Assalamualaikum,
26 Mei 2013
Dah hampir 2 tahun aku tinggal di rumah kakak aku di Semenyih. Tapi sepanjang tempoh masa tu memang tak pernah aku menjejakkan kaki di Bukit Broga ni. Kebetulan anak saudara aku mengajak pergi untuk beriadah bersama keluarga, jadi aku pun join la.
Pagi tadi kami bertolak pada jam 7.00 pagi dari rumah kakak aku di Semenyih. Pendakian bermula pada jam 7.15 pagi. Disebabkan dah lama aku tak aktif, memang terasa amat penat. Kali terakhir aku mendaki pada tahun 2006 semasa study dulu (cerita klik sini). Hanya semangat yang kuat membuatkan aku terus nekad untuk meneruskan misi.
Papan Tanda ke Bukit Broga |
Tempat letak kereta berbayar (RM2.00/entry) |
Pendakian bermula |
Antara trek yang perlu dilalui semasa pendakian |
Perjalanan turun agak mudah (sebab tak letih sangat), namun perlu berhati-hati kerana trek yang licin. Apabila tiba di bawah kelihatan gerai menjual air kelapa telah dibuka. Jadi bagi sesiapa yang rasa haus, boleh berhenti minum air kelapa di situ.
Memang seronok sesekali beriadah bersama keluarga begini. Di samping merapatkan hubungan kekeluargaan, dapatlah juga menyihatkan tubuh badan. Memang tak menyesal datang sini. Insya-Allah aku akan ke sana lagi (ingin melihat matahari terbit).
Mungkin juga lepas ni aku nak singgah di Ladang Arnab yang terletak berhadapan dengan ladang kelapa sawit. Nampak macam menarik je tempat tu. Tadi dah tak sempat nak singgah sebab terlalu penat. Turun je terus menuju ke kereta dan pulang ke rumah.
^_^
haaa..kak..bukit broga dekat semenyih? dekat banting ke? haha..saya blur sikit bab tempat2 ni..baru teringin nak ke sana..huhu.. masa naik bukit ada yg tolong jaga tak??? mana la tahu kalau2 ada benda nak jadi ke..huhu.. ladang arnab agak2 caj berapa? hehe
ReplyDeletebanyak soalan
wah bestnya g beriadah kan..
ReplyDeleteWah bestnya ! Pernah daki bukit sekali, Rasa macam nak pengsan. Letihhh teramat. hehe
ReplyDeleteNampaknya sudah lama saya tidak daki Broga. Tak tahu pula di situ ada tandas.
ReplyDeleteSaya biasa pergi waktu malam. Nak lihat matahari terbenam.
pernah naik sekali..heh bestkan
ReplyDeleteanda di tag :)
http://lynathegojes.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
wahh dah lama tak naik bukit broga... last tahun lepas
ReplyDeleteooo naik broga ke?mmm kat situ mcm kurang ump sikit.tapi dah ade tandas ek...hehe xperasan tandas dh ade.kalau nak best naik la bukit putih.ade air terjun skali..udara pon nyaman je.blh tgk panorama KL skali kalau pandai cari tmpat... :)
ReplyDeletecantiknyerr... wrna biruu :))
ReplyDeletebleh than jgak rmai orang..pmndangan pn cntik..in.shaa.Allah teringin nk pergi 1 hr nati =)
ReplyDeleteEh akak tak bergambar ke? Hewhew tak nampak bayang pun.
ReplyDelete@Nana Liena
ReplyDeleteakak kalau bab peta ni lemah sikit nana.. hehe.. memang dekat semenyih, dah sempadan dengan negeri sembilan.. tak ada pula akak nampak orang jaga, kebanyakan pergi mesti dengan family atau kawan2.. yang jaga tempat letak kereta tu ada la orang.. akak pergi dengan anak saudara akak.. anak saudara lelaki dah besar (umur 19 tahun), itu yang rasa confident.. ladang arnab tu akak tak tanya pula berapa caj dia, turun tadi akak terus balik sebab penat.. hehe..
@cik yaya
ReplyDeletebetul tu, best sangat.. dah lama tak keluar beriadah, ada peluang pergi terus tadi.. :D
@Norhaizam Mustaffa
ReplyDeleteakak pun tadi rasa penat sangat.. alhamdulillah semangat mengatasi kepenatan tu.. hehe.. :D
@依之汉
ReplyDeletewong selalu mendaki bukit broga ya? bagusnya.. akak pun baru pertama kali mendaki bukit broga.. tandas tu mungkin baru dibina.. menarik melihat matahari terbenam.. akak teringan melihat matahari terbit..
@Amanina Mads
ReplyDeletebetul tu.. memang best sangat.. terima kasih tag..
@Aku Penghibur
ReplyDeleteacik selalu naik broga ya? akak baru first time naik..
@Harith Iskandar
ReplyDeletetandas tu mungkin baru dibina kot.. aiza pun baru first time pergi tadi.. terima kasih atas cadangan harith tu..
@AiSyA LiEzA
ReplyDeletetenang tengok warna macam tu.. :D
@S.K.A
ReplyDeleteramai orang cina yang naik tadi.. insya-Allah, bolehlah ajak keluarga atau kawan2 beriadah di sana jika ada masa terluang.. :D
@Nabeel Fikree
ReplyDeleteakak jadi jurugambar.. hehe.. :D
bestkan panjat broga?!! hehehehe
ReplyDeletenina pernah panjat, dua tahun lepas. :)
@NinaAz
ReplyDeletebest sangat nina.. rasa nak pergi lagi.. nak tengok matahari terbit pula..
Wah... Mcm bestnye... Dpt tgk pmndgn dr atas...
ReplyDeletewahhh.. macam best je... ;)
ReplyDelete@My Firdz
ReplyDeletealhamdulillah. best sangat.. :D
@Mia Liana
ReplyDeletememang best sangat kak mia.. boleh bawa family berkunjung di sana.. :D
mesti best ni kan? dah lama tak beriadah panjat memanjat ni
ReplyDeleteseronok sesekali dapat beriadah mcm ni..
ReplyDeleteinfo jawatan 0 | ragam manusia | tazkirah
syok gak ber'aktif' cmni yer..heee :D
ReplyDeleteWaahhh kegemaran beta ni..tp lama dah xmerasa sebab suami pun busy.. jadi tgk sajalah aktiviti orang dalam blog,..haha
ReplyDeletetak pernah lagi ke sana..insyallah satu hari nanti, macam best je kan
ReplyDeletenape tk gi lps subuh ? blh tgk sunrise...
ReplyDeleteWahhh...sronoknya. Lama wan tak join xtvt mcm ni. Ntah larat lg ntah tidak...dah tua dh skrg
ReplyDeleteKak aiza still duduk dekat smenyih ke?? Dekat laa kan dgn tempat blaja anis.
ReplyDeleteAnis tak pernah lagi naik broga. Huu. Dulu kalau tak ada aktiviti kat sana dgn usrahmate, tapi anis ada hal lain masa tu, jd xdapat nak merasa sama pergi. In shaa Allah, lepas ni mungkin ada peluang tu. :D