Assalamualaikum,
Hari Ibu lazimnya akan disambut pada minggu ke dua bulan Mei pada setiap tahun. Pada tahun ini Hari Ibu jatuh pada 12 Mei 2013. Aku telah google untuk melihat hukum sebenar sambutan Hari Ibu.
Menurut Blog Trigyy.com, hukum menyambut Hari Ibu adalah haram iaitu berdasarkan kepada kuliah agama Ustaz Azhar Idrus (UAI). UAI berkata, sambutan ini adalah bagi memperingati Mother of Church Kristian.
Menurut Blog Trigyy.com, hukum menyambut Hari Ibu adalah haram iaitu berdasarkan kepada kuliah agama Ustaz Azhar Idrus (UAI). UAI berkata, sambutan ini adalah bagi memperingati Mother of Church Kristian.
Sumber : Youtube
Walaubagaimanapun, hukum ini juga telah dijelaskan dalam Laman Web Islam Grid (klik sini). Islam memerintahkan supaya setiap anak berbuat baik kepada ibu dan ayahnya. Perkara ini dengan jelas dapat dilihat di dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu”. (Surah Lukman, ayat 14)
Berdasarkan kepada ayat di atas, hukum menyambut hari ibu dan hari bapa bagi orang Islam adalah diharuskan dengan syarat ia disambut dengan menjaga segala tuntutan agama dan menjauhi segala larangan dan tegahannya.
Disamping itu juga, berbuat baik, menyayangi, mengasihi dan mengenang segala budi dan jasa mereka bukanlah hanya pada satu hari yang tertentu sahaja. Ia perlu disemai dan disuburkan sepanjang hayat.
Hukum sambutannya akan berubah menjadi haram dan dilarang apabila disertakan di dalamnya dengan aktiviti atau agenda yang menyalahi ajaran Islam seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, perkara-perkara maksiat dan juga berlakunya pembaziran yang dilarang keras di dalam Syariat ini.
Sumber :
hoo.. yeke.. klu x baca abes td mmg terkejut bila hukum dia haram.. tp sebenarnya untuk umat islam harus yea? niat kita nk menghargai ibu yg melahirkan kita.. thanx share yunk.. bru tau ..
ReplyDeleteHukum menyambut hari ibu dan hari bapa adalah diharuskan... setuju kawan :)
ReplyDeleteooo yer ke...mm bahaya btul kalau mcm tu.smbut mende yg kite xfaham..
ReplyDeleteAm sambut hari ibu sekadar ungkapan "Ma...selamat hari ibu, Am syg ma" hahaha...biasala anak manja tapi bukan anak mak.
ReplyDeleteHari-hari adalah hari ibu.
ReplyDeleteCuma bila ada hari ibu 12 Mei ni, mungkin kita boleh raikan pengorbanan ibu kita yang selama ini tak penat lelah mengandung, menjaga, mengasuh, mendidik kita sehinggalah kita dewasa macamni.
Happy Mother's Day, Ummi
hari ibu ni specialday utk ibu2 eluruh dunia sbb anak2 luangkan masa sehari utk ibu diaorang..selama ni busy ja..huhu.. tapi me tak sambut pun..tak ada makna..hehe..
ReplyDelete@tenku butang
ReplyDeleteyou are welcome..
@Anthonie
ReplyDeletebegitulah yang dapat dikongsi..
@Harith Iskandar
ReplyDeletebetul tu harith..
@Nao Mei
ReplyDeleteterima kasih menabung di sini.. aiza setuju, setiap hari adalah hari ibu.. :D
@Aminin
ReplyDeleteibu memang kita kena hargai dengan ucapan sebegitu..
@Nies alhaQ
ReplyDeleteterharunya ummi mendengar.. semoga jadi anak yang solehah ya..
@Nana Liena
ReplyDeletesekadar ucapan sayang kepada ibu pun dah memadai..
Bagi saya, hari ibu adalah apabila ibu kita bertarungkan jasad dan nyawa apabila beliau melahirkan kita atau adik beradik kita..di hari itu lah terbukti nyata bahawa dengan izin Allah Swt, nyawa yang akan diberi rahmat adalah antara
ReplyDelete1: ibu kita. (manakala anak yang akan dilahirkan meninggal atau gugur)
2: anak yang dilahirkan. (manakala ibu yang meninggal sesudah melahirkanna)
3: tiada sesiapa. (manakala kedua-duanya meninggal)
4: keduanya selamat.
ikut pandangan saya dan berdasarkan dari ayat suci dari Al Quran, kita harus lah berjasa kepada ibu setiap hari kerana 9 bulan 10 hari ibu kita menjaga di dalam perutnya walaupun ibu kita belum dapat melihat kita dan selepas melahirkan kita, ibu kita juga memberi susu badan hingga beberapa bulan. Kalau ikutkan jumlah hari dalam setahun itu, ibu kita memberi kita sepenuh masanya 365 hari dalam setahun. Dan kalau ingin kita menyambut hari ibu, biarlah kita menyambutnya di hari lahir kita atau hari lahir adik beradik kita bukan ikut yang mana sedunia menyambutnya pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Sekian dari saya. Assalammualaikum.
@Insan yang biasa.
ReplyDeletewaalaikummussalam wbkt..
begitu besarnya pengorbanan ibu sejak mengandung, melahirkan dan seterusnya membesarkan kita.. terima kasih di atas perkongsian pendapat..
Sama-sama... =)
ReplyDeleteHari-hari adalah hari ibu. Kepada ibu-ibu semua yg ada kat sini, selamat hari ibu yer...tak terlambat lg rsnya...semoga menjadi ibu terbaek utk anak2... :)
ReplyDelete