03 May 2013

3 Cara Bersyukur

Assalamualaikum, 


Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran atau nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Syukur juga bukan hanya meliputi perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang menimpa (1).


Cara Bersyukur
Bersyukur - Google
Orang yang bersyukur adalah orang yang pandai melihat adanya nikmat walaupun sedikit dan kerana nikmat itu dia merasa tenang dan bahagia. Tiga cara bersyukur adalah seperti berikut (2):

1. Bersyukur dengan Hati
  • Hati menyedari dan merasakan adanya nikmat walau pun nikmat itu sedikit. 
  • Apa yang dirasakan oleh hati akan dizahirkan melalui senyuman dan wajah yang ceria. 
  • Mengetahui bahawa Allah SWT yang memberi nikmat dan akan berterima kasih kepada-Nya dengan cara bersyukur. 

2. Bersyukur dengan Percakapan/ Lisan
  • Kesyukuran lazimnya dizahirkan melalui ucapan terima kasih. 
  • Berterima kasihlah kepada Allah SWT melalui ucapan Alhamdulillah. 

3. Bersyukur dengan Perbuatan
  • Syukur dengan perbuatan adalah dengan cara mengguna atau memanfaatkan pemberian sesuai dengan fungsinya atau sesuai dengan maksud pemberiannya. 
  • Orang yang jujur dalam bersyukur akan menghargai pemberian dan tidak akan mensia-siakan atau membazirkannya. 
  • Manusia boleh mengolah berbagai perkara di alam sebagai nilai tambah 

Sumber:
(2) Syed Alwi Alatas (2013), Buku Bila Allah Menduga Kita, Must Read Sdn. Bhd.

33 comments:

  1. insyaAllah semoga kita semua sentiasa bersyukur and xpenah lupa utk bersyukur =)

    ReplyDelete
  2. Moral of story, kita kena jadi hamba yg bersyukur. Thanks yer atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mohd Ridzwan Abdullah - semestinya begitu.. you are welcome wan.. :D

      Delete
  3. gd sharing ni tq yer

    ReplyDelete
  4. Kita harus menyukuri apa yang sudah Allah berikan bagi kita karena semuanya adalah anugrah dari Allah :)

    ReplyDelete
  5. thank you :)
    sama2 mengingatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cik didiey - you are welcome didey.. akak mengingatkan diri akak juga.. :D

      Delete
  6. Yep, kita ni hamba kena bersyukur. So, there goes, Alhamdullilah ^^

    ReplyDelete
  7. kita diberi peluang bernafas lagi pun kira patut bersyukur juga..alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nana Liena - Alhamdulillah.. betul tu nana.. :D

      Delete
  8. thanx sebab tolong peringatkan benda ni..benda ni pernah belajar zaman sekolah dulu..tapi dah lupa..=D

    5 personaliti seorang bapa

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/05/5-personaliti-seorang-bapa.html

    ReplyDelete
  9. bersyukur dgn nimmat yg Allah berikan...... Alhamdulillah......

    ReplyDelete
  10. Orang yg bersyukur Allah akan tambah nikmat sebaliknya org yg kufur sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..

    Thankz atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  11. Sangat berinformatif. Kakak datang dari blog Aisyah Jahirah. Nak juga melihat penulis jemputan dia... follow juga sini ye ke 315 tu kakaklah..

    ReplyDelete
  12. @Ahmad Kamil
    you are welcome.. peringatan untuk diri saya juga..

    ReplyDelete
  13. Terimakasih atas postinganya sungguh bermanfaat :), have a nice day teman :D

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ni yer

    ReplyDelete
  15. Moga2 kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat yg Allah beri pada kita semua ^_^

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...memang tersangat lah bersyukur dengan segala nikmat Allah...moga Allah sentiasa melindungi dan menjauhkan kita dari sifat riak...dan ujub...biarlah snetiasa merendah diri dan bersyukur

    ReplyDelete
  17. saya sangat setuju sekali :D
    karena menurut saya kedamaian dalam hidup ini akan tercapai kalau kita mampu bersyukur atas apa yang telah Tuhan berikan kepada kita :)

    ReplyDelete
  18. Saya teringat soalan Pendidikan Islam ketika saya di tingkatan 2. Lawan kepada Syukur saya tidak dapat jawab.

    Semasa sesi perbincangan ustaz menerangkan syukur = terima kasih. Jadi lawannya tidak berterima kasih.

    Uhuks.

    Dan cara paling senang untuk kita bersyukur adalah dengan solat 5 waktu.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^