@Tedi
ReplyDeletesetuju sangat.. bersederhana lebih baik.. tapi ikut pada kemampuan juga.. :D
bestnye kerja kawin :) nampak kerjasama dalam gotong royong :)
ReplyDeletekeren
ReplyDeletewah kelas akak,,siap ada cabutan bertuah lagi.. tahniah kat akak..
ReplyDeleteBezt ni kak.. tkpe kak. sekali sekala mkn bnyak . hehe
ReplyDeletehe3..besederhana 2 lbh dberkati Allah kan..sy tringin nk mkan masakan knduri khwin..dh lma xmkan..
ReplyDeletejarang kut ada cabutan bertuah masa mjlis khwin.. ^^ :) sederhana kan lebih elok ^^
ReplyDeletekat kg ipah gotong royong kiteorg pggl rewang.kendarat pulak pggln utk org yg bantu smsa berlangsungnya majlis.seronok time rewang tu,rsa meriah sangat..btw tahniah dpt hadiah cabutan bertuah...
ReplyDeleteCongrats utk pengantin yaa.
ReplyDeleteSeronokkan kenduri bila bergotong royong ni. Dapat mengelak berlaku pembaziran yg berlebihan. And dapat mengeratkan ukhwah sesama jiran tetangga. :)
Bestnya siap ada cabutan bertuah.. meriah..
ReplyDeleteWan suka kenduri yg mcm ni. Dah lama tak rasa suasana gotong royong. Zaman skrg semua katering yg buat. Tak brapa meriah sgt. Tapi bolehlah...
ReplyDeletekat kg kita kerja kawin masih guna khidmat 'rewang' org kg tau..
ReplyDeletesimple je pelamin, tp ttp cantik...
ReplyDeletebiar simple dan sederhana...janji meriah dgn tetamu.....
ReplyDeleteOhh kat tempat akak panggil penanggah eh? Kat sini kalau gotong-royong kenduri orang panggil rewang. Hehe~ ^^ pelamin cantik! Simple but sweet gitu~
ReplyDeletehehe..saya tak tahu pula 'penanggah' mak abah pun panggil gotong royong o rewang..sbb dah lama ddk selangor agaknya..hehe
ReplyDelete