23 June 2013

Sepetang di Floria Putrajaya 2013

Assalamualaikum,

Floria Putrajaya 2013 kembali lagi. Tengahari semalam aku berpeluang untuk berkunjung di sana untuk hari pertama ianya diadakan. Alhamdulillah cuaca cerah walaupun ada sedikit jerebu di sekitar kawasan Putrajaya. 

Disebabkan ramai orang yang mengunjungi Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan pun memang penuh dengan orang ramai termasuk kanak-kanak sekolah. Aku mengambil keputusan untuk bersolat Zohor di surau  Taman Tasik Empangan (depan PICC) bagi mengurangkan kesesakan. 

Kemudian aku meneruskan misi menapak di Presint 2 yang dipenuhi dengan bunga-bungaan pelbagai variasi dan warna. Tempat meletak kenderaan yang disediakan hanya berhadapan (seberang jalan)  dengan Floria Putrajaya 2013.  

Memang rasa sangat tenang berada di tengah lautan bunga-bungaan macam tu. Jika tahun lepas aku berkunjung pada hari terakhir Floria Putrajaya 2012, bunga dah banyak yang layu. Aku kongsikan beberapa gambar yang sempat dirakamkan semalam (dah cuba kecilkan saiz sebab kalau saiz besar lambat pula loading).. 

Floria Putrajaya 2013
Pintu masuk ke Floria Putrajaya 2013
Floria Putrajaya 2013
Variasi bunga Orkid
Floria Putrajaya 2013
Pelbagai jenis bunga-bungaan
Floria Putrajaya 2013
Pameran Antarabangsa
Floria Putrajaya 2013
Replika serangga dibuat dari bahan terbuang seperti botol dan tin minuman
Floria Putrajaya 2013
Jualan pelbagai jenis bunga dan pokok
Floria Putrajaya 2013
Orkid warna ungu
Secara keseluruhannya, aku berpuas hati pada hari pertama di Floria Putrajaya 2013. Kepada rakan-rakan blogger dan orang ramai yang kelapangan, jom ramai-ramai mengunjungi Floria Putrajaya 2013. Maklumat aktiviti ini seperti berikut: 

Festival Bunga dan Taman (Floria Putrajaya) 2013
Tarikh: 22-30 Jun 2013
Lokasi: Presint 2, Pesisiran Putrajaya
Tema: Orkid - Khazanah Tropika

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Khamis)
9.00 pagi- 12.00 tengah malam (Jumaat - Ahad)

YURAN MASUK: PERCUMA

^_^

64 comments:

  1. harini mcm nk pegi tp jerebu lah pulak

    ReplyDelete
  2. kalau ada kelapangan..nak juga pergi nanti. Tapi dengan musim jerebu ni, berfikir dua tiga kali gak..hehe

    ReplyDelete
  3. wahhhh bestnya jalan jalan tengok bungga ,,,sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  4. lama dah plan nak gi floria ni..tapi tak sampai-sampai..hehe

    ReplyDelete
  5. bestnyer sis..kathy tak pernah lagi jejak festival2 mcam ni...hati2 sis..bawa bekal air kosong sekali...

    ReplyDelete
  6. bessnyer kalao dapat pergi kan

    ReplyDelete
  7. lawoooo...wahhhh...semapt lagi bergambo celah2 bunga yee.... cik Mizz Aiza

    ReplyDelete
  8. bestnya kak.. best kalau dapat pegi. huhu

    ReplyDelete
  9. @puteri kasih
    betul tu puteri.. jerebu semakin teruk pula hari ni..

    ReplyDelete
  10. menariknya! hehe :D insya-Allah akan pergi.. harap2 ada peluang :)

    ReplyDelete
  11. oo mak aii,, bestnya, boleh guling-guling nyanyi lagu hindustan

    ReplyDelete
  12. @Aku Penghibur
    memang sejuk mata akak memandang kecantikan bunga-bunga tu acik..

    ReplyDelete
  13. @blackrosehunter
    jom la pergi tahun ni bawa family.. lambat lagi nak habisnya..

    ReplyDelete
  14. wahhh...cantik bunga, purple..^_^

    ReplyDelete
  15. @Kathy Rbain
    terima kasih kathy.. hari ni jerebu kat sini pun dah semakin teruk..

    ReplyDelete
  16. @chinta
    best la juga adik chinta.. jom la pergi..

    ReplyDelete
  17. @D_08
    hehe.. sekali-sekali menyelit kat celah bunga tu..

    ReplyDelete
  18. @Amanina Mads
    jom la pergi.. panjang lagi masanya..

    ReplyDelete
  19. amboi kak....bukam main kak...posing..hehe

    ReplyDelete
  20. Bestnya kak. Aida suka la kak bunga2 ni. Colorful gitu. ^^ Tapi tak dapat la nak pergi. Sebab jauh. Lagipun jerebu teruk kat Johor ni..

    ReplyDelete
  21. wah~ orkid tu mmg cantek...jelez sgt kat aiza...krole tak dpt p...jauh r~~~ hm...blala anjuran bgini ada kat sabah~~~

    ReplyDelete
  22. indahnya,,kapan ya saya pergi berlibur ke malaysia

    ReplyDelete
  23. semua bnga tu cntik2x kak.. tp, saya suka bab yuran tu: PERCUMA!! :D

    ReplyDelete
  24. jerubu kuat tu...ramai x yg pergi..

    http://sendiri.net/semangat-melayu-boleh/

    ReplyDelete
  25. wah seronoknya dapat pergi sana,cantik lah kak bunga orkid ungu tu :)

    ReplyDelete
  26. @Haruno Hana 하나
    banyak yang menarik.. tapi kena tengok keadaan cuaca juga hana.. masa akak pergi semalam jerebu sikit je.. hari ini akak dengar semakin teruk..

    ReplyDelete
  27. @Norhasniza Khalid
    betul tu.. nak buat video klip lagu hisdustan memang sesuai sangat.. hehe..

    ReplyDelete
  28. @Cik JariManis
    sekali sekala adik.. hehe.. mencelah belakang pokok je..

    ReplyDelete
  29. @Aida Ismail
    kat sini pun dah kena jerebu aida.. tapi masa akak pergi semalam tak teruk sangat..

    ReplyDelete
  30. @krole
    kena request dengan kerajaan negeri sabah la kot.. hehe.. kat sabah pun banyak bunga yang cantik-cantik..

    ReplyDelete
  31. @Rizal Uye
    boleh saja berkunjung ke malaysia jika ada kelapangan..

    ReplyDelete
  32. @zakirasli ..
    zaki kena datang tengok sendiri la kot, ada juga jualan bunga tu.. banyak pokok orkid sebab tema orkid tahun ni..

    ReplyDelete
  33. @sendiriDotNet
    semalam saya pergi jerebu tak kuat sangat.. pergi semalam hari pertama, ramai la juga.. tapi jika dibandingkan dengan saya pergi pada tahun lepas iaitu pada hari terakhir lagi ramai orang..

    ReplyDelete
  34. @dilaella Ella
    akak suka juga bunga orkid ungu tu dila.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  35. ingaat nak pergi juga ttp dah jerebu x jadi.. hehhe

    ReplyDelete
  36. cantikla orkid warna unggu tu..eee..geramnya..nak p tngok..

    ReplyDelete
  37. dah dua malam remy kesana....... sebab mlm lebih cantik dgn lampu berwarna warni......

    ReplyDelete
  38. bestnya kalau dpt pergi :) dh lma nk prgi sbnarnya..cuma xbksmpatan je lg..cntik bunga2 tu

    ReplyDelete
  39. suka tengok bunga cantik semuanya...
    tapi jauh dan berjerebu...

    ReplyDelete
  40. untungnya dapat pergi n tengok keindahan flora-flora :)

    ReplyDelete
  41. beautiful place, bunga nya indah2, saya pengen ke sana, makasi akak atas informasinya

    ReplyDelete
  42. best la penduduk putrajaya.. x pernah pegi lg...

    ReplyDelete
  43. datang menyapa adalah rutinitas yang tak terpisahkan dari dunia bloger.
    apa lagi dengan berkunjung akan menambah pengetahuan saya tentang hal hal menarik sperti yang ada dalam blog ini. dan tak lupa tentunya klik iklan karena dengan demikian blog sobat akan tetap eksis

    ReplyDelete
  44. wah selamat ya mis, salam kenal aja kunjungan perdana ni.

    ReplyDelete
  45. waa... cantik nyee bunga ! :)

    ReplyDelete
  46. Sedihnyaaaa... xsempt pun bawak ma pergi sini. Sb kerja sabtu. Ma balik kelate pulak hari sabtu ptg. Ma suka sgt bunga2 nih

    ReplyDelete
  47. @Sop
    masa aiza pergi tu jerebu baru sikit je.. sekarang dah bertambah tinggi IPU..

    ReplyDelete
  48. @siti ZAHARA
    jom la pergi zara.. tapi kena tengok cuaca juga la.. jerebu kuat sekarang ni..

    ReplyDelete
  49. @Remy hazza
    bestnya remy.. insya-Allah aiza pun nak cuba pergi malam juga la.. tapi tak tahu bila..

    ReplyDelete
  50. @Nao Mei
    jom la pergi cik akak.. tapi jerebu kuat sekarang ni.. hihi..

    ReplyDelete
  51. @S.K.A
    kalau ada kelapangan tu jemputlash datang ke putrajaya ni.. banyak lagi gambar bunga yang lain.. yang tu sebahagian je fais.. akak nak upload semua nanti takut lambat pula loading.. hehe..

    ReplyDelete
  52. @Noor Mala Shahar
    jika ada kelapangan dan cuaca dah ok jomlah datang.. sampai 30 jun 2013, banyak masa lagi..

    ReplyDelete
  53. @asliner
    jom la pergi tengok juga adik.. sejuk mata akak memandang flora-flora tu.. :D

    ReplyDelete
  54. @all about indonesia
    sama-sama.. jemputlah datang ke putrajaya..

    ReplyDelete
  55. @Hafiza AizZawa
    jom pergi.. ajak family sekali.. tapi tengok cuaca juga ya..

    ReplyDelete
  56. @teha
    jom la pergi adik.. check dulu cuaca sebelum pergi tu..

    ReplyDelete
  57. @NinaAz
    banyak lagi masa nina.. sampai 30 jun 2013.. boleh ajak ma nina pergi..

    ReplyDelete
  58. akak nampak saya tak? Saya pun sempat pegi jg hr tu. Huhu :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^