09 May 2013

GPS Berhantu

Assalamualaikum,

Kisah ini benar-benar berlaku kepada anak bos tempat aku bekerja. Semuanya terjadi gara--gara GPS. Pada suatu hari anak bos aku (Anita) menghantar suaminya (Roslan) ke KLIA. Penerbangan suaminya ke Kuching pada jam 8.50 malam. 

GPS Berhantu
KLIA - ayufatarina.com
Perjalanan dari Putrajaya ke KLIA hanya mengambil masa selama lebih kurang 30 minit. Anita sebenarnya kurang arif mengenai jalan-jalan di situ, dia hanya bergantung sepenuhnya kepada khidmat GPS yang memang dipasang oleh Roslan di dalam keretanya.

GPS Berhantu
Memandu di waktu malam - 123rf.com
Selepas menghantar Roslan, Anita memandu pulang ke rumah mengikut arahan GPS berkenaan. "In 300 metre, turn left." Suara dari GPS memberikan arahan. Anita hanya mengikut arahan yang diberikan tanpa ragu. Jam telah menunjukkan angka 9.00 malam.

Tiba-tiba hatinya merasa sangsi kerana jalan yang dilalui semakin gelap. Anita terkejut apabila mendapati di hadapannya jalan mati!! Baru dia sedar, di kiri dan kanan jalan terdapat tanah perkuburan terbentang luas. Anita melihat melalui cermin sisi, kelihatan sesuatu seperti kain putih melayang-layang.

Terlintas di fikiran Anita untuk membaca ayat kursi dan surah al-fatihah. Dengan sisa keberanian yang ada, Anita memberanikan dirinya untuk memusingkan kenderaan untuk keluar dari jalan itu. Syukur akhirnya Anita berjaya keluar dari jalan itu. 

GPS Berhantu
Gelap - autoblog.com
Di hadapannya kini kelihatan cahaya lampu kenderaan lain. Akibat dari kejadian itu, Anita menjadi fobia untuk memandu berseorangan pada waktu malam. Moralnya di sini, jangan terlalu bergantung kepada khidmat GPS. 

Kadangkala kita mungkin akan diperdaya oleh tipu daya syaitan. Amalkan membaca doa sebelum menaiki kenderaan seperti berikut:

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali (Az-Zukhruf : 13-14)
^_^

36 comments:

  1. best la baca akak buat olahan cerita..hebat..kenapa akk tak jadi novelist? haha.. sorry melalut..

    takutnya la pi sorang2..huhu..lainkali kena bawa kawan temankan nanti tak ada la cuak sangat..karng ada benda lain yg temankan lg naya.. hehe

    ReplyDelete
  2. @Aku Penghibur
    ya acik.. kisah benar yang diceritakan semula oleh bos akak.. berlaku kepada anak perempuannya..

    ReplyDelete
  3. @Nao Mei
    aiza nak tulis tadi pun seram juga..

    ReplyDelete
  4. @Nana Liena
    hihi.. akak tak reti nak jadi novelist tu.. cerita diceritakan semula kepada akak, idea datang akak taip je..
    betul tu nana.. kena hati2 selalu..

    ReplyDelete
  5. Akakkkkk! Takut nak baca entry ni memalamm.. Heuuuuuuu.

    ReplyDelete
  6. sy pon pernah gune gps..mcm hampeh je...bkn makin dekat...entah mane2 dia pergi...huhu

    ReplyDelete
  7. @Nies alhaQ
    jangan takut dik.. akak menceritakan je..

    ReplyDelete
  8. Ahhhh berdebar pulak baca cerita ni. Akak ni suke je. Hehe

    ReplyDelete
  9. @Harith Iskandar
    kadangkala memang mengarut direction yang dia cadangkan..

    ReplyDelete
  10. menakutkan...ngerii.. *dah la sensorang lam bilik malam2 nih* >.<

    ReplyDelete
  11. seramnyaaa! Dhia baca pon skip2,.sbb jam skrg da kol 3am,.huhu

    ReplyDelete
  12. Suara dari GPS yd disangka kakak rasa sebenarnya bukan dari GPS kan Aiza. Heee... kalau akak entah apalah jadi...

    ReplyDelete
  13. Ermmm...kisah alam anker. Apapun sila amalkan bacaan doa menaiki kenderaan selalu yer. Meskipun doanya amat simple, tapi kuasanya sgt mujarab. Wan selalu amalkan...sekurang-kurangnya kita akan sentiasa dilindungi dan jika apa2 terjadi, kita telahpun berserah pada Allah. Semoga Allah mengampunkan kita.

    P/S: Jgn guna GPS dah especially waktu malam...hehehe

    ReplyDelete
  14. seramlah pulak !

    ReplyDelete
  15. ksimpulannya jgn bergntung kt GPS... kne tgok signboard gak.. heheehee

    ReplyDelete
  16. Kdg2 GPS silap calculate coordinate lokasi yg kita nk pegi... Bkn blh pecaya sgt ngn GPS.. Zura pn slalu gk GPS bwk ke tmpt salah tp blm prnh la GPS bwk ke kubur cm dlm cite Aiza ni.. Huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  17. Baca ayat kursi bnyk2...minta perlindungan dari Allah..

    ReplyDelete
  18. tak suka guna GPS sebab tak pernahnya betul laluan yang diberi.. ke saya yang tak reti guna.. huhuhu..

    ReplyDelete
  19. @Kakzakie
    mungkin juga kak zakie.. aiza pun rasa macamtu juga..

    ReplyDelete
  20. @Mohd Ridzwan Abdullah
    insya-Allah.. kita hanya berusaha, hanya Allah swt juga menentukan segalanya..

    ReplyDelete
  21. @nida zin
    betul tu.. jangan percaya pada GPS sepenuhnya.. kena fikir ikut logik juga..

    ReplyDelete
  22. @Zura Lee
    betul tu.. ada masanya GPS pun boleh salah calculate coordinate.. sesekali kena ikut logik fikiran kita juga..

    ReplyDelete
  23. @Nasuha
    betul tu.. masa tu anita memang tengah panik.. nasib baik dia ingat nak baca ayat kursi&surah al-fatihah..

    ReplyDelete
  24. @aizamia3
    kadangkala memang GPS silap calculate..

    ReplyDelete
  25. ni betul2 misteri nusantara ni....hehe

    ReplyDelete
  26. @Hatimi Tahirruddin
    sesekali kena percaya juga sebab ianya benar2 berlaku..

    ReplyDelete
  27. wuuu,,seram kot kak.. tapi dri sudut positive,mgkin nak tunjuk kuburan kot supaya kit lebih mngingati mati.. kain putih tu,wallahualam

    ReplyDelete
  28. @Nina Maslizza
    betul juga ya.. supaya kita mengingati mati..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^