Assalamualaikum,
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger Nana dan blogger blogger Nies alhaQ sebab sudi tag aku untuk game #11 Things About Me. Cabaran harus disahut.. Nak kena jawab soalan dari kedua-dua blogger ni..
Few rules need to be followed :
1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourself.
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.
* Menarik juga game ini walau pun aku memerlukan masa untuk berfikir bagi memenuhi syarat no. 4 dan no. 5 tu. Hihi..
11 Things About Myself
- Sebenarnya aku ni cepat marah orangnya. Tapi cepat sejuk dan menyesal bila dah marah orang (cepat-cepat minta maaf balik).
- Aku sangat manja dengan mak aku.
- Asalnya aku pemalu dan pendiam. Aku lebih ramai kawan perempuan berbanding lelaki (sejak bekerja aku berjaya ubah sikap tu sikit kot).
- Suka makan makanan yang pedas. Kalau tak pedas tak sedap (mengada-ngadanya aku).
- Suka baca dan kumpul buku-buku tulisan Dr. HM Tuah Iskandar dan Pahrol Mohd Juoi (hobi aku dari dulu hingga kini membeli dan mengumpul buku-buku tu).
- Masa muda-muda dulu aku suka warna biru dan hitam. Tapi sejak kebelakangan ni aku mula meminati semua warna (warna-warni baru nampak berseri.. hihi..).
- Suka kumpul pamplet (pantang jumpa pamplet, mesti nak ambil satu. Akhirnya semua melambak jadi sampah).
- Penyanyi yang aku suka dengar suaranya Ziana Zain. Artis yang aku suka kecantikannya Erra Fazira.
- Aku tak suka bau asap rokok (pada pendapat aku baunya busuk. Mohon maaf kepada semua perokok..)
- Suka kucing (tapi sekarang tak dapat bela kucing sebab menumpang di rumah kakak.)
- Tak suka memandu dalam keadaan jalan raya yang tengah sesak (rela naik train je semata-mata nak ke Bukit Bintang atau PWTC).
11 Soalan Cepu Cemas Nana untuk Aku
1. Hari Ibu ni awak sambut ke? Awak nanti bagi hadiah apa?hehe
Tak pernah sambut hari ibu. Sebab hari-hari adalah hari ibu (boleh ke jawab macamtu?) Hehe..
2. Awak panggil ibu/mak/mummy/mama/ummie/ama?
Panggil mak je senang (ada unsur-unsur melayu gitu..)
3. Awak anak abah ke anak mak? baik mengaku..hoho
Disebabkan ayah akak dah meninggal dunia, akak jadi anak mak je la.
4. Dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia, yang mana awak teringin sangat nak pergi?
Teringin nak pergi ke Sarawak. Sebab tak pernah lagi jejakkan kaki di sana.
5. Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia? (teka teki sikit..hehe)
Ok, akak teka. Jawapannya "rahsia".
6. Awak kuat makan tak? hee..
Mesti la kuat makan. Hehe..
7. Awak belek-belek blog saya,ada tak kurang apa2? hehe..jangan risau me tak marah..
Jawapan jujur - memang tiada kekurangan di mata akak.
8. Dalam kalangan famili, awak mesti ada nama manja kan? hehe..
Mak panggil 'kakak'.
9. Raya tahun ni tema apa? haha.. :P
Tak fikir lagi. Oren pun cantik juga ya..
10. Awak suka sukan/game apa..? Aktif tak dalam sukan masa sekolah/u?
Kayak. Masa kat sekolah tak aktif, tapi masa kat u aktif la juga.
11. Soalan-soalan saya susah tak? hee..
Senang je soalan. Pejam mata sebelah pun boleh jawab (amboi, berlagaknya.. Akak gurau je Nana). Hihi..
Ok, dah habis jawab semua soalan Nana..
11 Soalan Cepu Cemas Nies alhaQ untuk Aku
1. Berapa ramai orang yang tahu nama penuh awak?
Tak pasti (Nak kena buat survey dulu kot. Hehe..)
2. Bagaimana hati awak kebelakangan ini, sihat?
Alhamdulillah sihat selalu.
3. Ada orang buat awak marah tak hari ni?
Setakat ni takde lagi.
4. Adakah awak seorang yang kaki jealous?
Sejujurnya ya. Tapi cuba berfikir secara positif.
5. Adakah terdetik rasa malu pada masa silam awak?
Manusia perlu berevolusi menjadi lebih baik seiring dengan pertambahan umur (Tak semua orang tahu kisah silam akak. Akak menjawab soalan tak? hehe..).
6. Adakah awak percaya pada orang sekeliling awak?
Tak semua orang boleh dipercayai (tapi cuba buang pemikiran negatif tu, kalau tak mungkin takde orang nak kawan dengan akak lagi).
7. Lagu terakhir yang awak nyanyi?
Lagu Siti Nurhaliza, Bukan Cinta Biasa (nyanyi sorang-sorang kat rumah lepas tengok rancangan Versus malam tadi).
8. Nama cikgu tadika awak, kalau ingat, apa nama dia?
Cikgu Eshah binti Ibrahim (dah 24 tahun lepas, tapi masih ingat lagi).
9. Awak masih single ke?
Setakat ni masih single (ada calon ke? Hehe..)
10. Adakah awak pakai 'name tag' kat sekolah or tempat kerja?
Terpaksa pakai pas kerja sebab kalau tidak tak boleh masuk office (nak masuk kena touch pas tu, baru pintu terbuka).
11. Suka saya tak? Kenapa? *Tetiba.
Mesti la suka sebab selalu datang komen di blog picisan akak (tiba-tiba merendah diri).
Ok, selesai sudah menjawab soalan Nies alhaQ..
11 Soalan Cepu Cemas dari Mizz Aiza untuk Mangsa Tag
- Anda berasal dari negeri mana?
- Kenapa anda suka blogging?
- Apa kelebihan anda yang orang lain tidak tahu?
- Anda suka makan di luar (restoran/kedai makan) atau memasak di rumah?
- Antara menu ikan, daging dan ayam, yang mana satu anda suka makan? Kenapa?
- Selalu shopping di mana? Kenapa suka shopping di situ?
- Anda suka melancong tak? Tempat mana yang paling jauh anda pernah pergi?
- Kereta yang menjadi idaman anda. Kenapa suka kereta tu?
- Suka membaca atau menonton wayang? Kenapa?
- Apakah hadiah paling bernilai yang anda pernah terima?
- Apa pendapat anda mengenai blog Mizz Aiza (Dunia Kecil)?
Itu saja 11 soalan yang sempat direka.. Hehe..
11 mangsa tag seperti berikut:
- Blog Aminin
- Blog Seindah Nostalgia Semalam
- Blog Nabeel Fikree
- Blog Kesuma Angsana
- Blog Cik Nor
- Blog Mrs Secretary
- Blog Cik Didiey
- Blog Mohd-Ridzwan (dot) com
- Blog Just a Passing Thru Person
- Blog Aku Pengembara
- Blog Gincu Pink
* Tiada paksaan untuk anda join game ni.. Aku join pun sekadar suka-suka.. Happy blogging..
Updated 14 Mei 2013 (2.25 pm):
*********************************************************************************
Updated 14 Mei 2013 (2.25 pm):
Terima kasih juga kepada blogger blogger Sabrina SA dan blogger Nabeel Fikree kerana sudi tag aku lagi.. Untuk tidak menghampakan mereka, aku ingin menjawab 11 soalan dari mereka.
11 Soalan Cepu Cemas Sabrina SA untuk Aku
1 . Korang suka warna apa ?
Akak suka warna warni (baru meriah).
2 . Korang rasa blog korang cantik ? Kenapa ?
Cantik kot (perasan pula). Sebab akak dah edit ikut citarasa akak (tak tahu la kalau orang lain tengok buruk).
3 . Korang sombong tak ?
Alhamdulillah.. Setakat ni takde orang cakap akak sombong (angkat bakul sendiri pula)..
4 . Pernah jeles dengan blogger lain ?
Alhamdulillah, setakat ni takde lagi perasaan tu. Cuma rasa kagum sebab diaorang dapat earning Nuffnang ribu-ribu, sedangkan akak tak pernah dapat pun.
5 . Movie favourite korang apa ?
Akak dah lama tak tengok wayang.
6 . Ada boyfriend / girlfriend ? Describe her .
Setakat ni akak single lagi.
7 . Suka berblogging tak ?
Suka. Sebab boleh tukar-tukar pendapat dengan blogger lain.
8 . Bila kali terakhir korang marah ?
Malam tadi geram sebab pam angin di stesen minyak tu semua rosak (tayar kereta dah kurang angin).
9 . Korang pakai phone apa ?
Phone Nokia Asha je (setakat ni tak mampu untuk miliki smartphone, huhu).
10 . Berapa jam korang spend masa untuk berblogging ?
Tak tentu. Asalkan ada masa free je mesti akan berblogging..
11 . Ina ni orangnya macam mana , ye ? Hihihi
Akak baru kenal Ina. Secara mata kasar akak tengok Ina ni comel juga (ikhlas ni).
Dah selesai jawab soalan Ina. Next soalan Nabeel..
11 Soalan Cepu Cemas Nabeel Fikree untuk Aku
1. Suka tak blog bambil? (guna nada comel tak kakton)
Mestila suka. Cantik Kak Ton (jadi tak nada kak ton? hihi)..
2. Kalau diberikan masa dan peluang, nak ke jumpa bambil? (soalan bajet retis namanya)
Mesti la nak jumpa semua rakan-rakan blogger.
3. Apa yang best gileee dalam blog bambil ni?
Akak suka cara penulisan Nabeel (enjoy je baca sebab ada unsur lawak)..
4. Korang suka tak dengan tips, tutorial dan resepi yang ada dalam blog bambil?
Akak paling suka resipi sebab akak suka makan.. Hihi.. Tutorial dan tips yang Nabeel buat tu memang bagus juga..
5. Lagu apa yang korang suka sangat?
Semua lagu akak boleh terima (asalkan akak faham lagunya).
6. Kartun apa yang memang fevret korang dari kecik?
Ninja Turtle (dari dulu hingga kini semakin mantap).
7. Suka menyanyi?
Suka sangat (jawapan perasan artis. Hihi)..
8. Apa benda paling best dalam dunia blogging?
Masa menang hadiah GA dan masa orang komen kat entri.
9. Korang tak rasa boring ke dok update blog je?
Alhamdulillah, setakat ni tak boring lagi. Akak update blog tak tentu masa. Kalau ada idea, ada la entrinya.
10. Siapakah blogger yang korang paling suka? Berikan sebab.
Ni memang betul-betul soalan cepu cemas ni. Nak sebut ramai, nanti panjang pula entri akak (ayat mengelak, hihi)..
11. Apa hajat korang berblog?
Menambahkan kenalan di samping bertukar-tukar pendapat sesama blogger.
Ok, selesai menjawab kesemua soalan. Harap kalian berdua berpuas hati dengan jawapan akak ya.
*********************************************************************************
Updated 14 Mei 2013 (8.00 pm):
Aku ditag lagi oleh blogger Adik Beradik (Po Ro Ro). Terima kasih sudi tag ya. Aku kena jawab juga di sini..
11 Soalan Cepu Cemas Adik Beradik untuk Aku
1. Nyatakan nama dan impian.
Nama Nor. Impian nak kuruskan badan (badan dah semakin gemuk).
2. Nyatakan cinta pertama dan ceritakan.
Cinta pertama masa umur akak 18 tahun (tahun 2001). Berkenalan melalui MIRC dan bertahan sehingga tahun 2005. Akak tinggalkan dia sebab tak serasi. Lost contact lama juga, sehingga tahun 2012 dia cari akak kat FB dan kami berhubung balik. Sehingga kini dia tak kahwin lagi, katanya sebab terlalu kecewa dengan akak. Sekarang hubungan kami kawan biasa saja sebab akak masih tak dapat terima dirinya sebagai kekasih (panjang lebar akak bercerita ya..).
3. Nyatakan nama bestfriend korang.
BFF akak namanya Nurul Syuhada Hafeeza (memang panjang namanya). Akak panggil dia Syah.
4. Ceritakan pasal pengalaman terindah korang dengan bestfriend korang.
Masa study dulu akak memang rapat sangat dengan dia. Tidur sebilik, makan sama-sama dan pergi kelas pun sama-sama. Pengalaman terindah banyak, terutamanya masa kitaorang sama-sama join trip mendaki Gunung Ledang, ke Eksplorasi Taman Negara Pahang dan berkayak di Belukar Bukit, Kuala Berang (panjang lebar plak akak bercerita ya).
5. Apa yang korang dan bestfriend korang paling suka buat bila boring?
Kitaorang pergi jalan-jalan cari makan. Perut kenyang, hati pun senang.
6. Antara semua kawan kawan korang, siapa yang korang rasa paling cantik dan pandai?
BFF akak yang aka rasa paling cantik dan pandai (mesti la puji kawan baik sendiri)..
7. Ada twitter? Nyatakan tweethandle.
Akak tak pernah ada twitter (malu nak bagi tahu. hihi..)
8. Antara boyfriend dan bestfriend, siapa yang korang pilih? Kenapa?
BFF la akak pilih.. Boyfriend kalau putus boleh cari pengganti. BFF sukar dicari ganti.
9. Ada keek tak? Nyatakan supaya aku boleh follow.
Keek pun akak takde..
10. Cerita macam mana korang dan bestfriend korang boleh jadik bestfriend?
First time akak jumpa dia masa hari pertama mendaftar masuk ke UMT (masa tu namanya UPMT). Kebetulan kami dapat sebilik. Selama 6 tahun memang kami duduk sebilik dari hostel hingga la rumah sewa.
11. Luahkan isi hati korang tentang bestfriend korang dan anggap soalan terakhir ni kata kata buat kawan baik korang.
Semoga persahabatan yang terjalin sekian lama sejak 2001 sehingga kini kekal buat selamanya. Walaupun dia dah kahwin dan ada anak, tapi persahabatan kami masih seperti dulu.
^_^