Assalamualaikum,
Namun setiap kanak-kanak mungkin berbeza tahapnya, sama ada cepat atau lambat bercakap. Semoga petua yang aku akan kongsikan ini berguna untuk ibu bapa amalkan agar anak anda cepat bercakap:
- Selalulah bercakap dengan anak anda walaupun mereka tidak mempedulikan anda dan sibuk bermain. Jangan berputus asa untuk terus berinteraksi dengan si kecil dan ulang sesuatu perkataan itu berkali-kali di hadapannya. Lama-kelamaan pasti anak anda akan terikut-ikut dan meniru apa yang anda ucapkan.
- Gunakan ayat yang pendek dan mudah disebut. Jika anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang untuk bertindak balas.
- Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.
- Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepadanya.
- Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
- Jadilah pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh si kecil. Jika sebutannya tidak jelas, bantulah dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkannya.
- Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.
- Jika si kecil sudah mula bercakap atau menyebut satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat dan sebutan yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?”.
- Jangan memaksa si kecil bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.
Selamat mencuba kepada anda yang dah ada anak.
^_^
wahh :) nanti kalau ada anak boleh gunakan nie , comel ^_^
ReplyDeleteGud sharing akak..boleh jadikan panduan utk ajar Emir..♥
ReplyDeletehihi.. suka dengan tips akak, nanti mama try kat Cik Sufi ye..
ReplyDeletethanx akak... :)
Terbayang saya ada anak..bestnya.. anak sdara sy pn cepat boleh bcakap dn pandai sebut macam2 sbb mak dia suka layan..suka bercakap dengan dia..
ReplyDeletebagus tips ini boleh dicuba oleh ibu2 yang mempunyai anak kecil atau anak yang lambat bercakap
ReplyDeletebiasanya anak akan memanggil ibunya dahulu.. perkataan pertama biasanya adalah mak
ReplyDeleteanak kedua zura lmbt sikit blh bercakap...nnt nk try guideline yg aiza share nih.. tq..
ReplyDeletetakde baby kecik kat rumah ni.. yg ada kucing2 je.. mmg selalu dibawa bercakap mcm budak2 pun.. takut pandai bercakap lah pulak kucing tu lepas tu.. hehehe
ReplyDeletethanks for sharing.. mmg blh ajar, tapi setiap anak ada perkmbangan yg berbeza.. :)
ReplyDeletesgt2 setuju...kesian tgk ada parents yg mcm paksa2 ank2 depa utk belajar bercakap..
ReplyDeletetq kak...anak saya da bleh mengeja
ReplyDeleteBanyak tips itu ada kebenarannya sebab dulu kakak buat itu semua..
ReplyDeletenanti dah kahwin pastu dah ada anak, boleh praktikkan nie..
ReplyDeletenak ajar anak cakap english dari kecik
ReplyDeletekrole selalu bwa baby zahrah bersembang...em stuju sgt ngan entri aiza ni...gunakan ayat2 pndek...agar bla baby dengar dia faham~ mimik muka pula mmg penting...bla krole tukar lampin baby zahrah...selalunya krole bwa sembang, takut dia nangis...bab mimik muka pula smpai baby zahrah ketawa2 hahaha...mcm dah boleh msuk rajalawak ni LOL :)
ReplyDeletevery gd sharing ni tq yer !
ReplyDeletebetul tu kak..kita kna selalu sembang dgn mereka..:)
ReplyDeletepetua yang baik..boleh diamalkan kepada yang dah ada anak.. :)
ReplyDeletehahahah..betul2 tu akk.. sllu ckp ngn dia.. ringanlah mulut dia nak berckp.. ekkekeke
ReplyDeletehanya ibu bapa yang th kemampuan anak mereka dan perlu bertindak sewajarnya.. yg penting jgn memaksa.. fiza akan guna bile ada ank nnt.. >.<
ReplyDeletePerkongsian yg amat berguna kpd ibu-bapa dan bakal ibu -bapa.
ReplyDeleteCepat-cepatlah buat anak comel la
ReplyDelete@Aku Penghibur
ReplyDeletesemoga ianya berguna nanti acik.. :D
@♥ Mrs. Secretary ♥
ReplyDeletecubalah nanti farah.. mana tahu ianya menjadi..
@Norhasniza Khalid
ReplyDeletecubalah mama.. akak berkongsi sahaja..
@Mieza Jhaa K
ReplyDeleteinsya-Allah akan ada nanti.. seronokkan bila bercakap dengan budak yang cepat bercakap.. sampaikan kita pula tak terlayan..
@Noor Mala Shahar
ReplyDeleteinsya-Allah.. semoga ianya bermanfaat..
@azman/santai
ReplyDeleteye ke? baru aiza tahu.. terima kasih berkongsi..
petua yang boleh diamalkan oleh mereka yang dah ada anak :)
ReplyDelete@Zura Lee
ReplyDeletecubalah zura.. mana tahu jika menjadi..
@aisya
ReplyDeletehehe.. agaknya kalau mereka pandai bercakap mesti terkejut kita dibuatnya..
@Maria Firdz
ReplyDeletebetul tu.. kita terus berusaha dan mencuba yang terbaik untuk mereka..
@Khai♥Rin : anies
ReplyDeletekalau dipaksa sangat nanti budak tu jadi taku pula.. tak bagus juga untuk perkembangan psikologi mereka..
@duniafana
ReplyDeletealhamdulillah.. berapa umurnya?
@Kakzakie
ReplyDeletealhamdulillah kakak..
@Bahrain Ramlan
ReplyDeleteboleh cuba praktikkan nanti ya..
@Abg Cek
ReplyDeletebagus tu.. mereka didedahkan dengan bahasa inggeris sejak awal.. macam diri aiza sendiri pun tak reti sangat bercakap dalam bahasa inggeris ni..
@krole
ReplyDeletebagusnya.. boleh jadi bapa mithali krole ni.. :D
@Kesuma Angsana
ReplyDeletesemoga mendapat manfaat dari perkongsian ini..
@siti ZAHARA
ReplyDeleteterima kasih zara..
@Nao Mei
ReplyDeletemesti anak buah cik akak manja dengan cik akak ni.. seronok dapat mak saudara yang sporting macam cik akak.. hihi.. :D
@blackrosehunter
ReplyDeleteterima kasih.. semoga mendapat manfaat..
@AiSyA LiEzA
ReplyDeleteAl pun ada anak saudarakan? dah praktikkan la ya.. akak je tak berpeluang.. anak saudara semua dah besar..
@Hafiza AizZawa
ReplyDeleteinsya-Allah.. semoga bermanfaat perkongsian ini..
@shameel Iskandar
ReplyDeletesemoga ianya bermanfaat untuk dipraktikkan..
@tarmizi
ReplyDeleteinsya-Allah.. pesanan kepada semua suami isteri yang dah berkahwin sahaja..
@puteri kasih
ReplyDeleteinsya-Allah puteri.. semoga dapat diamalkan oleh ibu bapa yang ada anak kecil tu..
anak anak akak semuanya cepat boleh bercakap. setahun lebey dah mula sebut perkataan.
ReplyDeletemungkin sebab rumah baby sitter tu ramai kanak kanak kot.
@wantie
ReplyDeletealhamdulillah kak..
betul2. tips yg bagus :D
ReplyDeletesatu perkongsian yg sangat bagus :)
ReplyDeleteBoleh Giorgio praktikkan bile ade anak nnt... He3... (^_^)
ReplyDeleteperkongsian yang berguna kak :)
ReplyDeleteanak rose suka sebut "papa"..."mama"
ReplyDeletebest ajer dgr...
hehe...yg no.7 tu mmg berguna utk CJM...bkn sja kanak2..malah org dewasa pon doleh kan kak? haha
ReplyDeleteSweetnya lahaiiii. Teringin ada anak sendiri, nak merasa cemana susahnya ummi ayah membesarkan anis dulu. :')
ReplyDeleteterbaik sis..ni mesti kalau sis ada anak,cepat je bercakap sebab sis praktik info2 ni...
ReplyDeleteanak jagaan mamaD, Afni memang petah bercakap..dia cepat dapat tangkap.., takda pelat ...sebab masa kecik dah mula ajar sebut dengan betul dan jelas.
ReplyDeletehe3..nice sharing kak Aiza :) nk cuba bt la kt anak sdra sy..sllu je dgr dia ckap sorg2..
ReplyDeleteHehe. Nanti ada anak, boleh la praktikkan ni. Tenkiu for sharing kak :)
ReplyDeleteLagi 2 bulan dan boleh start ajar...... yahoo
ReplyDeletex sabar plak nak try.. haha
ReplyDeleteTq yea nice info.... Yang paling penting kena banyak bersabar kan....... :)
ReplyDeleteTips yang menarik! Terima kasih kerana berkongsi. Anak saya umur 19 bulan baru mula berjalan. Tapi dah boleh ckp sikit-sikit.
ReplyDeleteJemput jenguk blog saya
http://souqvitamin.blogspot.com