24 May 2013

Cerita CIMB Clicks

Assalamualaikum,

Petang tadi adalah kali kedua aku telefon nombor 1-300-880-900. Sebelum ni (minggu lepas) pun aku ada hubungi nombor ni. Nampaknya ianya berulang lagi pada minggu ni disebabkan aku nak sangat topup kredit. Dulu aku pernah guna postpaid, tapi dah tamatkan (kisahnya sini).


Setelah menunggu hampir 3 minit (sebab banyak sangat nombor yang nak kena tekan, sampaikan nombor kad pengenalan pun kena masukkan) barulah aku disambung ke talian pegawai khidmat pelanggan. "Sila tunggu sebentar, pegawai khidmat pelanggan kami sedang sibuk". Aku boleh sabar lagi. "Pegawai khidmat pelanggan kami masih sibuk". Ayat tu berulang kali diulang di cuping telinga aku. Akhirnya setelah hampir 2 minit aku menunggu, "Pegawai khidmat pelanggan kami masih sibuk, sila cuba sebentar lagi.. (senyap)".

Memang dah angin aku rasa masa tu, sabar aje la. Cuba tenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam dan beristighfar (sebab aku cepat marah). Aku cuba dial lagi nombor tu dan setelah menunggu hampir 5 minit (mengikuti step yang sama macm tadi) barulah kedengaran suara pegawai khidmat pelanggan tu. "Selamat petang cik, ada apa yang boleh saya bantu?" sopan je suara dia, terus marah aku hilang.

"Selamat petang. Saya nak topup menggunakan CIMB Clicks, tapi nombor TAC saya dah disekat." aku menjawab. "Boleh saya buat pengesahan nama ibu cik dan nombor akaun cik?" dia tanya dan aku pun bagi maklumat yang diminta.

"Minggu lepas saya ada call mengenai masalah ni juga, tapi bila saya masukkan nombor TAC tu tetap salah dan akhirnya kena sekat balik. Saya pun dah malas nak call balik. Kenapa ya encik?" aku tanya balik pada dia. "Kalau melebihi 2 kali salah masuk nombor TAC, sistem kami akan sekat secara automatik." dia membalas. Aku diam aje la, 'mungkin betul kot aku salah masuk nombor tu'.

"Baiklah, saya dah buka sekatan ke atas akaun cik dan cik boleh gunakan sekarang. Ada apa-apa yang saya boleh bantu lagi?" dia menyoal. "Setakat ni takde. Terima kasih encik." aku membalas, tangan aku sibuk login akaun CIMB Clicks. "Terima kasih kerana menghubungi kami." balasnya.

Setelah login, aku memulakan transaksi. Dah request TAC dan dihantar ke telefon bimbit aku. Aku masukkan nombor TAC tu dengan berhati-hati, takut tersilap lagi kena sekat balik. Kali pertama masuk, salah. Kali kedua masuk pun salah juga dan akhirnya disekat sekali lagi. Kecewa sangat rasanya hati aku masa tu, malas dah nak call dia balik. Total modal aku call tadi RM6.50. Memang tak berbaloikan? Sebab aku nak topup RM10.00 aje. Terpaksa buat ayat kasihan minta adik aku share kredit dia dengan aku. 

^_^

36 comments:

  1. akak..kena bawa2 bersabar ya kak..ehhee..kalau kena kat saya pun.entah apa yang saya hempas sebab baran..hehe.. dugaan tu.. :)

    ReplyDelete
  2. huhu..Sabar jer la.. biasala tue...

    ReplyDelete
  3. Alololo. Kesiannya akak. Kenapa ea, TAC number tu yg salah or macamna kak? Sebab mesti akak dah isi secara teliti kann?

    ReplyDelete
  4. Pelik juga. Setakat ini terjadi perkara begini jika saluran internet saya lambat. Yang lain, alhamdulillah lancar.

    ReplyDelete
  5. Siannye akak. Kalau Aida la, memang dah hilang sabar dah tunggu. Dah la call dia makan kredit banyak. Huhu~

    ReplyDelete
  6. selalu juga Hana topup guna CIMBClicks selain guna untuk online shopping.. tak pernah lagi jadi camni :/ mungkin akak boleh renew TAC method kot..

    ReplyDelete
  7. he3..sbar kak :) kalau kena kat sy pun mmg nak mrah jgak..

    ReplyDelete
  8. @Nao Mei
    thanks bagi cadangan.. betul tu cik akak..

    ReplyDelete
  9. @Nana Liena
    hehe.. nana pun cepat marah juga ya? akak memang cepat marah.. tapi cepat juga sejuk..

    ReplyDelete
  10. @Nies alhaQ
    akak pun tak pasti siapa yang salah.. dah 2 kali kena akak tak rasa akak salah.. hihi..

    ReplyDelete
  11. @依之汉
    mungkin juga ada kebenarannya.. internet akak kebelakangan ni agak slow..

    ReplyDelete
  12. @Aida Ismail
    itu la aida.. yang paling tak sabar sebab kena tekan banyak sangat nombor, ikut banyak step baru boleh bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan dia.. memang tak mesra pengguna sistem tu..

    ReplyDelete
  13. @Haruno Hana 하나
    mungkin kot.. tapi sekarang ni dah kena block.. akak dah malas nak call dia balik untuk buka sekatan tu.. hihi..

    ReplyDelete
  14. alamakk!! mendera perasaan betoii >.<

    ReplyDelete
  15. @AiSyA LiEzA
    itu la aisya.. sabar aje la.. hihi..

    ReplyDelete
  16. kasihannya. sabarlah. :)
    jom join GA nie. peluang besar menang hadiah besar. :)
    http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/05/1st-big-giveaway-diari-sedetik-lebih.html

    ReplyDelete
  17. kadang2 buang ms je call diorang ni, xmmbntu lagsung.

    ReplyDelete
  18. kadang memang tak betul .acik pernah kena.. sabo jelah

    ReplyDelete
  19. saya juga pengguna CIMB
    mmmm memang kena sabar ya... smg sudah solved

    http://www.lowpricebranded.com/

    ReplyDelete
  20. Memang sgt tak berbaloi akak..kalau masalah selesai tak pe la jugak kan..huhuhu..sabar yer..so far sya dok guna Mybank2u okey jer..apa kata akak tukar Mybank2u pulak..hehehe ;p

    ReplyDelete
  21. @Berry Lavynia
    dah terkena 2 kali memang akak ingat..

    ReplyDelete
  22. @Aku Penghibur
    ingatkan akak seorang je yang pernah kena..

    ReplyDelete
  23. @lowpricebranded
    itu la.. belum solve lagi.. dah malas nak call dia balik..

    ReplyDelete
  24. @♥ Mrs. Secretary ♥
    cadangan yang baik juga farah.. tapi akaun maybank akak dah tak aktif kot.. hehe..

    ReplyDelete
  25. saya guna postpaid je , kekadang kecemasan nak guna phone

    ReplyDelete
  26. Suami sy pun topup guna cimb click..tp ok la setakat ni...xder masalah..

    ReplyDelete
  27. yea, sabar jela... nk senang kna favkan no pon dalam cimb tu senang skitg xpayah tac dah lpas ni ..

    ReplyDelete
  28. lorr..beli topup cashlah senang..huhu

    ReplyDelete
  29. @abg cik
    bagus la abg cik guna postpaid.. aiza plak jarang2 guna telefon, jadi rugi kalau pakai postpaid.. hehe..

    ReplyDelete
  30. @Mieza Jhaa K
    time akak topup pula bermasalah.. hehe..

    ReplyDelete
  31. @Mohd Hakim Faiz
    terima kasih atas cadangan hakim tu.. betul juga tu..

    ReplyDelete
  32. @Normi Nieza
    aiza malas nak keluar rumah.. hehe..

    ReplyDelete
  33. Huhuhu...penuh tragis. At last pikir2 blik mmg tak berbaloi call.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^