Assalamualaikum,
PUTRAJAYA: Kira-kira 400,000 pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan pelbagai spesies termasuk 5,000 pokok bunga Orkid bakal menghiasi Persiaran Tasik, Presint 2 di sini, pada Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya 2013) bermula 22 hingga 30 Jun ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata festival bertema 'Bunga Orkid - Khazanah Tropika' itu akan mempamerkan lebih 200 spesies, kultivar dan hibrid orkid dalam bentuk taman dan gubahan.
"Floria Putrajaya kali ke-6 ini bakal mewarnakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini sebagai 'intelligent garden city' dengan kepelbagaian flora yang berwarna-warni dan menonjolkan identiti Putrajaya sebagai sebuah Bandar Dalam Taman dan Bandar Bunga-bungaan," katanya pada prapelancaran Floria Putrajaya 2013, di sini, hari ini.
Tengku Adnan berkata, lebih sejuta pengunjung domestik dan pelancong asing dijangka datang pada festival kali ini.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr J Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md Ikhsan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, Presiden Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing.
Floria Putrajaya adalah pameran bunga dan taman berbentuk festival yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan disokong Kementerian Wilayah Persekutuan.
Festival itu yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat, mempamerkan produk komersil industri hortikultur dan landskap, pertunjukan taman, demonstrasi oleh pereka taman dan pertunjukan bunga-bungaan dari dalam dan luar negara.
Tengku Adnan berkata, penganjuran Floria Putrajaya 2013 akan menampilkan beberapa konsep dan elemen baharu yang lebih kreatif dan inovatif seperti ‘longest landscape vertical wall’, perarakan bot berhias, 'Magic of The Night', Taman Diraja, Taman Inovasi, dan Taman Jamuan Teh.
Selain itu, beliau berkata, lebih 200 aktiviti akan diadakan sepanjang sembilan hari festival termasuk ceramah dan bengkel perkebunan, demonstrasi gubahan bunga, pertandingan fotografi, lukisan cat air, penghasilan kraf tangan dan lain-lain.
Katanya, sebanyak 50 ruang niaga akan disediakan bagi pengusaha dalam industri berkaitan memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka.
Sementara itu, Aseh berkata, PPj mahu menjadikan Floria Putrajaya satu jenama yang unggul dalam pertunjukan bunga-bungaan di peringkat antarabangsa seperti Chelsea Flower Show di London.
"Selaras dengan usaha untuk menjadikan Putrajaya Bandar Dalam Taman, Floria Putrajaya menjadi serampang dua mata iaitu meningkatkan keindahan Putrajaya dan dalam masa yang sama menggalakkan industri pelancongan negara," katanya.
Floria Putrajaya 2013 akan menampilkan 23 peserta dari 18 negara iaitu Afrika Selatan, Australia, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea, Myanmar, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan Vietnam serta tuan rumah Malaysia. - BERNAMA
Sumber : Berita (BH), Gambar (PPJ)
^_^
untungnya siapa yg dekat dengan Putrajaya boleh tengok banyak pelbagai spesis bunga..:)
ReplyDeleteBestnya..firda tk pernah pg lagi...
ReplyDeleteStart esok lah ye kak? Akak pergi eh?
ReplyDeleteMenarik jugak kan.
kalau bunga-bunga ni, mak saya suke la.. sy suke tengok je.. kalau ade orang bg, suke jugak :D
ReplyDeletepuhhhh...naseb baek le opis awok tak terlibat.....lege..... kalo tak kompem awok kat sane sekaghang ni...
ReplyDeletecantik kan sis?
ReplyDeleteSekali je pergi Putrajaya..teringin nk pergi lg..
ReplyDeletedekat putrajaya tak jerebu ea?
ReplyDeletemcam best je festival ni. :D tp, tnjuk bnga je ke.... saya minat bnga orkid.. sbb cntik :)
ReplyDeleteesok dah start rupanya.insyaallah kalau berkesempatan nak pergi jugak..
ReplyDeletewahh seronoknye :)
ReplyDeletesemoga dengan adanya bunga bunga segar ini, jerebu akan segera berkurangan..
ReplyDeleteBestnye kalau dpt pergi, mesti lawa kann.... Untunglaa spe rumah dekat putrajaya..
ReplyDelete@dilaella Ella
ReplyDeletedila pun boleh datang juga.. :D
@Firdawati Rashidi
ReplyDeletejom la pergi sekali.. mesti tenang je tengok bunga-bungaan..
@Nies alhaQ
ReplyDeleteya adik.. akak tak pasti dapat pergi ke tak.. banyak urusan keluarga..
@Nurul Ain
ReplyDeleteayat last tu memang betul ain.. akak pun suka kalau ada orang sudi bagi .. hihi.. :D
@D_08
ReplyDeleteselalu tahun sebelum ni terlibat ya? kalau ada masa, bawa la isteri dan anak-anak tu datang..
@Kathy Rbain
ReplyDeletebetul tu kathy.. tahun lepas aiza pergi 2kali.. memang cantik..
@Mieza Jhaa K
ReplyDeletejemput la datang sini lagi mieza.. ajak mr.k tu jalan2 tengok bunga di putrajaya.. hehe..
@asliner
ReplyDeletetak teruk macam di johor dan melaka..
@zakirasli ..
ReplyDeletejemputlah datang zaki (macam akak jadi tuan rumah pula).. bunga orkid memang cantik.. :D
@latifah zainal
ReplyDeletejom ramai-ramai pergi sana ipah.. aiza tak tahu nak pergi bila.. hehe..
@Aku Penghibur
ReplyDeletejom pergi acik.. :D
@azman/santai
ReplyDeleteharap2 macam tu la.. hehe..
@Teena Tna
ReplyDeleterumah jauh pun boleh datang juga teena.. jemput la datang ya.. hehe..
wah cantikkan...pernah pergi sekali je tu pon tahun 2010,,:)
ReplyDeleteCANTIKNYA BUNGA-BUNGA TU...
ReplyDeleterasa nak pergi juga
ReplyDeletetp jerubu cam ner agaknyer.. hehe
semangat berkobar2 nak pergi... hehehe nak snap gambar... hajat nak snap gambar bunga waktu siang belum tercapai lagi sampai ke hari ni...
ReplyDeleteuntung la sape dpt pergi..hmm sy tringin nk pergi..nk bwak mak sy skali..sbb dia suka bunga :) lawlh umah dkt ptrjya kn best..hu3
ReplyDeletekat putrajaya yea.. nak pegi nak pegi.. nak tengok bunga.. hehee~ kak aiza pegi tak?
ReplyDeleteBestnyaaaa. Teringin nak pergi. Tapi jauh. Hukhuk~
ReplyDeleteada program dean nak bawa students ke opening ceremony Floria, tapi kitorang ramai tak nak pergi.. hehe.. sbb kawan yg duduk kat PJ kata best pergi dekat last2 nak habis Floria :)
ReplyDeleteWaaaahhh...wan juga peminat bunga. Berazam utk tanam lebih banyak thn ni. Untung aiza...wan masih tak sehat...kalau tak, mst dh smp umah mertua wan kat sana. Leh singgah...
ReplyDeleteDamai aje bila tgk bunga....
ReplyDeletesaya tag awak...
http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/06/segmen-doodle-comel-by-fizgraphic.html
malam tadi remy pi tgk perasmiannya.... wow !!!! ohsem sesangat...... hari nie pi lagi kut....... sebab dekat dgn rumah.....
ReplyDeletesukanya dgn bunga..^_^
ReplyDeletetpi duduk jauh..emm
wiken aritu nk pegi td jerebu teruk plk..so terpaksa dok umh dendiam...
ReplyDelete