18 May 2013

Rendang Daging Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum, 

Dah lama rasanya aku tak makan rendang daging yang dimasak sendiri. Tengahari tadi aku merajinkan diri untuk memasak rendang ni. Resipi ni aku ambil dari My Resipi.com dan pernah cuba buat masa raya tahun lepas. Masa memasak lebih kurang 45 minit.

Rendang Daging Pemanggang Ajaib
Rendang Daging Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan (4 orang):
½ kg daging (dipotong kecil)
1 peket kecil (24 gram) rempah kurma
1 sudu besar kerisik
½ biji kelapa (diperah santannya)
2 helai daun limau purut (dimayang)
1 helai daun kunyit (dimayang)
garam dan gula (secukup rasa)
sedikit air asam jawa
Minyak masak (untuk menumis)

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 batang serai
10 biji cili kering (jika suka pedas boleh lebihkan)
½ cm halia
½ cm lengkuas

Cara-cara Memasak:
1) Sediakan bahan-bahan.
Bahan-bahan rendang daging
Bahan-bahan
2) Kisar bahan-bahan kisar sehingga lumat (letak sikit air je sebab nanti lambat kering pula masa memasak).
Bahan kisar
Bahan kisar
3) Panaskan minyak dalam Pemanggang Ajaib. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi sehingga rempah masak.
Tumis bahan kisar
Tumis bahan kisar
4) Masukkan daging ke dalan Pemanggang Ajaib. Tutup Pemanggang Ajaib dan biarkan selama 3 minit.
Masukkan daging
Masukkan daging
5) Masukkan santan dan masak sehingga daging empuk sikit.
Masukkan santan
Masukkan santan
6) Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga daging betul-betul empuk. Kemudian masukkan kerisik dan gaul rata. Tambah daun limau purut dan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan..
Masukkan air asam jawa, garam, gula dan kerisik
Masukkan air asam jawa, garam, gula dan kerisik

Tips:

35 comments:

  1. Nampak sedap rendang tu kak ^_^ nanti nak try lah,thanks untuk resepi ni :)

    ReplyDelete
  2. wah guna pemanggang tu je kah dear..tak pakai kuali ke apa...hihi..:)

    nanti kirim cik akak rendang tu

    ReplyDelete
  3. wahh macam best je guna pmanggang ajaib ni.. tringin jugak nak beli.. best ke kak??

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, wah, nampak sedap rendang daging ni.. klau ada masa boleh cuba nnti.. Apapun, saya nak bgtau yg url blog dgn nama serta konsep blog saya dah berubah sikit.. tp, unsur2 pengkomputeran tetap saya letak jugak dalam blog tu.. :D

    ReplyDelete
  5. Sedapnya rendang. Teringin nak makan. Kita x pandai masak. hehe. bleh try lpas ni :)

    ReplyDelete
  6. sedapnyer sis..kathy pun ada pemanggang ajaib ni tapi selalu guna untuk bakar ikan dan ayam je..hehehe..

    ReplyDelete
  7. pergh sedap tu... nak sikit leh??

    jom visit my site and follow me..

    http://www.ahmadhasif.info/

    ReplyDelete
  8. Mas kerja kat sabah dulu selalu jgk saya masak dan pernah juga buat rendang dgn kawan2 llaki. Bkn berminat nak masak tapi kedai mkn jauh kat bandar, jdi tak berbaloilah nak mkn kt luar selalu.

    Pemanggang ajaib tu saya pun ada satu. tapi yg cap ikan rasanya.

    ReplyDelete
  9. Biasa mkn rendang watu hari raya jer...rindu nk mkn rendang, kirim ckit bole x, hehe..
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Wau pemanggang ajaib..nmpak macam sesuai utk membakar je..rupanya siap boleh buat rendang lagi ek

    ReplyDelete
  11. @dilaella Ella
    cuba la buat dila.. you are welcome.. :D

    ReplyDelete
  12. @Nao Mei
    ye cik akak.. aiza guna pemanggang tu aje.. boleh je kirimkan untuk cik akak je..

    ReplyDelete
  13. @Berry Lavynia
    setakat ni memang mudah digunakan.. nak bakar ikan, ayam atau makanan laut pun senang.. beli la satu (macam promosi pula ya)..

    ReplyDelete
  14. @zakirasli ..
    Waalaikummussalam wbkt.. cubalah nanti.. patut la akak buka url blog K.O.M.P.U.T.E.R tu dah tak boleh buka.. :D

    ReplyDelete
  15. @Norhaizam Mustaffa
    akak pun bukannya pandai masak pun.. selalu nak masak mula la google je.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  16. @Kathy Rbain
    cuba pelbagaikan kegunaan pemanggang ajaib tu.. masak kek, roti john&sate pun boleh juga..

    ReplyDelete
  17. @ahmad
    boleh je.. ok, nanti akak visit blog adik.. thanks sudi singgah sini ya..

    ReplyDelete
  18. @shameel Iskandar
    mesti sedap masakan orang di perantauankan?
    sama la, yang aiza punya pun cap ikan juga..

    ReplyDelete
  19. @Teena Tna
    tadi sebab teringin nak makan buat juga tu.. boleh je kirim, hehe..
    thanks sebab sudi singgah sini ya.. insya-Allah akan blogwalking ke blog anda.. :D

    ReplyDelete
  20. @Mieza Jhaa K
    try and error juga hari ni.. hehe.. sebelum ni (raya tahun lepas) masak kat dalam kuali..

    ReplyDelete
  21. wah.... pemanggang ajaib pun boleh masak rendang.... memang ajaib...

    Berape lame masak rendang kalo gune nie...?

    My recent post : 20 Design Kerusi yang Kreatif

    ReplyDelete
  22. @Nana Liena
    boleh nana try buat lepas ni.. hehe..

    ReplyDelete
  23. @GA GreenArtwork
    boleh cuba lepas ni.. masa memasak kurang dari 1jam (lebih kurang 45 minit)..

    ReplyDelete
  24. Nampak sedap la akak.. sya pun smlm masak ikan siakap guna pemanggang ajaib nie...memang mudah..;p

    ReplyDelete
  25. @♥ Mrs. Secretary ♥
    betul farah.. tak rugi beli 1 pemanggang ajaib untuk 1 family.. pelbagai masakan boleh dicuba..
    yang penting ianya menyihatkan kerana kita boleh kurangkan penggunaan minyak semasa memasak..

    ReplyDelete
  26. Waaaaaaaa, sedappppnyeee akakkkkkk!
    Masak utk anis jugak boleehhh?
    Hehehe.

    ReplyDelete
  27. smp skrg zura blm beli pemanggang ajaib tuh.. teringin gk nk beli satu...

    ReplyDelete
  28. Waaaa....pandai masak upanya...untung sapa dapt...hehehe

    ReplyDelete
  29. best-best resepi Mizz Aiza...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^