10 May 2013

Contohi Sifat Tawakal Seekor Semut

Assalamualaikum,

Hari jumaat datang lagi, sempena hari jumaat aku ingin berkongsi satu cerita melalui pembacaan aku. Cerita ini aku petik dari buku yang ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi bertajuk "Di Mana Dia di Hatiku?". 

Tawakal Seekor Semut
Semut : Google
Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut, "Berapa banyak makanan yang diperlukan untuk kamu hidup dalam setahun?" Semut berkenaan menjawab, "Aku hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum." Nabi Sulaiman a.s meletakkan gula sebesar sebutir gandum di dalam sebiji botol dan semut diletakkan bersama di dalamnya. Kemudian mulut botol itu ditutup. 

Setelah cukup setahun, botol dibuka dan baginda mendapati hanya separuh dari gula itu yang habis dimakan oleh semut. Lalu baginda bertanya kepada semut, "Mengapa kamu hanya memakan separuh sahaja?" Semut menjawab, "Jika di luar botol, rezeki aku dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT. Tetapi apabila kau mengurung aku, langkah berjaga-jaga dan berjimat-cermat perlu aku ambil kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mungkin kau terlupa untuk membuka penutup botol itu, apa akan terjadi kepada aku nanti?" 

Moralnya di sini, rezeki kita memang telah ditentukan oleh Allah SWT. Belajarlah sifat tawakal semut yang berjimat cermat ketika dikurung. Jika berlaku sesuatu di luar jangkaannya, semut masih ada separuh dari baki makanan untuk meneruskan hidupnya. Jangan berputus asa berusaha untuk memperolehi rezeki yang halal. 

Sumber : Di Mana Dia di Hatiku (2011), Pahrol Mohd Juoi, Karya Bestari Sdn. Bhd.  

^_^

30 comments:

  1. Pengajaran yg sgt simple tetapi bermakna. Kdg2 wan sndr pun lupa utk beringat sblm susah. Tapi nasib baik jugaklah wan telahpun sediakan apa2 yg patut utk kegunaan masa depan jika terdesak...trutama utk famili. Kerana wan pasti akan mati dan itu sahaja harta yg dpt ditinggalkan. Thanks aiza.

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak.. yakinlah rezki itu di tangan Allah.. Apa yg penting kita usaha dan tawakkal..

    ReplyDelete
  3. Kalau dok mengharap aje memang tak bertambahlah. Kudrat dah diberi kenalah usaha ye tak?

    ReplyDelete
  4. assalam, moral of the story, mengajar kita agar pandai berjimat cermat...nice info..tq

    ReplyDelete
  5. cerita yang bagus utk pedoman smua orang supaya bersyukur dgn tiap rezeki..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. gd sharing ni tq ye!

    ReplyDelete
  7. Thanks akak atas perkongsiannya . Salam Jumaat!

    ReplyDelete
  8. Rezeki Allah ada di mana2 saja. Yang penting usaha jgn ptus asa. =)

    ReplyDelete
  9. Sebagai manusia kita perlu juga belajar dari semut... nice post thanks :)

    ReplyDelete
  10. betul.. yang penting jangan putus asa..

    ReplyDelete
  11. terima kasih yer aiza sudi sharing cerita ni.. besar pengajaran yg mama dpt ni

    ReplyDelete
  12. Good info akak..thanks 4 sharing..tak leh boros sgt la lps nie..kena jimat cermat..:p

    ReplyDelete
  13. SubhanALLAH.. terima kasih sudah mengingatkan kembali sis.

    ReplyDelete
  14. @Mohd Ridzwan Abdullah
    you are welcome wan.. baguslah beringat sebelum susah.. ingatan untuk diri aiza juga..

    ReplyDelete
  15. @Kakzakie
    betul tu kak zakie.. berusahalah selagi mampu..

    ReplyDelete
  16. @BUNDA a.k.a KN
    setuju tu bunda.. sikap berjimat cermat harus diamalkan..

    ReplyDelete
  17. @mamapp
    sama-sama mama.. pengajaran untuk diri aiza juga..

    ReplyDelete
  18. @♥ Mrs. Secretary ♥
    thanks farah.. cuba berubah slow2.. akak pun sama juga.. hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^