31 May 2013

Bermunajat di Sepertiga Malam

Assalamualaikum,

Gambar sekadar hiasan - Google
Solat adalah rukun Islam kedua yang merupakan tiang kepada agama seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” 
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Jika rosak ibadat solatnya maka akan rosak dan runtuhlah amalan ibadat yang lain yang diikat oleh tiang solat tersebut. Ibadat solat lima waktu telah difardukan kepada setiap umat Islam melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj iaitu pada 27 Rejab, 18 bulan sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. 

Qiamullail bermaksud ibadat yang dilakukan pada malam hari, sebaik-baiknya sepertiga akhir malam. Antara ibadat dilakukan adalah solat sunat pada waktu malam atau lebih dikenali solat sunat tahajud, berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

Gambar sekadar hiasan - Google
Kelebihan qiamullail dinyatakan seperti dalam hadis Rasulullah SAW:

“Allah SWT turun ke langit dunia pada setiap malam ketika mana berbaki sepertiga malam yang terakhir lalu berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.”  
(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Waktu inilah juga Allah SWT memperkenankan doa dan permintaan hamba-Nya. Gunakanlah peluang ini untuk berinteraksi dengan Allah SWT. Ceritakanlah kesedihan kita alami dalam kehidupan dan pohonlah petunjuk daripada–Nya.

Jika kita melakukan dosa maka pohonlah taubat dengan sebulat hati, semoga segala dosa yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak diampunkan Allah SWT.

Sumber : Berita Harian


(Auto publish)
^_^

31 comments:

  1. Waalaikumssalam =) subhanallah sayangnya ALLAH kt kita..wlwpn dosa 2 pnuh 1lautan..ttp diampun jika bertaubat..pkgsian yg menarik..alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. allah sentiasa menyayangi hambanya...tanpa kita sedar,sebenarnya kita lupa akan dia...masyallah..

    ReplyDelete
  3. saya solat mmg susah nak tinggal , tapi subuh je mmg liat , kalau tak niat nak solat subuh sebelum tidur malam mmg miss

    ReplyDelete
  4. nak bangun tengok bola ke apa ke masa 1/3 malam ni senang aje, tapi kalau nak bangun buat qiam? sabar ajela..

    sama2 kita usaha baiki diri :)

    ReplyDelete
  5. Begitulah kalau kita merasa kita ini memerlukan bantuan DIA kenalah tidak sayang utk meninggalkan sebentar bantal utk bermunajat..

    ReplyDelete
  6. Perkongsian menarik ni :) bukan semua orang dpat buat solat qiamullail ni.. mklumlah jd liat nk bngun wktu pkul 2-3 cmtu.. tp, kalau ada kesungguhan pasti blh :)

    ReplyDelete
  7. semoga kita sentiasa memperbaharui taubat setiap hari....insya Allah.

    ReplyDelete
  8. Time nie la doa mustajab dan time nie jgk la ramai yg masih dibuai mimpi (temasuk aniq Bukhary) Huhu.
    Btw, thankz mengingatkan :)

    ReplyDelete
  9. Entry yg baik. Thanks aiza. Sebelum ni wan agak rajin buat qiam kt umah...tp lately payah dah. Letih pny pasal. Apapun tuh bukan alasan, kan. Apapun, kena pasang niat selalu...

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang bagus di pagi Jummat.. ;p

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang amat berguna kpada kita semua..slamat beramal..

    ReplyDelete
  12. @Tedi
    jam 3.30 pagi atau 4 pagi sehingga ke sebelum subuh..

    ReplyDelete
  13. macam rumah... takde tiangnye... takde le naik rumahnye...... bukan kecik2 anak2 lagi dah.....

    ReplyDelete
  14. Allah sedia menerima taubat dari kita.. :)) malah merinduinya...

    ReplyDelete
  15. amat berguna sekali .. :) kita uasaha kita dapat :) Allah selalu ada dengan kita

    ReplyDelete
  16. Best bangun pukul 3 pagi. Lepas solat, terus online. ngeh ngeh :)

    ReplyDelete
  17. info berguna....tqvm sis...

    ReplyDelete
  18. jom sama2 perbaiki diri. susah nk buat tp nk sgt jadikan amalan.. huhu

    ReplyDelete
  19. terima kasih atas peringatan tu.. great entry!! :D

    ReplyDelete
  20. seronak qiam waktu sepetiga malam sbb terasa sunyi dan tenang je..

    ReplyDelete
  21. sya dah lama tak buat solat malam..huhu.. dulu time nak exam baru ingat..macam2 dah nazar..tapi..? huhu..entah lah..
    thanks ingatkan.. ^^

    ReplyDelete
  22. Dulu masuk je tahun peperiksaan mmg kerap bangun solat malam..

    ReplyDelete
  23. Nice sharing. Betul tu akaka. Pernah dengar tak, kalao kita tiba2 terjaga di tengah malam dr tidur, tu tandanya Allah kejutkan kita utk buat solat malam hari. Terserah pd iman kita utk memilih yg mana. Kadang diri ni rasa kerdil sgt. Bila terbangun, ada niat, tapi tidur semula. Smoga lepas ni lebih kuat untuk amalkan.
    Memang benar, perkara baik ni, rasa susah sgt nak buat, sebab syurga Allah tu bukan free of charge, tapi mahal harganya.
    Tapi, untuk dapatkan redha Allah kene usaha lebih.
    'Biar susah sedikit kerana Tuhan.' :')

    ReplyDelete
  24. alhmdlh..x sia2 singgh sini..prkongsian y baik..thanks kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^