27 May 2013

6 Tips Hapuskan Ketagihan Makanan Ringan

Assalamualaikum,

Apakah itu makanan ringan (junkfood)?  Merujuk kepada Merriam Webster's Collegiate Dictionary, makanan ringan adalah makanan tinggi kalori tetapi rendah kandungan khasiatnya. Salah satu daripada punca yang menyumbang kepada obesiti adalah pengambilan makanan ringan secara kerap.

Makanan ringan
Contoh makanan ringan
Sememangnya sukar untuk kita berhenti mengambil makanan ringan. Namun, terdapat beberapa tips yang mungkin boleh kita praktikkan secara istiqamah bagi menghapuskan ketagihan terhadap makanan ringan seperti berikut:

1. Bersukan
Bersukan
Bersukan
Bersukan boleh menyebabkan badan merasa gembira kerana ia akan menghasilkan endorfin iaitu hormon yang menenangkan. 

2. Berusaha Mengurangkan Sedikit Demi Sedikit
Kurangkan pengambilan makanan
Kurangkan pengambilan makanan
Berhenti mengambil makanan secara tiba-tiba sukar dilakukan. Apa kata anda beli sahaja makanan ringan kegemaran anda, namun dalam kuantiti atau saiz yang kecil. Gantikan dengan buah-buahan atau kekacang jika masih merasa lapar. 

3. Sarapan
Sarapan
Sarapan
Sarapan yang baik mestilah mengandungi banyak serat dan kaya protein. Ini membuatkan anda merasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk mencari makanan ringan. 

4. Pilih yang Mahal
Pilih yang mahal
Pilih yang mahal
Kalau anda merasa terseksa setiap kali ingin membayar harga makanan ringan ini, besar kemungkinan anda akan berhenti membelinya. 

5. Kawal Gula Darah
Makan kerap tapi sedikit
Makan kerap tapi sedikit
Gula darah yang stabil akan mengurangkan rasa lapar. Makan secara kerap tetapi dalam saiz yang kecil. 

6. Makanan Tambahan (Supplement)
Multivitamin
Multivitamin
Jika tubuh anda kekurangan khasiat, secara automatik tubuh akan mengarahkan otak supaya berbuat sesuatu, contohnya makan. Pengambilan multivitimin merupakan penyelesaian terbaik. 

Selamat mencuba.. 

Sumber : 

  • Najwa Mohd Ghazali (2007), Rapi Diet:Langsing cara sihat, Keluarga Communication Sdn. Bhd.
  • Gambar : Google

^_^

76 comments:

  1. Junkfoods juga boleh dikurangkan bila tibanya exam sebab parents tak bagi makan banyak2..hoho

    Selamat pagi kak.. ^^

    Nana Liena (malas nak log in blogger..hee)

    ReplyDelete
  2. hehe sy xleh tinggal mknan ringan... :p

    ReplyDelete
  3. Nak tolak fastfood ni memang sgt payahhh. Huuuu

    ReplyDelete
  4. Skg ni nina ambik herbalife dan shaklee. Hehe bestttt

    ReplyDelete
  5. tak berapa nak minat sangat junkfood..tp makan tetap makan...huhuh

    ReplyDelete
  6. Kakak tak boleh elak makan coklat/kismis dan pistachios tau Aiza. Kadang fikir juga tang jerawat dan gemuk tapi susah nak elak... atas meja kakak ni mesti ada ini semua. Itu tak masuk di rumah lagi...

    ReplyDelete
  7. satu lagi tips.. habiskan duit utk benda lain.. contohnya belanja saya makan.. hehehe

    ReplyDelete
  8. thanks acik nie suka mkn jajan atau junk food nie .. thank infonye

    ReplyDelete
  9. mama mmg x beli makanan ringan... huk3.. tapi kadang2 beli gax bila merengek nak!! ngee~~

    ReplyDelete
  10. alolo sayang susah nak buang tabiat tu eh...hihi....syukur sekarang dah kerja...kalau tak ari-ari dengan menu ringannya..hihi :)

    ReplyDelete
  11. payah nak buang tabiat makan junk food ni hehe..tambah2 lagi skg ni mcm2 jenis junk food yg sedap2 hehe :)thanks utk info ni kak :)

    ReplyDelete
  12. thanks yer mengingatkan.. lenkali mama beli yg mahal2 je laa

    ReplyDelete
  13. padahal malah enak si non kalo suka ngemil

    ReplyDelete
  14. Bagus info ni.. dah lama saya cari. terima kasih post :)

    ReplyDelete
  15. hehehe...yang bahay tu juga yang sedap..heheeh...

    ReplyDelete
  16. bagus tip ini...anak2 boleh ikut

    ReplyDelete
  17. Assalam kak =) nice sharing ni, tapi3 sy suka junkfood hehehe..sbb dia mudah dn sedap, tp mkan dlam kuantiti sikit la..

    ReplyDelete
  18. Junk food best. hehe. tapi x selalu sangat makan. jarang2 xpe kan ? :p

    ReplyDelete
  19. biasanya pompuan kot yg suka sgt dgn makanan ringan ni... dok ofis pon nak ngunyah... berdasarkan pengalaman jek...

    ReplyDelete
  20. penat taip panjang2 sekali tak leh komen :'(

    ReplyDelete
  21. Saya dapati ramai rakan lelaki saya buncit kerana menghabiskan masa lapang mereka dengan mengunyah makanan ringan.

    Poin puan no 2 itu sesuai untuk mereka. (y)

    ReplyDelete
  22. makasih banyak buat sarannya... :)

    ReplyDelete
  23. suka jugak mkn lg lg maggie. mulut ni setiap masa nk mengunyah jer kerjanya. gemuk tu tak jugak, maintain kurus kering jugak. sigh

    ReplyDelete
  24. bagus entry ni.. Tapi tabiat ini, sukar nak dihapuskan juga..hehe.. :)

    ReplyDelete
  25. hehe..dulu suka jugak makan last2 rasa makanan tu takda khasiat pon terus stop :)

    ReplyDelete
  26. kita makan ikut apa yang ada kat depan mata jek.. hehe...
    info jawatan 0 | ragam manusia | tazkirah

    ReplyDelete
  27. nice sharing
    stakat ni x ketagih lagi.. hehe

    ReplyDelete
  28. saya kadang2 boleh kawal..kadang2 sedap jugak mengunyah cipsmore depan TV

    ReplyDelete
  29. sangat2 suka makan makanan ringan nie,mulut asyik nak mengunyah je..huhu..tahun nie semua makanan ringan dah x bole nak makan sangat.penyakit sudah mari.huhu...

    ReplyDelete
  30. @Anonymous
    betul tu nana.. takut nak makan sebab parents tak bagi.. hehe..

    ReplyDelete
  31. @Teena Tna
    tina pun aktif bersukan ya? bagus tu..

    ReplyDelete
  32. @NinaAz
    betul tu, nak tolak memang susah.. herbalife dan shaklee tu memang elok ke nina?

    ReplyDelete
  33. @Kakzakie
    kismis&pistachios tu elok makan.. tapi jerawat pula tumbuh ya.. hehe..

    ReplyDelete
  34. @AiSyA LiEzA
    mama mesti tak bagi sebab tak elok untuk kesihatan.. hihi..

    ReplyDelete
  35. @Nao Mei
    betul tu, kalau tengah bosan mesti nak mengunyah ajekan.. hihi..

    ReplyDelete
  36. @dilaella Ella
    betul tu dila, akak pun sama juga.. you are welcome..

    ReplyDelete
  37. @mamapp
    you are welcome mama.. cuba amalkan, mesti dah serik nak beli lagi..

    ReplyDelete
  38. @S.K.A
    wmslm adik.. terima kasih.. betul tu, ia sedap.. tapi elok kurangkan..

    ReplyDelete
  39. @Norhaizam Mustaffa
    jarang2 takpe.. kalau tak ambil langsung kempunan pula.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  40. @potia casadelarossa
    tak dapat dinafikan memang ada kebenarannya.. kat atas meja di office tu mesti ada kerepek atau jeruk..

    ReplyDelete
  41. @依之汉
    kena maklumkan kepada mereka.. buat perubahan demi menjaga kesihatan..

    ReplyDelete
  42. @kopi pasta
    kurus takpe... yang penting sihat..

    ReplyDelete
  43. @Azwar Syuhada
    terima kasih azwar.. memang sukar nak hapuskan.. cuba perlahan-lahan..

    ReplyDelete
  44. @Amanina Mads
    bagus tu.. elok berhenti kalau nak badan kekal sihat..

    ReplyDelete
  45. @Waazin Aiman
    baguslah tak memilih.. tapi kena jaga kesihatan tu.. hehe..

    ReplyDelete
  46. thanks for the input, sejak akhir2 ni asyik dok kunyah makanan ringan je. :D

    ReplyDelete
  47. @Sop
    terima kasih sop.. baguslah macam tu..

    ReplyDelete
  48. @Mieza Jhaa K
    kalau mengunyah sambil tengok tv memang tak sah takde jajan.. mungkin boleh gantikan dengan mengunyah buah atau kacang..

    ReplyDelete
  49. @latifah zainal
    kena jaga kesihatan baik2 ifah.. bukan langsung tak boleh makan, nanti kempunan pula.. cuma kurangkan kuantiti..

    ReplyDelete
  50. bende camni le yang selalu nye payah oghang nak tolak..... lagi2 kalo bebudak kecik..... kene ajo daghi kecik...kalo udah dibiasekan..... mmg kemane2 deme nak bende ni....... yang tue pulak kene le tunjok contoh ...toksah makan junk food ni .... lagi elok....

    ReplyDelete
  51. @D_08
    setuju sangat.. didikan sejak kecil memang penting untuk membentuk minat anak2 terhadap makanan yang sihat atau sebaliknya..

    ReplyDelete
  52. Alaa susah la nak stop makan makanan ringan ni. Terutama kopok2 coklat2 tu. Tapi sejak duduk rumah ni, dah tak makan kot junk food. Masa belajar dulu, boleh kata kerap gak la. Hee~ Nanti ada anak, Aida tak mau bagi dia makan junk food langsung. :D Boleh gitu? Hee.

    ReplyDelete
  53. zura pun ada jgk ketagih ngn mknn tertentu buat tempoh tertentu.. asik makan yang tu jer smp jemu..

    ReplyDelete
  54. terima kasih perkongsian ini. Boleh amalkan ni.

    ReplyDelete
  55. Sangat berguna ..kena cuba amalkan..insyaAllah..thanks akak..

    ReplyDelete
  56. good sharing...


    p/s aritu try msk ke sini tp x boleh...nnt letak link kt blog profile ye...tqvm

    ReplyDelete
  57. Tips yg sgt berguna...jagalah kesihatan...serik dah sakit. Hehe

    ReplyDelete
  58. kite dah lama tinggalkan junk food. sebab semuanya ada MSG yang boleh melemahkan daya ingatan :)

    ReplyDelete
  59. tips yg bagusssss!
    tapiiiiiiiiiiiiiii. nis takleh berhenti dr makan coklat ng eskemmm! huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^