19 May 2013

Bila Boss Jadi Pengintip

Assalamualaikum,

Kisah yang aku ingin kongsikan hari ini kisah benar yang telah diceritakan semula kepada aku. Nama sebenar sengaja aku ubah bagi menghormati pencerita. Ianya berlaku ketika Ain mula-mula masuk kerja  di sebuah agensi Kerajaan. Ain ditempatkan bersama seorang staf di dalam sebuah bilik. Di unit tempat Ain bekerja cuma ada 5 pekerja termasuk boss Ain sendiri.

Kerja di situ memang agak stress memandangkan bilangan staf pun sedikit, tapi Ain kuatkan semangat demi mencari rezeki yang halal. Siapa kata kerja kerajaan senang? Kat tempat kerjanya hinggakan kadang-kala terpaksa pulang lewat atau bawa balik kerja ke rumah sebab nak siapkan kertas kerja yang boss akan bentang pada keesokan hari.

Sesekali boss Ain juga akan turut pulang lewat atau keluar setelah mereka semua pulang. Lazimnya sebelum boss Ain punch out, dia akan menunaikan solat Asar di pejabat terlebih dahulu. Memang rutin hariannya begitu. 

Pada suatu hari ketika waktu rehat Ain berbual dengan rakan sebiliknya Miza. Tiba-tiba Ain ternampak sisa pelekat di celah meja kerjanya. Alangkah terkejutnya apabila ditarik pelekat itu, perakam suara terjatuh. "Siapa yang lekatkan perakam suara ni kat meja kita?" soal Ain. Miza yang terkejut hanya menggelengkan kepala.

Perakam suara (Gambar sekadar hiasan) - Google
"Peliknya. Apa motif orang yang letak benda ni? Tapi nampak perakam ni dah lama diletak di sini sebab baterinya dah habis" Miza membalas. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. "Cuba kita periksa meja di bilik Amir dan Zul pula." Ain mencadangkan. Mereka keluar menuju ke bilik Amir dan Zul. Seperti yang dijangka, di meja Zul ada dilekatkan perakam suara itu juga. 

"Nampaknya seseorang sedang mengintip kita." Amir berkata dengan yakin. Amir mengambil perakam suara itu dan cuba memasang di laptopnya. Kedengaran jelas suara Ain berbual dengan Miza. "Kita mesti siasat. Siapakah dalang di sebalik semua ini? Mesti orang itu akan ambil perakam ni nanti." Ain bersuara. Perakam suara itu sengaja mereka lekatkan semula di tempat asal.

Petang itu Ain dan Miza berpura-pura punch out awal iaitu pada jam 5.00 petang. Ketika boss sedang solat asar, Ain dan Miza masuk semula dan bersembunyi di sebalik rak buku berhampiran pintu bilik mereka. Lama mereka menanti, namun tiada apa yang berlaku. "Kriuk.." Tiba-tiba bunyi pintu bilik Zul dan Amir dibuka oleh seseorang. Kelihatan boss yang masuk ke bilik mereka dan keluar dengan memegang perakam suara itu sambil memasukkannya ke dalam poket. Kemudian boss masuk ke bilik Ain dan Miza.

Ain dan Miza nekad untuk keluar dari tempat persembunyian mereka. Tiba-tiba boss membuka pintu untuk keluar dari bilik. "Apa yang you all buat di sini?" spontan boss bertanya. Mukanya kelihatan sedikit pucat sebab terkejut kot. "Saya tertinggal pendrive dalam laci. Cadangnya nak siapkan kerja di rumah. Boss buat apa dalam bilik kami?" soal Ain berani.

"Lepas solat Asar tadi saya dengar ada bunyi sesuatu kat dalam bilik you all.. Tu saya masuk siasat, takut ada perompak ke.." balas boss panjang lebar. "Kalau takde apa-apa saya balik dulu la." sambung boss lagi dan pergi dengan tergesa-gesa.

Setelah pasti boss balik, Ain dan Miza segera memeriksa di bawah meja mereka dan meja Amir, ternyata perakam suara itu telah hilang. Memang sah boss yang memasang perakam itu, tapi apakah motif dia berbuat demikian?

^_^

24 comments:

  1. Bos nak tengok anak buah dia kerja elok ke x, borak apa. hehe

    ReplyDelete
  2. bos nak pastikan keselamatan anak2 buah bos kot, tak pun bos nak curi dengar kot2 anak2 buah bos curi kerja.. hehe :D

    ReplyDelete
  3. mungkin bosnya pernah kerja di FBI

    ReplyDelete
  4. Agaknya bos tu nak record pekerja dia kot2 ada yang dok mengumpat dia.. hehe.

    ReplyDelete
  5. Wahh..bos boleh jd detektif nih..hehe

    ReplyDelete
  6. ade jugak bos yg nak buat gitu ek..takut kena gosip kot..hehe...

    ReplyDelete
  7. Bahayanya la kan..ahaha..kalau mamat psiko buat gitu kat saya..saya terajang aja.. =='
    apa ya motif dia? pasang ja la cctv..huhu

    Nana Liena
    dah logout blogger..jadi anon kejap..hehe

    ReplyDelete
  8. mungkin dia rindu suara staff dia... heheehe sampai nk buat balik kat rumah dengar

    ReplyDelete
  9. Ada jugak eh yang letak perakam suara ni. Ingatkan just letak camera je. Maybe boss nak tgk pekerja dia buat kerja atau tak ye kan kak. ;)

    ReplyDelete
  10. @Nao Mei
    boss tu memang nak tahu apa staf dia bualkan masa dia takde di pejabat..

    ReplyDelete
  11. @Norhaizam Mustaffa
    betul juga tu.. tapi memang melampau kalau kerja sampai tak boleh bercakap..

    ReplyDelete
  12. @Haruno Hana 하나
    betul tu, dia nak curi dengar perbualan, kot2 staf dia curi kerja..

    ReplyDelete
  13. @Aniq Bukhary
    alasan tu pun mungkin juga, kalau tak puas hati mesti ada mengumpat juga..

    ReplyDelete
  14. @latifah zainal
    mungkin juga.. kiranya cara halus la tu..

    ReplyDelete
  15. @Normi Nieza
    memang bahaya cik nor.. kena hati2..

    ReplyDelete
  16. @Anonymous
    akak sokong sangat.. kasi terajang je.. itu la, kalau nak elak pencuri masuk better pasang cctv terus..

    ReplyDelete
  17. @Aku Penghibur
    mungkin juga acik.. memang takde kerja betul boss macam tu..

    ReplyDelete
  18. @Nies alhaQ
    ada nis.. memang terjadi.. betul tu, dia nak tahu apa staf dia bualkan masa dia takde di pejabat.. baru tahu mereka buat kerja atau tak..

    ReplyDelete
  19. eeii tk bestnye dorang dapat bos kaki skodeng gitu..dia nk tau ada tk staff ngumpat pasal dia la tuh..

    ReplyDelete
  20. @Zura Lee
    itu la zura, betul la tu kot.. hihi.. :D

    ReplyDelete
  21. Something weird and wrong is happen. BEWARE...somebody might be watching you now. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^