24 May 2013

11 Cara Membuka Hati yang Tertutup untuk Menerima Ilmu

Assalamualaikum,

Buku
Gambar sekadar hiasan - Google
Menuntut ilmu adalah fardu seperti hadis Rasulullah SAW dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."(1) Namun, tanpa kita sedari, kadangkala hati kita tertutup untuk menerima ilmu.

Bagaimanakah cara untuk membuka hati yang tertutup menerima ilmu? Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin, usaha-usaha berikut boleh diamalkan bagi membuka hati yang tertutup menerima ilmu yang benar (2):
  1. Mengutamakan mujahadah iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah SWT. Allah SWT berfirman: "Dan orang yang berjuang untuk mencari keredhaan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami." (Surah al-Ankabut : 69). 
  2. Menghapuskan semua sifat-sifat mazmumah (sifat tercela). 
  3. Menjauhi maksiat. 
  4. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah SWT.
  5. Bertawakal kepada Allah SWT.
  6. Zuhud (meninggalkan kecintaan kepada dunia yang melampau atau melalaikan).
  7. Berusaha menjauhi tuntutan syaitan. 
  8. Ikhlas kepada Allah SWT. Keikhlasan melahirkan hati yang suci dan bersih lalu dipenuhi nur (cahaya). Dengan nur,  ilmu mudah difahami dan diserap. 
  9. Selalu membaca al-Quran akan memberi sinar kepada hati agar mudah untuk menerima ilmu. Al-Quran adalah tangga untuk mencapai ilmu di Luh Mahfuz di mana kandungan al-Quran itu sendiri berasal dari Luh Mahfuz. Seperti firman Allah SWT: "Bahkan, yang mereka dustakan ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan di dalam Luh Mahfuz." (Surah al-Buruj: 21-22).
  10. Merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana kedua-duanya adalah sumber ilmu sejati dan penyempurna kepada akal manusia. Ilmu pengetahuan yang benar akan memperolehi sinar apabila dihubungkan dengan kedua-dua sumber asli ini.
  11. Mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang muhaddis terkemuka, Ibnu as-Salah menyebut bahawa Sheikh Waqi pernah berkata: "Apabila anda ingin menghafal hadis, hendaklah anda mengamalkan ajarannya." 
Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.. 

Rujukan : 
(1) Islam Grid
(2) Siti Nor Bahyah Mahmood&Jaafar Salleh (Nov 2005), Panduan Mencerdaskan Minda, Telaga Biru Sdn. Bhd.


^_^

55 comments:

  1. in sha Allah, ilmu mudah diterima. thanks. :)

    ReplyDelete
  2. saya suka baca buku dari ustazah Bahyah pasal buku minda tu..hehe..seronok..nice info too.. :) salam jumaat ya kak..!

    ReplyDelete
  3. hati yg tertutup merupakan salah satu masalah yg sering dihadapi oleh penuntut ilmu...tq atas perkongsian yg bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah nice sharing ....


    kak nak tanye cm mane nak kalau kita nk buat mention orang lain cm akak buat di ruangkan kotak nie ?

    ReplyDelete
  5. Dan yang penting niat. Sesungguhnya semua amal bermula dengan niat...

    ReplyDelete
  6. bagus posting ni aiza. thanks ye

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang baik sekali lagi aiza..blog yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..tips yang bermanfaat..
    terutama kepad diri Abak yang merupakan seorang pelajar...

    ReplyDelete
  9. Thanks atas panduan ni akak.
    Macam tau2 je nis dah nak naik semester baru nest two weeks. Kene laa praktis kan. Lgpon, kalau nk ikutkan kite ni tuntut ilmu smpai hujung nyawa.
    Anyway, susahkan kak nak mujahadah ni. Tp, nak tak nak, tetap kene kuat utk melawan nafsu ni. Anis suka ayat ni "Mujahadah itu memang payah kerana syurga Allah itu terlalu indah". :')
    Thanks akak syg.

    ReplyDelete
  10. @Nana Liena
    salam jumaat nana.. memang best buku diakan.. :D

    ReplyDelete
  11. @Aku Penghibur
    terima kasih acik.. mention macam mana tu acik? maaf, akak tak faham soalan acik.. hehe..

    ReplyDelete
  12. @依之汉
    itu yang terpenting.. menuntut ilmu juga salah satu amal..

    ReplyDelete
  13. @Nies alhaQ
    you are welcome anis.. semoga dipermudahkan oleh Allah swt segala urusan anis.. akak pernah dengar kata2 'menuntut ilmu hingga ke liang lahad'.. bagus ayat anis tu, semoga ianya menjadi pemangkin untuk terus berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.. :D

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah ilmu dn tips yg sngat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  15. zaman masa belajar dulu byk juga tips2 yg ada utk sy belajar tp semua nya serba xmenjadi.kkdang mudah pedup time tu mklumlahhh muda remaja lagi.skrng dh sedar, baru mula nak faham..rupa2nya itu semua kehendak Allah juga.rajin mcm mn pun kalau tiada keizinanNya..mmg xjadi :)

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah...mudah-mudahan..thanks akak..;p

    ReplyDelete
  17. @Harith Iskandar
    betul tu harith.. apa2 pun jaga hubungan kita dengan Allah swt, insya-Allah dipermudahkan urusan.. :D

    ReplyDelete
  18. assalam,

    satu perkongsian yg sangat baik...segalanya pangkal pada niat, bermula dari niat yg baik maka hasil nya baik...Allah lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  19. BULAN POSA DAH DEKAT , TAZKIRAH SIKIT

    ReplyDelete
  20. Sama2 lah kita berusaha buka hati kita utk menerima ilmu.. Belajarlah sehingga ke negara China

    ReplyDelete
  21. nice sharing
    skrg byk eboook atau dr web :)

    ReplyDelete
  22. menerima ilmu dengan hati yg terbuka ..

    menuntutla ilmu yg baik, jgn yg tak baik sudah la..

    ReplyDelete
  23. suka dgn perkongsian nih.. harap2 sama2 beroleh manfaat sebaik mungkin. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  24. tuntutlah ilmu smpai ke liang lahad.. :) ilmu tu penting utk kita .. utk masa dpn agama, ngra, keluarga n diri :))

    ReplyDelete
  25. insya-Allah, moga Allah lapangkan hati tatkala menuntut ilmu :)

    ReplyDelete
  26. @BUNDA a.k.a KN
    wmslm.. terima kasih bunda.. betul tu bunda.. semuanya bermula dengan niat..

    ReplyDelete
  27. @abg cik
    cepat masa berlalu.. pejam celik dah masuk ramadhan nanti..

    ReplyDelete
  28. @Sop
    terima kasih. betul tu sop,pelbagai sumber boleh dapatkan ilmu dan maklumat.. :D

    ReplyDelete
  29. @Mohd Hakim Faiz
    setuju sangat.. jangan salah tuntut ilmu.. :D

    ReplyDelete
  30. org kata jangan langkah buku yg kita baca nanti tak berkat ilmu tuh...

    ReplyDelete
  31. nice sharing........
    pembacaan yg baik.... membentuk sahsiah diri......

    ReplyDelete
  32. Gud to have review daripada Ihya' Ulumuddin. Rsnya semua org patut baca. Mmg bagus.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^