14 June 2013

Lihat dengan Mata Hati

Assalamualaikum,

Salam jumaat kepada rakan-rakan semua. Hari ini aku ingin kongsikan mengenai satu cerita yang mungkin dapat membuka minda kita untuk berfikir. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. 

Aiman sedang bermain di atas lantai, manakala ibunya sedang leka menyulam di atas kerusi. Aiman melihat hasil sulaman ibunya dari bawah. Lalu dia pun bertanya, "Apa yang sedang ibu lakukan?" Ibunya menjawab, "Ibu sedang menyulam." 

Sulaman tangan - Google
Aiman berasa sangat hairan lalu bertanya lagi, "Tapi untuk apa ibu? Aiman melihat hasil sulaman ibu sangat buruk. Yang kelihatan hanya benang-benang yang berserabut sahaja." Ibunya hanya tersenyum lalu berkata, "Cuba Aiman berdiri dan lihatlah sulaman ibu dari atas." Aiman hanya menuruti kata ibunya dan berdiri di hadapan hasil sulaman itu. 

Alangkah terkejutnya Aiman apabila melihat hasil sulaman ibunya dari pandangan atas. "Cantiknya sulaman yang ibu buat jika dilihat dari sudut atas. Sedangkan ianya kelihatan sangat buruk jika dilihat dari bawah." kata Aiman. 

Moral : Begitu jugalah kehidupan seharian kita. Kadang kala kita melihat dan menilai sesuatu perkara itu hanya dari satu sudut sahaja. Sedangkan di satu sudut yang lain tersimpan hikmah yang tersirat. Oleh itu, lihatlah sesuatu perkara itu menggunakan mata hati kita, pasti pandangannya berbeza. 

^_^

65 comments:

  1. termotivasi pagi ni.. nice sharing... :)

    ReplyDelete
  2. Pandangan mata selalu menipu...pandangan akal selalu tersasar...pandangan nafsu selalu melulu...pandangan hati itulah yang hakiki...kalau hati itu bersih...thanks for the sharing, aiza.

    ReplyDelete
  3. Perbandingan yg sangat indah utk dijadikan renungan dlm hidup kita ini Aiza.

    ReplyDelete
  4. penat2 org menyulam, blh dia ckp buruk yerk..mmg nk kena sekeh budak tuh.. hahaah...

    ReplyDelete
  5. cerita bermotivasi utk hari jumaat :)

    ReplyDelete
  6. btul tu, kita tak boleh menilai dari satu sudut sahaja. huhu
    p/s : entry baru, yay! >.< http://bloggadisbrutal.blogspot.com/2013/06/20-aku-sebenarnya-perogol-keyboard-part.html

    ReplyDelete
  7. Cerita rekaan tetapi membawa maksud yang mendalam..lihatlah dengan mata hati..

    ReplyDelete
  8. kena pandang sesuatu tu dari sudut yang berbeza...

    ReplyDelete
  9. Apapun, semuanya berbalik pd hati. jika hati bersih, insyaAllah semua akan ok.

    ReplyDelete
  10. saya selalu macam Aiman juga.. sekali pandang terus buat macam2 andaian..padahal dari sisi lainnya cantik.. :)

    ReplyDelete
  11. terbaik cerita ni sis..ada pngajaran..

    ReplyDelete
  12. nice entry kak :) . kdg2 kite pun pandang org pada sudut yg buruk je, lupe nak tgk yg baik nye :)

    ReplyDelete
  13. bakat boleh bawa ke tengah nie......kena cara leh tambah pendapatan.....rajin + usaha = rezeki.

    ReplyDelete
  14. Menusuk ke kalbu terus...
    Tapi manusia ni mmg kdg2 suka melihat dari satu sudut jea...
    Semoga cerita ni dpt mnjadi satu teladan buat kita semua... InsyaALLAH... (^_^)

    ReplyDelete
  15. wah bagus betul n3 ni dear !

    ReplyDelete
  16. betul...dlm kehidupan ni kita kn pndng dr pelbagai sudut...jgn hanya menilai dr satu sudut saja...buruk tak semestinya tetap buruk...cantik tak semestinya kekal cantik...:)

    ReplyDelete
  17. sebab tu x semua boleh dikira melalui logik akal semata...

    ReplyDelete
  18. Melihat atau memerhati dari sudut yg berbeza membolehkan kita memahami hikmah yg tersirat di sebalik hakikat yg tersurat.

    ReplyDelete
  19. btol 2 :) mcm manusia jgk..wlwpn luaran xcntik..dlman in.shaa.Allah cntik..apa pn kena pndang dr plbgai sdut..

    ReplyDelete
  20. :') jgn mudah menilai sesuatu sblm melihatnya dgn jelas :')

    ReplyDelete
  21. nilailah sesuatu dgn kata akal,pandanglah seseuatu dgn kata hati

    ReplyDelete
  22. remy suka entry nie.... tengok dgn mata hati....... baru telus ...

    ReplyDelete
  23. nice story.. first time dgr...

    ReplyDelete
  24. @Maria Firdz
    terima kasih.. semoga mendapat manfaat.. :D

    ReplyDelete
  25. @Kakzakie
    terima kasih kakak.. semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini..

    ReplyDelete
  26. @Sop
    semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini sop.. :D

    ReplyDelete
  27. @Elih J
    betul tu elih.. semoga mendapat manfaat dari kisah ini..

    ReplyDelete
  28. @zakirasli ..
    akak setuju dengan pandangan zaki.. hati adalah pusat badan kita..

    ReplyDelete
  29. @Nao Mei
    aiza setuju dengan pandangan cik akak..

    ReplyDelete
  30. @Nana Liena
    kena banyakkan bersabar (pesanan untuk diri akak juga).. lihat dan nilailah sesuatu dengan mata hati, pasti berbeza..

    ReplyDelete
  31. @fyna
    insya-Allah.. semoga semua mendapat manfaat dari cerita ini..

    ReplyDelete
  32. @Nurul Ain
    thanks ain.. kena lihat kelebihan seseorang juga, selalunya kita hanya lihat dari sudut kekurangan dia je..

    ReplyDelete
  33. @raider150
    insya-Allah.. semoga cerita ini memberi manfaat kepada semua..

    ReplyDelete
  34. @Giorgio Izas
    insya-Allah.. semoga menjadi teladan untuk semua..

    ReplyDelete
  35. @Kesuma Angsana
    terima kasih KA.. semoga memberi manfaat kepada semua..

    ReplyDelete
  36. @Mime MF
    akak setuju sangat.. terima kasih di atas pandangan mimie.. :D

    ReplyDelete
  37. @Tedi
    ya betul tu tedi, perlu lihat apa yang tersurat dan tersirat juga..

    ReplyDelete
  38. @shameel Iskandar
    betul tu.. bukannya menilai dari segi luaran sahaja..

    ReplyDelete
  39. @S.K.A
    betul tu adik fais.. kecantikan luaran tak mencerminkan keperibadian dalam diri.. kena pandang dari setiap sudut..

    ReplyDelete
  40. @AiSyA LiEzA
    betul tu AL.. perlu nilai dari pelbagai sudut.. :D

    ReplyDelete
  41. @Remy hazza
    terima kasih remy.. semoga mendapat manfaat..

    ReplyDelete
  42. @pha is
    semoga mendapat manfaat dari cerita ni..

    ReplyDelete
  43. @Zura Lee
    hehe.. sabar aje la budak tukan.. semoga cerita ni memberi manfaat kepada semua..

    ReplyDelete
  44. thanks sharing,, pertama kali bce kisah nie

    ReplyDelete
  45. Tapi manusia sekarang suka menilai dari satu pihak je kan kak? Tanpa mengambil kira satu pihak yang lain. Btw, nice entri kak. ^^

    ReplyDelete
  46. Melihat dgn mata hati.. anugerah Allah buat insan yg memikirkannya. T kasih diatas perkongsian yg baik utk renungan.
    watsons & watsons di sini.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^