23 May 2013

Kisah Bidadari Syurga

Assalamualaikum, 

Gambar sekadar hiasan - Google
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah). Baginda berkata: "Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga."

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi SAW kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor, Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, "Di manakah saya berada sekarang?" Lalu lelaki itu menjawab, "Inilah Syurga."

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini. Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya, "Adakah saudari Ainul Mardhiah?" Wanita itu menjawab, "Eh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana." 

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, "Adakah saudari ini Ainul Mardiah?" Wanita itu menjawab, "Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana."

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, "Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya." Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi."

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasululah SAW berkata: "Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga."

Nota:
Aku ada juga membaca bahawa wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga:
Daripada Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin." Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)" (Riwayat al-Tabrani)

Sumber :

^_^

37 comments:

  1. Good Sharing akak..means kta pun akan lebih cantik daripada bidadari kalau kta menjaga solat kan.. ;p

    ReplyDelete
  2. salam, itulah semangat mereka untuk berjuang fi sabilillah.

    ReplyDelete
  3. Saya suka dgar lagu nasyid ainul mardhiah nyanyian kump. UNIC :D

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu..

    Kak... Bila baca kisah ni.. terdetik dalam fikiran saya... 'Andai aku juga bisa menjadikan wanita secantik ini sebagai isteri'...bertapa bahagianya hidup ini..

    Tapi....

    Hati kecil saya berbicara sinis.. ' Mengharapkan seorang wanita yang cantik tapi diri ini penuh dengan dosa,serba kekurangan....

    Lainlah Para sahabat Nabi..
    bertapa dekatnya Sahabat dengan Allah..sedangkan diri ini..

    Dan terputus kepada diri sendiri : Carilah wanita yang dapat dekatkan dirimu dengan Allah..

    Akak rasa layakkah seorang lelaki bergantung kepada seorang wanita untuk mendekatkan dirinya kepada Allah ??? dan mampukan wanita itu??

    ReplyDelete
  5. Alangkah bertuahnya Para Sahabat...

    ReplyDelete
  6. So.. jadilah wanita yg terbaik walau tak mampu utk mencapai taraf seperti Ainul Mardhiah...

    ReplyDelete
  7. Tq sharing. Nina ada kawan y nama mardhiah. Sgt lemah lembut orgnya

    ReplyDelete
  8. great sharing dear..sgt bgs utk semua menbaca..:)

    *follow you

    ReplyDelete
  9. perkongsian menarik sis..

    ReplyDelete
  10. Subhanallah! Indah sungguh kan kak.
    Mmg benar, sebaik-2 wanita adalah wanita solehah.
    Masih jauh utk itu.
    Tp, disamping menjadi yg terbaik, cuba ikhlaskan diri. In shaa Allah :")

    ReplyDelete
  11. lelaki yg baik utk perempuan yg baik. Jadi pemilik Ainul Mardhiah pastinya lelaki yg sgt baik agamanya kerana sanggup menghulurkan nyawanya demi agama.

    ReplyDelete
  12. khadam bidadari pun dah cantik..hehe..
    sedap nama Ainul Mardhiah..
    so..jom ramai2 usahakan utk jadi wanita solehah.. :)

    ReplyDelete
  13. untungnyer kalau dpt bidadari syurga kan

    ReplyDelete
  14. aljhamdulilah :) wow mereka sanggat hebat ..bagaikan bidadari ..subhanaALLAH

    ReplyDelete
  15. @♥ Mrs. Secretary ♥
    betul tu farah.. dengan menjaga solat, puasa dan ibadat lain..

    ReplyDelete
  16. @PakcikLie PCL
    wmslm PCL.. tidak sia2 ganjaran untuk mereka yang berjuang ke jalan Allah swt..

    ReplyDelete
  17. @Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah
    pendapat akak, sebagai hamba Allah swt kita tak terlepas dari melakukan dosa.. sebab tu setiap hari kita harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan baik.. seperti firman Allah swt dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "sesungguhnya Allah swt tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka". jadi, kita tidak boleh mengharapkan orang lain jika ingin berubah. namun, boleh mencari seseorang yang boleh menjadi pemangkin untuk kita berubah dan mendekatkan diri kita dengan Allah swt, insya-Allah..

    ReplyDelete
  18. @NinaAz
    you are welcome nina.. mesti cantik rupa dan budi bahasa kawan nina tu, sesuai dengan pemilik namanya..

    ReplyDelete
  19. @Nies alhaQ
    akak pun sama juga nis.. terlalu jauh akak ke arah itu.. namun sedang berusaha ke arah itu.. insya-Allah nis.. :D

    ReplyDelete
  20. @Nana Liena
    ada anak nanti letak nama tu la nana.. insya-Allah nana..

    ReplyDelete
  21. @mamapp
    betul tu mama.. sangat untung lelaki yang dapat..

    ReplyDelete
  22. tau! pasal kisah Ainul Mardhiah :D really inspiring! :D nice share Kak Aiza :)

    ReplyDelete
  23. Terima kasih kak...pendapat yang sangat menenangkan jiwa saya..hehe

    ReplyDelete
  24. Wanita solehah adalah terbaik drpd bidadari kerana diangkat darjatnya oleh Allah.

    Oleh sebab itu juga, Allah menyatakan bahawa wanita solehah itu adalah permaisuri bg segala bidadari.

    Beruntungnya wanita kan...yg terhebat antara yg terhebat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^