Assalamualaikum,
Gambar sekadar hiasan - Google |
Kucing adalah haiwan yang comel, manja dan kadangkala nakal. Fakta asal yang disenaraikan banyak, aku pilih 9 je seperti berikut:
- Semua anak kucing dilahirkan dengan mata bewarna biru, yang akan berubah warna dari masa ke semasa.
- Apabila terjun atau terjatuh dari atas, kucing akan mendarat menggunakan kakinya.
- Kucing berkomunikasi menggunakan kira-kira 16 "perkataan kucing".
- Kucing menjadi haiwan peliharaan di Mesir sejak kira-kira 4,000 tahun lalu. Orang yang membunuh atau mencederakan kucing akan dikenakan hukuman mati (zaman Mesir purba).
- Kucing biasanya boleh hidup selama kira-kira 14 tahun dan ada yang sehingga 20 tahun.
- Kucing tidur selama kira-kira 16 jam sehari.
- Kucing suka makan makanan mereka pada suhu bilik.
- Deria bau untuk kucing adalah 14 kali lebih kuat daripada manusia.
- Bentuk pada hidung kucing adalah seperti cap jari manusia, setiap satu adalah unik.
Sumber : Tips-for-Cats.com
^_^
nak tambah lagi 1..biar cukup 10...kucing pun boleh mimpi..bila mimpi ngeri siap mengigil2..
ReplyDeleteboleh je tambah.. hihi.. kesian dia mimpi ngeri..
DeleteHehe.. baru tahu plak kucing nie boleh mimpi, siap mengigil-gigil plak. Nie betul2 mimpi seram nie. Hahaha
DeleteDulu sya ada 4 ekor kucing parsi..tp sejak adik alergik dgn bulu depa terpaksa bg kucing2 tue kt kwn2..:(
ReplyDelete@Mrs. Secretary - wah.. mesti comel kucing2 tu.. :D
Deletesy tkut kcing.. rumah mak mertua pulak byk kucing, jadi bila balik 2, jenuh larikan diri..huuuu
ReplyDelete@Berry Lavynia - ramai orang yang takut kucing..
Deletewow tidur 16 jam lamenya... wow
ReplyDelete@Aku Penghibur - sebab tu kita selalu tengok kat mana kucing lepak mesti dia akan tidur..
DeleteWOWW... 16 jam tuuuu.... ahhaha.. xD kucing nih haiwan kesukaan nabi muhammad.. :) jum sayangi mereka... hek3
ReplyDelete@AiSyA LiEzA - betul tu aisya.. sama2lah kita menyayangi mereka..
Deleteerr, yang #2 tu, kucing ada tangan ker? 4 kaki kan?
ReplyDelete@kopi pasta - thanks sebab betulkan..
DeleteTerima kasih Aiza ats perkongsian. Pengetahuan baru buat saya ni. Selama ni sy tahu bela kucing jer.
ReplyDelete@shameel Iskandar - sama2..
Deleteada org kata kucing keturunan 'KU' sebab namanya KUcing! [sebelah pantai timur] betul ke?
ReplyDelete@♥xaturen♥ - ye ke.. nanti marah pula orang yang keturunan ku.. hehe..
DeleteSuke sangat dgn kucing...
ReplyDeleteBolih tangkap tikus! kan..?
@♥xaturen♥ - bagus la suka kucing.. memang boleh tangkap tikus.. tapi kucing zaman sekarang ni ada yang lari ketakutan bila tengok tikus.. pernah pergi ke hentian putra KL masa tu dah dekat jam 11 malam, ada seorang pakcik tu mungkin tuan kedai makan kot bawa makanan untuk kucing jalanan di situ, tiba2 keluar tikus yang saiznya sama besar dengan kucing berkongsi makan makanan tu..
Deletekucing..XD..suka kucing...ada bela kucing jantan warna putih..mata sebelah kuning sebelah biru..odd-eyed genetic..=)
ReplyDelete5 personaliti seorang bapa
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/05/5-personaliti-seorang-bapa.html
@Ahmad Kamil - wah.. mesti comel tu..
Deleteramai benda yg saya xtahu kat sini. thanks akak sudi kongsi :D
ReplyDelete@Nabeel Fikree - you are welcome nabeel.. akak berkongsi melalui pembacaan di laman web orang juga.. :D
Delete16 jam.. penah terbaca 18 jam plak.. wtever la, yg penting kucing tu dapat tidur. hehe. teringat plak dekat member kat hostel.. siapa yg suka tidur, kteorg bg gelaran kucing.. hehe
ReplyDelete@Aniq Bukhary - mungkin juga.. banyak juga sumber&kajian.. kesian dapat gelaran kucing, tapi comel juga.. hehe..
Deletebyk info yg masih xtau..sebelum ni mmg xsuka kucing..tp entah bila dtg plk perasaan suka tu..hehehe
ReplyDelete@fiza nss - bagus la tu fiza, teruskan rasa sayang pada kucing.. kucing haiwan yang comel dan manja.. kalau comot pun tetap nampak comel..hehe..
Deletelagi satu kak kucing ni suka lepak2 dalam kotak..huhu.. n
ReplyDeletekalau kucing tu duduk kat tempat gelap tiba2 suluh dengan lampu,nanti dia terkejut n terkencing..haha.. :) nice info.. saya tak bela.. takut + tak dapat bela..hehe
@Nana Liena - betul tu nana.. hihi.. masa akak bela kucing dulu pernah juga kucing tu lepak kat dalam kotak, akak buka kotak, dia terkejut sampai terkencing.. ramai juga yang takut kucing..
Deletetak pernah bela kucing.....teringin tapi tak boleh...hu3
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya nak tanya kalau kucing saya larikan diri, atas sebab apa ye? Saya dah berpindah, jadi saya minta rakan says untuk jagakan kucing saya buat sementara waktu. Dan selepas tidak sampai seminggu, kucing saya telah hilangkan diri. Sedangkan setiap minggu saya akan menjenguk kucing saya
ReplyDelete